Bab 22
Bang!
Satu das tembakan tepat mengenai bahu wanita itu. Dia bangun memegang bahu yang masih sakit. Bibirnya diketap menahan pedih.
"Bagi geran tu, atau anak kau pula yang jadi mangsa."
Suara lelaki yang kejam itu membuatkan wanita tadi takut. Pandangan sayu diberi kepada si anak yang sedang menggigil ketakutan.
"Rei, lari anakku!"
Bang!
_ _ _
"Okaa-san!"
Rei terbangun dari mimpi ngerinya. Peluh yang menitik dikesat kasar. Bebola mata bergerak memerhati segenap ruang, tiada apa-apa yang berlaku.
"Mimpi ni lagi."
Selimut yang menyelimuti tubuh ditarik ke tepi. Rei mengatur langkah menuju ke bilik air.
Air yang laju keluar melalui sinki dipandang kosong sebelum pandangannya beralih ke cermin. Melihat pantulan dirinya, dia hairan.
"Sejak bila aku ada parut?"
Bekas luka yang terlakar di dahinya dibelek perlahan. Nasiblah luka itu berada disebalik rambut yang berjuntai. Jika tidak, habis cacat pakej dirinya sebagai jejaka paling kacak.
Ceit! Sempat lagi angkat bakul sendiri.
Seusai membersihkan diri, Rei melangkah menuju ke ruang makan. Belum sempat kakinya sampai ke ruang itu, sebilah pisau dapur hampir terkena pada wajahnya.
Berkat ketangkasan Rei, pisau itu sempat ditangkap. Mata helangnya mula merenung kedua orang insan yang berperangai seperti beruk di hadapannya.
"Err... Kau nak makan?" Heiji bertanya sambil tangannya mencapai beberapa bilah pisau yang bertaburan di atas lantai.
"Soalan bodoh. Dia datang sini mestilah nak makan." Gin pula bersuara seraya mengemas lantai yang penuh dengan...
"Darah?" soal Rei.
"Kau orang buat apa ni?" soal Rei dengan nada yang lebih kepada menengking.
"Sembelih ayam," balas Heiji.
"Berapa kali aku nak cakap, jangan buat dalam rumah!"
"Hahaha... aku dah agak dah," bisik Gin ke telinga Heiji.
"Kau dah agak, tapi buat juga. Bengap!" tengking Rei. Jangan ingat dia tidak dengar jika jarak mereka hanyalah dua meter.
Malas mahu berlama-lamaan di situ, Rei mengambil keputusan untuk menghirup udara pagi yang masih segar dan nyaman. Terutamanya ketika cuaca sejuk.
Bangku kayu yang terletak di hujung beranda dijadikan tempat dia melabuhkan punggung. Bunyi kicauan burung mencari rezeki pagi kedengaran di halwa telinga.
"Ada orang tu tengah angau."
Heiji datang dengan menatang dulang yang terisi secawan teh dan juga semangkuk soba panas. Diletakkan dulang itu di meja yang berada di antara Rei dan Heiji.
"Mabuk cinta," tambah Gin pula.
"Kau orang ni pahal?" Makin geram Rei dibuatnya apabila ketenangannya juga terganggu.
"Saja nak kacau orang angau," ujar Gin sambil memainkan pisau yang masih disaluti darah ayam. Dibawa sajalah pisau itu ke mana-mana, sayang sangat dengan darah ayam itu.
"Tau lah dia dah kena reject," sindir Rei tatkala teringat kembali kejadian sebelum Gin dimasukkan ke ICU.
Tergelak Heiji melihat wajah cemberut Gin. Sudah lama tidak merasa hubungan persahabatan yang begitu akrab sejak Gin menjadi ahli Ginsei. Kini, kebahagiaan persahabatan itu dirasai semula.
"Sayang menyayang..." Gin mula bernyanyi dengan suaranya yang sumbang.
"Cinta dikenang..." sambung Heiji.
"Perasaan menjadi..."
Kring...
Belum sempat nyanyian sumbang penyamar I Can See Your Voice habis, terlebih dahulu telefon Rei berdering dengan merdunya. Eceh.
Telefon canggih yang terletak di atas meja dicapai. Rei melihat nama Redza yang terpampang di skrin lalu butang hijau ditarik ke kanan.
"Dek Ra, balik cepat. Ayden bawa rombongan meminang. Bahaya!"
"Nani?"
"Kejap, asal suara Dek Ra garau ni?" soal Redza. Tidak sedar bahawa insan yang dia hubungi itu merupakan bakal adik iparnya. Acewah.
Dialihkan telefon dari telinga, Redza melihat nama yang tertera di skrin. Alamak, Rei! Kantoilah pula berita tadi.
"Betul ke ni, Redza?"
"Sorry Rei. Lupa nak bagitahu kau."
"Ayden ada kat situ ke? Eyra setuju ke? Dah bertunang ke?" Bertalu-talu soalan ditanya kepada Redza.
Mendengar pertanyaan Rei, Heiji dan Gin mengambil kesempatan itu untuk memasang telinga mendengar perbualan mereka melalui telefon.
"Memandangkan kau dah tahu, apa kata kau datang Malaysia. Datang rumah aku tau, serbu masuk pintu, lepas tu halang. Cakap, "Batalkan pertunangan ni!" Wah, baru nampak macam hero yang nak selamatkan buah hati dari cengkaman orang lain. I like this story. Menarik juga idea aku kan, Rei?" Redza tergelak kecil mendengar ideanya sendiri.
"Nani?" Terbangun terus Rei dari tempat duduknya.
"Panas!" jerit Gin.
Akibat pergerakannya yang mengejut, meja di sebelahnya bergegar dan mengakibatkan cawan di atasnya pecah jatuh ke bawah.
Air teh yang panas yang mengisi cawan juga tertumpah ke kaki Gin. Habis memerah kakinya yang tersedia cerah itu.
"Aku kena buat apa ni?" tanya Rei bermundar-mandir di beranda.
"Datanglah sini, aku tunggu kat airport. Bye!"
"Wei Gin, sambung nyanyi tadi," arah Heiji. Rasa macam kena pula dengan situasi sekarang.
"Perasaan menjadi... haru biru!" Gin menyambung nyanyiannya yang terganggu. Berdekah-dekah Heiji mentertawakan sahabatnya itu. Memang haru, sampai pasu pun pecah disepak Rei.
_ _ _
Pintu pesawat dibuka. Rei berlari laju menuju ke destinasi yang telah Redza tetapkan. Kelihatan Heiji dan Gin yang ketinggalan jauh ke belakang sambil membawa bagasi mereka dan juga bagasi Rei.
Hendak cepat punya fasal, bagasi sendiri pun tidak diendahkannya. Ingat Malaysia dengan Jepun ini jaraknya hanya 10 kilometer.
Nasiblah Heiji yang mempunyai sifat keibuan itu dengan rela hatinya membantu sahabat sendiri.
"Mana Redza ni?"
"Suprise!"
Rei memberhentikan langkahnya. Terbuntang mata melihat sekumpulan manusia yang sedang berjalan ke arahnya dengan membawa sebiji kek dan juga beberapa kotak yang telah dibalut rapi.
"Kenapa ni?" tanya Rei.
"Haih... Itulah, sibuk sangat tentang kerja. Hari jadi sendiri pun lupa." Redza bersuara seusai tamat menyanyikan lagu ulang tahun kepada Rei.
Rei melihat satu persatu manusia yang berada di hadapannya. Ada Redza, Eyra, Echa, Fyza, Qairi, Rayyan, Daniel dan juga Aisy.
Tidak lupa juga Heiji dan Gin yang sudah menyengih lebar sambil menuding jari ke arah Eyra. Tetapi hairan, hanya seorang rakan karib Eyra yang tiada iaitu Ayden.
"Tanjoubi omedetoo, Rei," ucap Eyra seraya menghulurkan sebiji kek yang terletak lilin yang menyala di atasnya.
Makin galak mereka tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik pasangan yang sama cantik sama padan itu.
_ _ _
"Habis tu, Redza. Berita yang kau cakap tadi tu tipu ke?" tanya Rei sambil melangkah hampir ke pintu utama banglo milik papa Eyra.
"Hahaha. Takkanlah betul. Macam mana lagi cara nak suruh kau datang sini?" Redza tidak berhenti mentertawakan Rei. Cuak betul bila dapat tahu Eyra akan menjadi milik orang lain.
"Macam mana abang suruh Rei datang?" soal Eyra mencelah di antara dua jejaka itu.
"Tak payah tau," balas Rei senada.
Buat pertama kalinya dia merasa meriah apabila hari ulang tahunnya. Sungguh, dia perlu menghargai apa yang ada di sisi sekarang. Mempunyai sahabat yang susah senang bersama, tidak lupa juga kepada bekas anak murid yang tidak melupakannya.
"Gin, kenapa kau sanggup ikut aku sampai ke sini?" soalnya.
"Mestilah aku takut."
"Takut apa pula ni?" tanya Rei lagi lalu tangannya mencapai pintu utama sebelum dipulas.
"Takut kau single..."
Automatik langkah mereka semua berhenti serentak. Bermula daripada Rei yang berada di hadapan sekali, sehingga mereka yang di belakang mengaduh kesakitan disebabkan brek mengejut.
"Selamanya?" sambung Gin.
Eyra terkedu menutup mulutnya, Redza tercengang menggaru kepala manakala Fyza terbuntang mata.
"Rombongan apa ni?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro