Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Kringg...

Loceng berbunyi menandakan waktu untuk bersarapan. Eyra yang sedang bersiap di hadapan lokernya hanya membuat endah tak endah sahaja terhadap bunyi itu.

"Eyra, cepatlah! Perut aku dah menyanyi ni!" laung Echa dari luar aspuri, asrama bagi kaum perempuan.

"Pergilah dulu, aku lambat lagi," balas Eyra yang sedang menyikat rambutnya yang ikal kehitaman.

Tanpa menunggu sang sahabat, pantas saja Echa berlalu pergi ke dewan makan. Nak tunggu Eyra, sampai tahun depan kebulur.

Setelah selesai mengikat rambutnya dengan kemas, Eyra membetulkan pula kot pengawas. Pin nama yang tertera perkataan ketua pelajar segera dipakai.

Sambil bernyanyi, dengan gemalainya Eyra turun menuruni anak tangga. Sungguhlah gemalai bagaikan puteri diraja. Memang kerabat diraja pun.

Mata tidak lepas dari memandang langit yang kian mencerah. Hari ini, hari baru! Jangan buat kesilapan remeh.

Lalu sahaja di hadapan blok lelaki, suara orang bersiulan semakin kuat. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang melepak di bangku panjang tepi aspura.

"Hai ketua, lawanya ketua hari ini."

"Adik manis, nak abang temankan?"

"Peiwit! Bidadari dah turun."

Kata-kata kumpulan ahli Devilsh yang tidak tahu malu itu sikit pun tidak menganggu Eyra. Sudah biasa dipuji sebegitu. Maklumlah mempunyai rupa bagai bulan dipagar bintang. Eheks, kembang hidung.

Sebagai seorang ketua pelajar yang profesional, dilayankan sahaja perangai mereka. Terhibur juga tengok gelagat geng The Devilsh, geng pembuli paling kejam di akademi Royal Diamond.

Kejam-kejam mereka pun, tergugat iman berhadapan dengan Eyra. Hanya Eyra sahaja yang boleh menundukkan The Devilsh.

Dengan cara merapatkan hubungan silaturrahim bersama geng The Devilsh, sedikit sebanyak dapat membantu Eyra mendapatkan info bagi menyelesaikan kes jenayah di akademinya.

"Apa khabar korang semua?" Sengaja Eyra bertanya khabar. Senyuman manis juga tidak dilupakan.

"Awww. Baik sahaja wahai dinda," jawab Danish, ahli The Devilsh yang terkenal dengan kata-katanya yang manis.

Sekali dia bertutur, terpukau semua kaum hawa. Sampaikan dia minta duit, perempuan-perempuan yang tak ada otak pun pasti beri dia duit. Betapa hebatnya Danish. Konon!

Sedang Eyra berjalan untuk terus ke dewan makan, dia dihalang oleh seseorang. Dan manusia itu adalah Rayyan, penolong geng The Devilsh.

"Eyra, awak ada peta tak?" soal Rayyan.

"Nak buat apa peta?" tanya Eyra, blur.

"Nak cari peta ke hati awak!" ujar Rayyan. Pickupline konon, dah lapuklah.

"Lahai, peta tu saya tak adalah awak. Peta untuk ke jalan yang benar ada. Nak?"

Terdiam terus Rayyan. Ahli The Devilsh yang lain pula dah ketawa sampai pegang perut. Itulah, kan dah kata lapuk.

Perut mula menyanyi lagu rock kapak. Bergetar perut minta diisi. Eyra tersenyum kelat ke arah ahli The Devilsh.

"Maaf semua, aku pergi dulu ye. Perut dah lapar ni," ujar Eyra sambil melambaikan tangan.

Baik pergi cepat. Lagi dilayan geng tadi, makin nakal dibuatnya. Nanti sarapan pun tak sempat.

_  _  _

"Baik murid-murid! Hari ini kita akan mengadakan perlawanan badminton  secara berpasangan. Sila ikut pasangan yang cikgu dah tetapkan hari itu," arah Cikgu Hazim kepada pelajar kelasnya.

Terkulat-kulat Eyra berdiri di tengah padang. Perlu ke dia berpasangan dengan Ayden, si ketua kejam The Devilsh?

Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah Eyra berjalan ke arah pasangannya yang telah ditetapkan Cikgu Hazim.

Piiiit!

Bunyi wisel sudah pun kedengaran menandakan yang permainan baru sahaja bermula. Terus Eyra tersedar dari lamunannya.

"Eyra! Hati-hati!"

Dush!

Sebiji bola tepat terkena pada wajah Eyra. Dia mengaduh kesakitan.

"Aku main badminton, mana datang pulak menatang bola ni?"

Bebola mata digerakkan ke kiri dan ke kanan, mencari makhluk yang telah mencampakkan bola itu ke arahnya.

'Rei! Kau memang tak guna!' jerit hati Eyra selepas terpandang kelibat Rei yang mentertawakannya.

"Kamu okey tak ni?" soal Cikgu Heiji yang menjadi pengadil perlawanan.

Eyra mengangguk-angguk perlahan. Tidak selesa apabila semua sedang berkerumun mengelilinginya.

"Eyra, hidung kau berdarah! Bibir pun sama!"

Ujar Echa kerisauan. Pantas dibelek lagi tubuh Eyra bagi melihat jika ada kecederaan yang lain.

"Bawa dia pergi bilik rawatan," arah Cikgu Hazim yang baru tiba.

"Kamu boleh bangun tak?" tanya Cikgu Heiji lagi.

Eyra hanya mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun untuk berdiri. Tiba-tiba dia hilang keseimbangan. Kepala mula berdesing. Pasti disebabkan balingan padu Rei.

"Eh, Eyra. Betul ke boleh bangun sendiri? Macam nak jatuh je."

Tanpa diarah, Heiji menghampiri Eyra yang jatuh terduduk. Heiji mencangkung bagi memudahkan Eyra naik ke belakangnya. Namun, pantas dia ditepis.

"Biar saya yang bawa dia."

Tiba-tiba sahaja Ayden datang mencempung tubuh Eyra. Pantas dia berlari ke meninggalkan semua.

Masing-masing melopong. Terkejut, pelik, hairan, aneh. Ayden tolong Eyra? Ayden si ketua kejam The Devilsh yang tak pernah berlembut dengan perempuan itu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro