Bab 4
Hari ini merupakan hari dimana Eyra akan pulang ke tanah airnya. Lega setelah melaksanakan tuntutan bapanya untuk mewakili mesyuarat di jepun.
Qairi di hadapannya dipandang lama sebelum satu keluhan dilepaskan. Tangan diangkat memicit kepalanya yang sedang runsing.
"Wey Qairi!" panggil Eyra lantang.
"Aku tak pekak lagi, bodoh." sahut Qairi yang sedang menatap telefon canggihnya yang berwarna merah jambu. Memang warna kegemarannya sebagai pondan sejati.
"Bila kita mula exam?" soal Eyra sambil meneliti fatamorgana langit yang indah melalui tingkap pesawat peribadi milik bapa Qairi.
"Hurm... Aku rasa, lusa. Kan hari ini hari Sabtu. Kerja Madam Noura kau dah siap?"
Soal Qairi lalu meletakkan telefon canggihnya di atas riba. Melihatkan Eyra yang menepuk dahinya, pasti gadis itu belum menyiapkan kerja Madam Noura a.k.a cikgu mekap tebal.
"Mampos! Aku tak siap lagi. Kali ini dia bagi denda apa?" tanya Eyra sambil menyelongkar beg galasnya mencari jadual harian denda Madam Noura.
"Joget atas pentas," balas Qairi, mendatar.
Oh my God! Sampai mati aku tak nak denda itu!
_ _ _
Baju kemeja yang tergantung rapi di dalam almari ditenung lama. Hatinya berbolak-balik. Nak bawa semua atau bawa separuh.
Setelah membuat keputusan, seluruh isi almari itu diangkut masuk ke dalam bagasi yang besar gergasi. Diambil pula minyak wangi, pomade, tali leher dan tali pinggang yang tersusun elok di dalam laci.
"Rei! Kau nak buat apa ini?" soal Heiji yang tiba-tiba menerjah masuk bilik seorang Rei Shuichi.
"Aku nak pergi Malaysia," balas Rei sambil menghenyak bajunya yang bertimbun di dalam bagasi.
"Buat apa?"
"Balas dendam," balas Rei, selamba.
"Kau nak balas dendam dekat Eyra? Tapi macam mana? Kau nak bunuh dia?" Bertalu-talu soalan diberikan kepada Rei.
"Buat apa aku nak bunuh dia, aku tak adalah kejam sangat."
"Habis itu?" soal Heiji terpinga-pinga. Apa pulalah rancangan mengarutnya kali ini.
"Aku akan menyamar sebagai cikgu Akademi Royal Diamond. Ikut maklumat, Eyra sekolah di situ."
Terbahak-bahak Heiji menggelakkan idea tak bernas Rei. Nak jadi cikgu? Sejarah kat sini pun belum lulus. Ada hati nak jadi cikgu di luar negara. Jelingan Rei serta merta membuatkan Heiji menikus.
"Ada masalah?" soal Rei.
"Aku rasa kau tak perlulah jadi cikgu. Nanti ada pula kes bunuh diri sebab kena denda dengan kau. Tengok mata kau pun budak boleh takut," perli Heiji.
"Tengok mata aku pun dah takut?"
_ _ _
"Aaaaaaaargh! Kacaknya cikgu!"
"Cikgu itu pandang aku lahhh!"
"Omg, jodoh dah sampai!"
"Tengok! Tengok! Dia kenyit mata!"
"Aku pilih cikgu yang kulit putih tu!"
"Aku nak cikgu yang tengah lambai tu!"
Suara tempikan para pelajar perempuan menyebabkan Rei berdicit geram. Sungguh bising. Sebaik sahaja dia dan Heiji lalu, semua pelajar perempuan mula dirasuk seperti histeria.
"Kenapa dia orang jerit?" soal Rei kepada lelaki yang memakai tag nama, Cikgu Hazim.
"Alah, biasalah itu. Pantang nampak cikgu kacak je jerit macam kena rasuk. Bertabahlah..."
Balas Cikgu Hazim sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu apabila pelajarnya tidak pandai mengawal perasaan tatkala guru yang baru itu hadir.
'Tengok mata aku pun takut konon. Melalak macam orang gila adalah!'
Bisik hati Rei sendiri. Teringat akan kata-kata Heiji yang mengatakan bahawa matanya itu menggerunkan. Rimaslah jika hari-hari kena hadap para pelajar perempuan yang gila itu.
"Macam mana kau boleh ikut aku sekali?" soal Rei dengan nada berbisik kepada Heiji yang tidak henti-henti melambai ke arah pelajar perempuan. Dalam rancangan, hanya dia yang akan menyamar. Tanpa berita, Heiji juga mahu ikut.
"Aku risau kat kau lah! Tapi bagus juga dapat jadi cikgu pendidikan jasmani kat sini. Ramai peminat, hehehe," balas Heiji sambil mengenyitkan matanya.
Rei menayangkan riak muka menyampah. Kedua belah telinganya ditutup dengan menggunakan tapak tangan. Sakit hati apabila tiada tanda langsung bunyi tempikan itu bakal berakhir. Tak penat ke? Tercabut anak tekak nanti aku gelakkan je.
"Baiklah cikgu Rei dan cikgu Heiji, ini adalah pejabat pengetua," ujar Cikgu Hazim sambil menuding jadi ke arah sebuah pintu kaca yang besar. Rei dan Heiji hanya mengangguk sebagai jawapan.
BUKK!
Rei menggosok kepalanya yang tepat terhantuk di pintu kaca itu. Heiji teragak-agak untuk membantu sahabatnya itu. Cikgu Hazim pula menutup mulutnya disebabkan terkejut. Eyra yang menolak pintu tadi terpinga-pinga. Tidak sedar yang di luar ada tetamu.
"Kau..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro