Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"Apa kau buat ini Rei?" tanya Heiji dalam keadaan cemas.

Sinis Rei memandang Eyra yang sedang tergapai-gapai meminta tolong. Ada ke patut Rei menolak tubuh Eyra jatuh ke dalam tasik yang berada di hujung sekolah. Itu tasik tau! Bukan kolam ikan. 

"Nak marah pun berpada-padalah! Ada ke patut kau tolak Eyra?" 

 Mampos! Sangkanya Eyra ini pandai berenang. Terus sangkaan Heiji meleset apabila tubuh Eyra hampir tidak kelihatan di permukaan air. Lantas dia membuka kasut sebelum terjun ke dalam tasik yang agak dalam itu.

Splash! 

Sekali lagi, bunyi percikan air kedengaran di hujung telinga. Terkulat-kulat Heiji memandang ke arah Rei yang sudah berenang mendapatkan tubuh Eyra yang tidak sedarkan diri. Bak cetus api! Laju Rei membuat tindakan.

_  _  _

"Uhuk! Uhuk!"

Terbatuk-batuk tubuh yang terbaring berbaju basah lencun itu. Heiji menggosok belakang Eyra yang masih tidak bermaya.

Nak harapkan Rei, bagai ayam disambar helang! Selepas membawa Eyra ke daratan, terus lesap dari pandangan.

"Terima kasih cikgu..." ujar Eyra perlahan. Tidak bermaya untuk berkata-kata.

"Ouh, jangan cakap terima kasih kat saya. Cikgu Rei yang tolong awak," balas Heiji menidakkan ucapan terima kasih Eyra.

Mendengar sahaja nama itu, dada Eyra berombak laju. Nafasnya menjadi tidak teratur dek menahan amarah yang membara.

Sudahlah ditolak Rei ke dalam tasik, boleh pula nak berlakon jadi hero. Ingat senang-senang aku nak maafkan kau.

_  _  _

"Bangun!"

Laung Naufal, si ketua kelas paling bajet macho. Tahap over dia itu, perempuan pun kalah! Hadap cermin je sepanjang waktu.

Kejap-kejap dibetulkan kening dia. Kejap-kejap dibetulkan rambutnya yang pacak. Pacak dia tu... Nauzubillah... Ultraman pun kalah.

Semua murid duduk selepas diberi kebenaran. Eyra lantas membetulkan posisi kedudukannya. Nafas ditarik sedalamnya, memberi semangat untuk belajar hari ini.

Riak wajah terus cemberut. Semangat yang ditarik tadi serta-merta hilang dilarikan angin. Tengok saja muka Cikgu Rei, terus hilang mood!

Baru dia teringat, sekarang adalah waktu bahasa Jepun. Dengan tidak relanya, perlulah dia menghadap muka annoying Cikgu Rei selama satu jam.

Eyra menunduk. Cikgu Rei tiba-tiba bergerak ke arahnya. Mata Cikgu Rei sengaja disayukan seperti ingin memohon kemaafan.

"Eyra..." panggil Cikgu Rei lembut.

Eyra menoleh memandang tajam ke arah gurunya itu. Semua murid memandang ke arah mereka berdua, menanti drama seterusnya.

"Apa?" Dingin sahaja Eyra bertanya.

"Cikgu minta maaf pasal semalam. Cikgu tak sengaja," ujar Cikgu Rei sambil menghulurkan sebotol minuman isotonik ke arah Eyra.

"Nak buat apa ini?" soal Eyra. Lambat-lambat di mendapatkan botol itu.

"Buat sabun basuh pinggan."

Jawab Cikgu Rei dengan muka yang minta penampar. Kuat kedengaran suara gelak tawa murid di kelas itu.

"Minumlah," arah Cikgu Rei lantas melangkah ke meja guru semula.

Eyra memandang air itu hairan. Tiba-tiba saja nak belanja minum. Segala persoalan hanya dibiarkan berlalu. Yang penting, dia memang dahaga sekarang.

Penutup botol laju dibuka. Eyra meneguk rakus air yang diberikan Rei sebentar tadi.

Rei memandangnya dengan pandangan sinis. 'Minumlah lagi. Minum sampai mati.' Rei bermonolog di dalam hati.

Pandangan Eyra mulai kabur. Tiba-tiba sahaja dia rasa mengantuk. Sangat-sangat mengantuk dan akhirnya kepala Eyra selamat mendarat di atas meja.

_  _  _

"Cakap Eyra, kenapa kamu tidur dalam kelas?" soal Pengetua Alexander selaku ketua pentadbir di Royal Diamond High School.

"S... saya... Saya tak sengaja Tuan Alex," balas Eyra gugup.

"Macam mana boleh tak sengaja? Kamu tahukan kamu itu ketua pelajar. Inilah kali pertama saya dengar kamu buat masalah."

Ujar Pengetua Alexander sambil memicit-micit kepalanya. Mana tidak sakit kepala? Yang sedang buat masalah sekarang ini adalah Eyra, seorang pemimpin pelajar Akademi Royal Diamond yang berwawasan dan juga ketua kumpulan The Diamond Trio. Sudahlah ini kali pertama dia membuat kesalahan. Selama ini, rekod Eyra bersih tanpa sebarang cacat cela.

Eyra menjeling Cikgu Rei yang sedang berpeluk tubuh di sebelahnya. Rei turut memandang ke arah Eyra. Sengaja dia mengangkat ibu jarinya tanda bagus.

"Tak apalah Eyra. Disebabkan hari ini dalam sejarah pertama kali kamu buat salah, saya maafkan. Sudah, pergi masuk kelas," arah Pengetua Alex.

Eyra menunduk hormat kepada pengetua. Lantas kaki mengorak langkah ke pintu tanpa menghiraukan Cikgu Rei yang sedang tersenyum kemenangan.

Pintu pejabat ditutup perlahan. Eyra terus berlari menuju ke anak tangga. Cepat pergi, cepatlah hilang bayang Cikgu Rei.

"Jangan berlari di tangga, sayang. Nanti jatuh, siapa yang susah. Cikgu juga yang susah nak angkat kamu yang berat macam badak."

Langkah Eyra terhenti. Selamba badak je Rei memanggilnya sayang. Sudahlah ungkit pasal beratnya pula. Ini memang bikin hati panas!

"Kau nak apa?"

Soal Eyra lantas menoleh ke belakang. Terus bahasa sopannya terhadap guru hilang ketika berbicara dengan mamat annoying ini.

Lelaki seperti Rei tidak layak rasanya dihormat. Panggil kau pun kira sopan lagi. Bukannya jauh pun beza umur. Eyra berumur 19 tahun manakala Rei berumur 24 tahun.

"Amboi, kasarnya bahasa. Tadi bukan main kecut perut depan pengetua," ujar Rei sambil menyilangkan kedua tangannya dan bersandar di dinding.

"Kau letak pil tidur kan dalam air tu?"

"Kalau ye pun, ada masalah?"

"Memang ada masalah! Kau memang silap cari pasal dengan aku!" Dengan angkuhnya Eyra menjegil ke arah Rei.

"Aku silap? Tak... Sekarang ini, kau yang silap sebab dah buat aku gila! Gila nak kenakan kau." Terbahak-bahak Rei ketawa.

"Sah kau ni memang gila!"

"Ya! Aku memang gila. Kau tahu, muka marah kau tu..."

Rei mendekati telinga Eyra. Dapat dia bau wangian rambut Eyra di tika ini.

"Nampak sexy." bisik Rei di telinga Eyra.

Pantas Eyra menjarakkan diri. Telinga yang terasa deruan nafas Rei, digosok kuat. Sakitnya hati!

Tanpa menoleh, Eyra berlari meninggalkan Rei. Habis malu tujuh keturunan. Mana nak letak muka ni?

Rei tersenyum nipis. Pemergian Eyra hanya dihantar dengan pandangan yang terisi 1001 makna.

"Games on."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro