Bab 8
Seminggu berlalu sejak kes Eyra dibaling bola sehingga pengsan. Sehingga sekarang, semua orang tercari-cari gerangan yang berani mencampakkan bola ke arah Eyra.
Puas sudah dia memaklumkan bahawa Cikgu Rei yang menjadi dalangnya. Namun hampa, semua tidak mempercayai kata-katanya yang seolah-olah ingin memburukkan nama guru bahasa Jepun itu.
Eyra bangun dari tidurnya yang tidak lena. Siling yang berwarna putih menjadi tatapan pertama.
"Eyra! Bangun!" laung Echa seraya masuk ke dalam kamar aspuri Eyra yang mewah.
"Iya, kak Echa. Nak bangun ni," balas Eyra meleret.
"Weh! Cepatlah gila! Tinggal lagi 10 minit sebelum masuk kelas," arah Echa lalu merentap selimut yang menyelimuti tubuh kecil Eyra.
"Nani! Asal kau tak kejut?"
"Haih kawan aku ni. Dah tu yang aku kejut kau ni apa?"
Eyra bangun dari katilnya lantas mengambil tuala yang disangkut di dalam almari. Seusai sahaja membersihkan diri, Eyra memakai seragam sekolahnya dengan kemas.
Tudung shawl berwarna emas yang melambangkan ikon pemimpin pelajar Akademi Royal Diamond dililit di kepala.
_ _ _
"Seperti yang saya maklumkan, hari ini kamu bertujuh akan menghadiri kursus kepimpinan peringkat antarabangsa selama 3 hari 2 malam. Kamu semua akan pergi ke sana dengan bas khas sekolah dan ditemani oleh Cikgu Rei. Semua keperluan dah siap?"
Soalan terakhir yang diberikan menyebabkan mereka semua mengangguk. Cikgu Rei yang memeluk tubuh di tepi pintu hanya diam mendengar.
"Semua dah naik?" soal lelaki yang duduk di bahagian pemandu.
"Dah!"
Suasana di dalam bas sungguhlah bising seperti berada di pasar malam. Sehinggakan bunyi radio nyanyian Ara Johari, yang terkenal dengan suara pic tingginya juga tidak kedengaran.
Inilah yang akan terjadi apabila geng Diamomd Trio dan The Devilsh bersatu. Borak sampai tak ingat dunia. Sembang kencang, gajah pun boleh terbang!
Bagai isi dengan kuku. Di mana ada Diamond Trio, di situ ada The Devilsh. Kedua-dua kumpulan yang mendapat ranking Top 10 di Akademi Royal Diamond.
Kumpulan The Devilsh bukanlah geng pembuli kejam seperti yang dihebohkan di sekolah. Terdapat 4 orang ahli tetap dan mempunyai perangai yang berbeza-beza.
Darilah yang tak matang macam budak baru masuk sekolah, sampailah yang terlebih matang mengalahkan pentadbir.
Mereka memang pembuli, tetapi mangsa mereka hanyalah pelajar nakal yang bermasalah di sekolah.
Sebab itulah The Devilsh dan Diamond Trio ini disayangi guru-guru. Membantu tugas merekalah katakan.
"Dari tadi borak, Aisy tak join eh?" soal Eyra sebaik sahaja perasan ketidakhadiran salah seorang ahli The Devilsh.
"Dia join. Tapi lambat sikit. Ada masalah negara konon." Danish mencebik.
"Takkan kau rindu dia kot," usik Rayyan.
"Memang dalam mimpilah aku nak rindu dia. Aku tanya je." jawab Eyra lalu menyilangkan kedua belah kakinya gaya profesional.
Bas yang menempatkan mereka tiba-tiba berhenti. Pintu bas mula terbuka.
"Aik? Asal berhenti?" soal Qairi setelah habis menghabiskan air liur berborak dengan rakan-rakannya.
"Itulah kau. Sembang kencang sangat. Kita dah sampai airport pun kau tak perasan," balas Echa lalu ditunjalnya dahi Qairi.
"Dah sampai. Kamu boleh bawa barang-barang kamu keluar dari bas. Flight kita akan bergerak jam 2 petang. Sekarang jam 1.30 petang. Take note ya!" arah Cikgu Rei.
Eyra pandang Rei kehairanan. Peliknya cikgu itu hari ini. Selalunya ada saja masa nak kenakan dia. Tapi hari ini, cikgu Rei lebih banyak berdiam diri.
"Kenapa pandang saya macam tu? Nak terkam?" tanya Cikgu Rei apabila melihat Eyra yang masih tercegat di muka pintu. Walhal rakan-rakannya yang lain sudah turun.
Terus hilang persoalan tadi dari benak fikiran Eyra. Hari ini pun Cikgu Rei menjengkelkan. Cuma lambat je.
"Memang kamu nak terkam saya?" soal Cikgu Rei dengan muka yang minta penumbuk. Faham-faham sajalah.
"Dalam mimpi cikgu jelah saya nak terkam. Tak ingin!" balas Eyra seraya turun dari bas.
"Dalam mimpi? Kalau macam tu... saya tunggu mimpi malam ni. Mesti seronok!" Cikgu Rei tersengih nakal.
"Eiwww. Dasar miang!"
Eyra mengambil beg bagasinya yang telah dikeluarkan oleh pemandu bas sebentar tadi. Lantas berlalu pergi untuk mengejar kawan-kawannya.
"Eyra!"
Eyra menoleh ke belakang. Kening dijongketkan seperti sedang bertanya apa kepada Cikgu Rei.
"Angkat beg saya," arah Cikgu Rei sambil menuding jari ke arah beg bimbitnya yang berwarna hitam.
'Sudahlah tak minta tolong! Senang-senang je suruh orang tolong angkatkan. Tangan tu dah kena potong ke apa.' bisik hati Eyra yang sedang geram.
"Cepat!"
"Hisy! Nak tolong angkatlah ni!" bentak Eyra.
Beg yang dipegang Rei terus dirampas Eyra. Jelas riak wajahnya menunjukkan yang dia sedang menahan amarah.
"Macam tak ikhlas saja," ujar Rei sinis.
"Memang tak ikhlas! Semua yang cikgu suruh tak pernah satu pun saya buat dengan ikhlas. Sebab perangai cikgu ni terlalu baik sampai saya rasa nak tumbuk je," ujar Eyra sambil menghentak-hentak kakinya tanda protes.
"Terima kasih atas pujian, sayang."
Eyra terkedu. Orang tengah perli boleh pula dia cakap terima kasih. Sah manusia ini gila!
"Kan saya dah kata, saya suka tengok muka marah kamu."
Cikgu Rei gelak terbahak-bahak. Membuat Eyra sakit hati sudah seperti kemenangan kepadanya.
"Muka Eyra marah memang... sexy."
Kata-kata Cikgu Rei membuatkan Eyra sekali lagi terdiam. Dasar cikgu pervert!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro