Bab 23
"Kedatangan kami ke sini, adalah untuk menjadikan Eyra sebagai pasangan kepada Ayden. Bukanlah terburu-buru, bertunang dulu lagi bagus."
Penerangan ringkas Puan Maisara membuatkan seluruh ahli keluarga Eyra terkedu. Masing-masing berbalas pandangan, ada juga yang berbisik sesama sendiri.
Eyra, satu-satunya manusia yang paling terkejut. Terasa seperti diberi kejutan mengejut yang mampu membuatkan jantung berhenti seketika. Eyra mengalihkan pandangan melihat sekeliling, tidak selesa apabila semua rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadapnya.
"Kau nak buat apa, Eyra?" soal Echa seraya mencuit bahunya.
Sungguh dia keliru dan buntu. Rasa mahu menangis pun ada, siapa saja tidak malu apabila diri menjadi tumpuan. Mahu saja dia menjerit bagi meluah segalanya, namun itu hanyalah cadangan yang tidak kesampaian.
Bebola mata mengerling ke tepi, melihat Rei yang masih diam beriak tenang. Walau dalam diam, hanya Heiji dan Gin yang memahami betapa sakitnya hati jejaka itu.
"Erm, rasanya kami patut pergi. Ada hal yang masih belum selesai." Dalam keadaan yang sunyi itu, Heiji bangun lalu bersuara untuk meminta diri.
"Maafkan kami, kami pergi dulu ya," sambung Heiji lagi.
"Haa ye, ye. Terima kasihlah kamu semua sudi datang sini," ujar Tengku Adam pula.
Heiji menarik kolar baju Rei menyuruhnya untuk bangun. Rei yang sedang elok meneguk jus yang dijamukan kepada tetamu, lantas bangun dan meminta diri diikuti Gin.
"Kau boleh bernafas," ujar Heiji seusai sahaja mereka menutup pintu utama. Rei yang mendengar masih lagi beriak tenang, namun mukanya sudah berubah pucat kebiruan.
"Bernafaslah bodoh!" arah Gin pula. Berkali-kali belakang Rei ditumbuk Gin. Tetap tidak mendengar kata, mata Rei semakin membulat, menunggu sahaja tubuh kehabisan oksigen.
"Uhuk!"
Kaki Heiji yang tadinya berada di atas tanah, kini telah selamat mendarat laju di dada bidang milik Rei. Akhirnya jejaka itu terbatuk jua, melepaskan nafas yang selama ini ditahan ketika Puan Maisara mengungkapkan kata.
"Hah... Hah... Hah..."
Nafas Rei kembali menjadi teratur. Darah mula mengisi wajah selepas dua minit tidak mengalir.
"Dah lama dah kau tak jadi macam ni," ujar Heiji menepuk bahu sahabatnya itu.
"Aku... terkejut. Sampai rasa nak mati weh," tutur Rei manakala matanya masih tidak lekang melihat Eyra melalui tingkap.
"Sudah-sudah lah tu. Eyra tahu apa yang baik untuk dia. Janganlah kau mengharap, lagi pun dia bukannya pernah bagi harapan kat kau," nasihat Gin pula.
"Tapi, aku sayang dia. Takkan aku nak lepaskan macam tu je orang yang aku sayang?" Rei masih tetap dengan pendiriannya, mahu memiliki Eyra.
Ting!
Notifikasi telefon berbunyi menandakan ada mesej yang baru sahaja dihantar kepadanya.
Tidak lama Rei menunggu, telefon yang disimpan di kocek seluar pantas dicapai dan dibuka aplikasi WhatsApp. Melihatkan nama Redza, Rei beriak hairan.
"Siapa tu?" soal Heiji.
"Redza."
Maafkan aku sebab tak boleh nak buat apa-apa.
Rei membaca satu persatu ayat dengan tidak puas hati. Bukanlah salah Redza, namun dirinya yang terlalu lembap untuk mempertahankan apa yang disayangi.
Mesej yang dihantar Redza hanya dibiarkan sepi tanpa balasan. Butang utama telefon ditekan lama olehnya sebelum menekan pula perkataan shut down di skrin telefon.
"So, kita nak ke mana ni?" soal Gin seusai berjaya menghidupkan enjin kereta mereka.
"Balik," arah Rei.
Mata tiba-tiba tertancap pada sesuatu. Ya, idea mengarut datang lagi. Bagaikan ada mentol yang menyala di atas kepala, Rei terfikir untuk merancang sesuatu. Perancangan yang ringkas tapi bermakna.
Bonet kereta dibuka lalu terlihatlah segala kelengkapan senjata yang berada di dalamnya. Mengikut idea, hanya pistol dan juga silencer yang diperlukan.
Sedang sibuk Heiji dan Gin mengambil beg bagasi mereka yamg dibawa dari Jepun tadi, Rei pula sibuk memasangkan silencer di pistol.
Pistol yang telah lengkap itu dihalakan pada suatu arah dan...
Bang!
Pacuan empat roda milik Ayden telah kehilangan satu fungsi tayarnya. Tidak cukup dengan itu, Rei menghalakan pula pistol ke tingkap kereta.
Bang!
Automatik tingkap kaca kereta Ayden pecah. Bukan sahaja kacanya, malah beberapa bakul buah tangan yang tersimpan di dalam kereta turut hancur bersepah.
Rei tersenyum sinis sambil meniup hujung pistolnya. Berkat silencer yang dipasang, hanya si penembak yang bolwh mendengar bunyi tembakan yang halus kedengaran.
"Rei! Kau jangan macam-macam!" laung Heiji yang sudah berada di dalam kereta mereka. Tangan membuat isyarat menyuruh Rei agar segera masuk ke dalam kereta, mengelak mereka dikesan keluarga Ayden.
"Rei!"
Rei yang baru sahaja membuka pintu kereta, menoleh ke pintu utama melihat empunya suara tadi.
"Eyra?"
_ _ _
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Alhamdulillah... Dengan sekali lafaz ketiga-tiga jejaka berbangsa Jepun itu berjaya menjadi pemeluk agama islam.
Benarlah kata mereka, islam itu indah. Sejak mereka bertekad untuk mengikut ajaran Nabi Muhammad ini, segalanya menjadi senang dan tenang. Halangan yang dilalui hari-harinya menjadi mudah ditempuh.
"Alhamdulillah, selamat datang wahai saudaraku," ucap imam yang mengajarkan mereka lafaz syahadah.
Terasa seperti segala beban yang dipikul, penat yang bertandang dan masalah yang menggunung serta-merta hilang dibawa laluan angin.
Air mata Eyra jatuh membasahi pipi gebunya. Terharu sahaja rasanya apabila melihat satu lagi hamba Allah yang telah kembali kepada fitrah asal.
Masih terngiang-ngiang di kepala, saat manis Rei memberanikan diri, melamarnya selepas pinangan Ayden ditolak sopan.
"Sudi tak awak, menjadi pasangan hidup saya, menjadi ibu kepada anak-anak saya dan menjadi suri di dalam hati saya?"
Masih terngiang-ngiang di kepala, saat manis Rei memberanikan diri, melamarnya selepas pinangan Ayden ditolak sopan.
"Hei, jauh termenung."
Teguran Fyza membuatkan Eyra serta-merta tersedar dari lamunan. Eyra menoleh, hairan melihat tubuh Fyza yang lengkap berlapik sepasang baju kurung.
"Yang kau tengahari buta pergi pakai baju kurung ni kenapa?" soal Eyra kaget.
"Kau pahal Eyra? Hilang ingatan ke apa?" tanya Fyza pula membelek-belek tempurung kepala adiknya takut jika mempunyai apa-apa kesan.
"Hisy, aku okey. Aku tanya kau."
"Cuba kau tengok sekeliling."
Eyra mengikut arahan Fyza. Bebola mata bergerak-gerak memerhati keadaan sekeliling. Makin membulat matanya tatkala melihat tempat yang dia duduk sekarang ini merupakan... pelamin.
"Kita kat mana?" Habis cemas Eyra dibuatnya.
"Wahai Dek Ra ku sayang... Baru tadi inche abang lafaz akad nikah, terus hilang ingatan ye," usik Fyza sambil menuding jari ke arah Rei yang sedang mendekatinya.
'Ya Allah, Eyra! Jauh sangat kau termenung ni!'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro