Bab 21
Bagaikan pertemuan indah yang berlaku selepas bertahun lamanya tidak bersua. Ditemani dengan perasaan-perasaan aneh yang menghuni jiwa.
"Cikgu... Rei?"
Rei yang sedang tegak berdiri tidak mempamerkan apa-apa reaksi.
Okay, rasanya dia perlu mengaku buat kali kedua bahawa ketua yakuza ini terlalu kacak jika hendak dibandingkan dengan Ayden. Kesian Ayden, namanya juga yang jadi mangsa.
"Cikgu buat apa kat sini?" tanya Eyra.
"Awak cakap dengan siapa ye?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Siapa ni Dek Ra?" soal Fyza pula.
"Ini kawan abang, Rei Shuichi namanya," ujar Redza.
Kawan? Abang Eyra menggelarkan Rei sebagai sahabatnya? Agaknya dia tidak tahu yang Eyra sudah mengenali Rei.
"Rei..." Mata Eyra masih tidak berkedip. Terkejut dengan figura yang ada di depan mata.
"Ye saya," sahut Rei. Seperti yang dikatakan, dia takkan menyahut jika dipanggil cikgu.
"Tahniah sebab dapat tempat kedua," ucap Rei.
Macam mana dia boleh tahu? Sedangkan Eyra baru sahaja mendapat keputusan ini beberapa minit lepas.
"Macam mana..."
Belum sempat Eyra menghabiskan pertanyaannya, sejambak bunga ros putih dihala tepat pada mukanya.
"Nah. Sekali lagi, tahniah."
Rei memberikan bunga ros itu kepada Eyra. Ini barulah namanya lelaki sejati, sanggup memalukan diri dihadapan abang dan kakak Eyra. Konon.
"Nak buat apa ni?" tanya Eyra dengan muka yang blur.
"Buat bagi makan pokok. Kesian pokok, lapar ye?"
Rei mula mengemukakan faktanya yang mengarut. Entah kitab apalah yang dia baca sampai pokok pun boleh makan ros.
Eyra terdiam. Lambat dan terketar tangannya ketika hendak mencapai huluran tersebut. Mahu saja dia menekup muka tatkala abang dan kakaknya itu merenungnya dengan 1001 soalan yang belum ditanya dan tidak terjawab.
"Kau kenal adik aku ke?" tanya Redza hairan. Datang ke situ bersama, tapi entah sejak bilalah dia membeli bunga itu. Kutip ke?
"Lebih dari kenal. Dia... My Sweetie Pretty Cutie Pie."
Arghhhh...
Ayat yang sama seperti tadi. Tahulah rindu, tapi tidak perlulah sampai memanggilnya dengan gelaran yang manja dan... menggelikan! Boleh malu tujuh keturunan tau. Sudahlah di hadapan Fyza, Redza dan... Ayden.
"Fuu fuu... Seriously Eyra? Tak tahu pula kau ada taste orang Jepun."
Fyza mengejeknya dengan tangan yang diacah seperti menutup mulut tidak percaya. Habis sudah jatuh saham Eyra sebagai seorang single berwawasan. Ecewah.
"Wow wow wow. Aku salah dengar ke ni?" tanya Redza. Sengaja membelek telinganya dengan jari untuk mendapat kepastian sama ada dia mempunyai masalah pendengaran atau tidak.
"Merepek!"
_ _ _
"Amboi Eyra, pandai kamu pilih!"
Tidak berhenti Puan Akame mengusik Eyra. Terpempan dengan penampilan full package Rei.
"Mama... Please lah!"
Penat sudah Eyra menidakkan segala usikan keluarganya. Tidak habis-habis mahu menjatuhkan saham dirinya.
Rei pula bukan mahu membantu. Hero konon. Eyra diusik, dia tersenyum kemenangan. Suka betul tengok orang derita. Cukup dua perenggan soalan yang dilontarkan Puan Akame, Rei membalas sepatah.
Rei masih diam sejak dari tadi. Berselera sungguh dia menikmati masakan melayu yang terhidang di meja makan.
Sambal udang tempoyak dan masak lemak cili api. Pergh... Meleleh air liur. Orang Jepun makan tempoyak? Ini Rei lah, tolak batu dan kayu saja. Rezeki di depan mata usah ditolak. Lagi-lagi apabila mendapat rezeki makan bersama bakal 'mentua'.
"Jadi Rei, kenapa kamu datang sini?" soal Tengku Adam setelah penat melihat telatah isterinya yang tidak berhenti memuji Rei. Tengku Adam cemburu tau!
"Saya dan Redza ada kerja di sini. Kebetulan pula, adik Redza ni pelajar saya dulu."
Ceit, kebetulanlah sangat. Cakap sajalah rindu si buah hati. Pandai betul Rei memutar-belitkan kisah mereka yang sudah tersedia rumit.
"Ouh, lepas ni ada kerjalah ye?"
"Tak, papa. Dah habis dah kerjanya. Lepas ni Rei nak bawa Eyra dating," balas Redza selamba. Bukan dia tidak tahu perasaan jejaka itu terhadap Eyra.
Uhuk! Uhuk!
Hampir termuntah Eyra dek kerana batuk tidak berhenti. Tersedak apabila mendengar jawapan berani mati dari si abang.
"Ouh, boleh je. Tapi jangan bawa jauh-jauh ye," pesan Tengku Adam dengan relaks.
Sungguh dia tidak terkesan dengan jawapan Redza tadi yang sememangnya boleh membuatkan para bapa marah.
Sungguh! Eyra masih tidak percaya. Hampir terbeliak biji matanya melihat Tengku Adam yang masih tenang. Tak risaukan anak ke apa?
'Wahai hero yang aku tunggu. Selamatkanlah aku dari keadaan yang memalukan ini!'
_ _ _
"
Banyak mana lagi awak nak beli?" tanya Eyra.
Penat sudah mengelilingi pusat membeli belah yang boleh tahan besarnya. Selalunya apabila di pusat membeli belah, kaum adam yang akan terbeban kerana mengangkat barang yang dibeli perempuan.
Namun, ini sudah terbalik! Rei yang dingin dan menjengkelkan itu pula yang gila membeli-belah. Eyra pula mengangkat kotak yang bertimbun-timbun. Entah apa yang dibeli pun dia tidak tahu.
"Awak beli apa ni? Banyak lagi ke?" soal Eyra setelah selamat melabuhkan punggung di sebuah bangku yang tersedia.
Rei diam dan langsung tidak menoleh ke belakang. Masih menatap telefon pintarnya sambil melangkah maju ke hadapan.
"Rei!" jerit Eyra.
"Kenapa?"
Akhirnya berhenti juga jejaka itu walaupun jarak mereka sudah jauh lima meter.
"Awak nak beli apa ni?" Sekali lagi Eyra mengulang pertanyaannya.
"Barang kahwin," balas Rei senada.
"Siapa pula yang nak kahwin?"
"Kita."
Eyra terdiam. Perkataan kita terngiang-ngiang di minda. Dia tidak faham dan otak masih cuba memproses maksudnya.
"Eh? Kita? What the..." Bicara Eyra tergantung. Ada sesiapa nak sambung?
"Kenapa? Tak percaya?"
"Kejap, otak saya masih blur."
Rei tergelak kecil melihat telatah Eyra. Comel! Muka Eyra yang polos itulah paling comel.
"Siapa pula kata saya nak kahwin? Saya tak nak," tanya Eyra setelah memahami maksud tersirat.
"Ouh, nak jadi andartu lah ni?"
"Bukan, saya kata yang saya tak setuju. Sejak zaman bila awak lamar saya ni?"
"Awak nak saya lamar sekarang?"
Rei bertanya lalu melutut satu kaki gaya orang yang sedang melamar.
"No!" bidas Eyra.
"Wow, belum tanya lagi dah kena reject."
Rei kembali berdiri lalu mengambil tempat di sebelah Eyra. Kotak yang dipegang Eyra sudahpun bertukar tangan.
"Sebenarnya ini hadiah. Saya nak bagi hadiah kat anak-anak yatim," terang Rei.
"Anak yatim?"
Rei mengangguk kecil lantas menghadapkan skrin telefon ke arah Eyra.
"Tadi awak panggil saya tak dengar sebab tengah video call dengan dia orang."
Eyra membisu. Dia menatap lama skrin telefon yang terpapar wajah sekumpulan kanak-kanak. Lambaian mereka dibalas dengan lambaian dan senyuman.
"Siapa ni?" tanya salah seorang budak yang wajahnya paling besar terpacul sehingga bulu hidungnya pun boleh dibilang.
"Ini bakal isteri abang," balas Rei.
Renungan tajam Eyra tepat menikam anak mata Rei.
"Wah! Nanti kita orang ada kakak lah ni."
"Cantiknya isteri tu!"
"Isteri tu makanan ke?"
"Ala, tak dapatlah nak kahwin dengan abang."
Pelbagai spekulasi yang timbul. Daripada kanak-kanak yang tidak matang sehinggakan kepada budak perempuan menggatal. Ada juga yang masih tidak tahu erti isteri.
Tergelak Eyra melihat telatah mereka. Semuanya comel belaka. Tapi kasihan, mereka ini semuanya sudah kehilangan orang tua. Sedikit sebanyak hati Eyra tersentuh jua.
"Macam mana awak kenal dia orang?" tanya Eyra selepas panggilan ditamatkan.
"Itu adik angkat saya," balas Rei.
"Macam mana boleh jadi adik angkat?"
"Dulu saya pun tinggal situ."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro