Bab 9
"Tinggal lagi 20 minit. Cepat berkumpul! Siapa lambat, say bye-bye Brunei. Cikgu tinggal je siapa yang tak reti nak tengok jam tu," ujar Cikgu Rei melalui mesej pesanan suara group WhatsApp.
Mendengar sahaja mesej itu, Eyra mempercepatkan proses mencuci tangannya. Tisu tandas diambil lalu mengelap tangannya yang basah.
Berlari Eyra agar sempat sampai ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan oleh Cikgu Rei.
Bamm!
Objek yang dilanggar Eyra tadi sangatlah keras. Dia menggosok kepalanya yang sakit dek hentaman kuat pelanggaran tadi.
"Best langgar saya? Dapat rasa tak muscle saya yang berketul-ketul tu?"
Pertanyaan manusia di hadapannya membuatkan Eyra mengangkat wajah. Terus hilang minat apabila melihat wajah Cikgu Rei di depan mata.
"Cikgu buat apa kat sini?" tanya Eyra dengan nada menyampah.
"Buat apa, apa? Takkan saya nak lalu sini pun tak boleh. Setahu saya, tak ada pula tanda kat lantai ni yang mengatakan saya tak boleh ada di sini," Rei menjawab dengan nada yakin.
'Dah mula dah... perangai annoying dia tu.' Eyra menepuk dahinya sendiri.
"Belikan cikgu snek," arah Cikgu Rei.
Kali ketiga, Eyra diarah melakukan sesuatu tanpa perkataan meminta tolong dari mulut Cikgu Rei. Ingat Eyra ini kuli batak ke?
"Tak nak. Beli sendiri," jawab Eyra acuh tak acuh.
"Betul ni, saya kena beli sendiri? Tak menyesal ke kalau saya cakap kat pengetua, yang kamu ni tak nak bagi kerjasama," ugut Rei. Mula dah permainan dia.
"Hisy! Yelah, saya belikan. Nak apa?"
"Sebotol air mineral, 5 bungkus snek yang berlainan jenis. Lepas itu, belikan saya 3 bekas jagung rebus yang kat kedai sana. Lagi... beli 7 bungkus air teh ais, ikat tepi. Kurang manis, kurang susu."
Setiap bait perkataan yang dilontarkan Rei, membuat Eyra berdicit geram. Yang nak makannya seorang. Makanan yang dibeli macam nak diisi 20 perut. Mesti sengaja cikgu nak kenakan dia.
"Tunggu apa lagi? Cepatlah gerak. Perut saya dah menyanyi ni," halau Cikgu Rei sambil membuat isyarat tangan seperti sedang menghalau gadis di hadapannya.
"Sabarlah. Banyak sangat cikgu pesan. Manalah saya ingat," balas Eyra sambil menulis pesanan Cikgu Rei di buku kecil miliknya.
Sedang elok Eyra berjalan menuju ke gerai terhujung untuk membeli jagung rebus, terlebih dahulu dia dilanggar seseorang buat kali keduanya di lapangan terbang ini.
Eyra mengaduh perlahan. Teruk juga dilanggar sampai terjatuh semua makanan yang dibelinya.
'Dah langgar tak minta maaf!' jerit hati Eyra apabila melihat manusia yang melanggarnya tadi tergesa-gesa berlari.
"Tolong! Dia curi beg mak cik! Dia dah ragut beg mak cik!"
Laungan wanita yang sedang meminta tolong automatik membuatkan Eyra terus bangkit.
"Orang yang langgar aku tu peragut rupanya!"
Pantas bagaikan kilat, terus sahaja Eyra berlari mengejar peragut tadi. Zup zap zup zap, Eyra melintasi manusia-manusia yang ada di situ.
"Hoi jantan!" jerkah Eyra apabila jarak mereka semakin dekat.
Eyra membuka langkah besar. Dia terus melompat lalu mencekik leher lelaki yang dikatakan peragut tadi.
"Arghh!"
Lelaki itu menjerit minta dilepaskan. Pergerakan lelaki itu yang tak tentu hala membuatkan Eyra tergapai-gapai dek kerana masih berpaut pada leher lelaki itu.
Dush!
Peragut tadi terus rebah. Tumbukan padu Cikgu Rei telah membuatkan dia menjerit sakit. Terasa senak di bahagian perutnya.
"Eyra, okey tak ni?" tanya Cikgu Rei.
Eyra terkedu. Daebak! Sekali pukul terus pengsan? Eyra mengangguk perlahan sebagai jawapan kepada pertanyaan Rei sebentar tadi. Beg mak cik yang menjerit meminta tolong tadi diambil lalu diserahkan kepada tuannya.
"Terima kasih nak."
_ _ _
Nafas lega melepasi kerongkongnya. Nasib tiada apa-apa yang teruk berlaku kepada Eyra. Kalau tak, habis dibuang kerja.
Tiba-tiba otak seperti teringat sesuatu. Pantas dicari kelibat Eyra yang duduk di bahagian hadapan pesawat.
"Eyra!" panggil Cikgu Rei sambil membuat isyarat tangan supaya bergerak ke arahnya.
"Nak apa?" tanya Eyra tidak puas hati.
"Makanan saya mana?"
"Makanan mana?" soal Eyra sengaja walaupun sudah tahu apa yang dimaksudkan cikgunya.
"Nak saya ulang balik? Sebotol air mineral, 5 snek berlainan jenis, 3 bekas jagung rebus dan 7 bungkus teh ais ikat tepi. Mana dia?"
"Cikgu ni dah nyanyok eh? Peragut tadikan dah langgar saya. Habis jatuh semua makanan cikgu," balas Eyra.
"Jadi?"
Bibir Eyra diketap geram. Kenapalah susah sangat nak bertolak ansur dengan manusia yang seorang ini!
"Jadi... tak adalah makanan cikgu. Lantai dah jilat semua dah. Kalau cikgu nak juga, mintalah kat lantai tu."
"Yelah, cikgu saja je. Nah, ambil ni," ujar Cikgu Rei seraya menghulurkan aiskrim berperisa strawberi.
"Nak buat apa?"
"Bagai lantai makan. Kesian lantai... lapar ek? Berapa lama dah tak makan?" Sengaja Rei membelek lantai.
"Cakaplah betul-betul!"
"Makanlah. Saya belanja. Kesian kamu kena tumbuk dengan peragut tadi," ujar Cikgu Rei.
"Betul ni? Tak udang disebalik batu?"
Rei hanya mengangguk. Mulut tidak berhenti mengunyah snek yang dibelinya sebelum masuk ke pesawat.
"Terima kasih cikgu! Nyum... sedapnya!" Eyra tersenyum girang. Aiskrim terbaik di nusantara ini.
"Suapkan dulu. Baru kasih diterima."
Terbatuk Eyra dibuatnya. Terus dia menoleh memandang Rei tidak percaya. Gila! Memang ada udang disebalik batu.
"Saya lagi rela muntahkan balik apa yang saya makan dari suap cikgu," ujar Eyra tegas.
"Tak adalah. Saya gurau je."
Kata Rei sambil tersengih. Melihat mulut Eyra yang comot, Rei mengambil tisu. Tanpa segan silu, Rei mengelap sisa aiskrim di bibir mungil Eyra.
Eyra terkedu, terperanjat, tercengang. Habis malu tujuh keturunan! Dah lah makan comot, orang lain pula yang lapkan. Argh! Malu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro