Bab 17
"Pengkhianat?"
Rei termati kata. Apa yang sedang berlaku ini? Penculik? Pengkhianat?
"Ya, aku tahu aku salah. But! Aku hanya buat kerja. Kalau ikut kehendak, kau rasa aku sanggup ke buat macam tu kat kau?" Gin bertanya kembali kepada Eyra.
"Memanglah kau sanggup! Aku baru jumpa kau empat bulan!" jerit Eyra.
Eyra menggelengkan kepalanya berulang kali. Dadanya menaik dek udara yang dihirup melalui hidung. Dia berpusing ke belakang memanggil Ayden yang masih bingung dengan pergaduhan mereka berdua.
"Ayden, aku nak balik sekarang!"
"No!" cantas Gin.
Lantas, Gin berlari menuju ke lif sambil menarik lengan Eyra yang berlapik menuju ke lif. Ayden dan Rei juga tidak menunggu lama untuk mengejar gadis itu kembali.
"Kau ingat empat bulan tu sekejap ke?" tanya Gin.
Eyra menelan air liur kesat. Matanya hanya setia menekur rumput-rumput yang menghijau itu. Tidak mampu untuk bertentang mata dengan Gin yang sangat rapat dengan wajahnya.
Gin membawa Eyra ke belakang hospital sehinggakan Rei dan Ayden kehilangan jejak mereka berdua.
Tangan jejaka itu mengunci pergerakannya yang sudah tersandar di dinding. Dengan kedudukan seperti itu, Eyra perasan akan halkum Gin yang sentiasa bergerak.
Gulp!
"Aku dah pulangkan ayah kau."
Terus Eyra mengangkat wajah memandang tepat ke arah Gin. Senyuman terharu terbit di bibirnya.
"Pa... papa dah balik?"
Eyra bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian. Mana boleh percaya melulu, lagi-lagi dengan Gin ini. Sudah nama pun Gin, perangai mesti macam jin.
"Iya," balas Gin serba salah.
Dia tahu perbuatannya itu salah dan hanya akan mengundang maut... terhadap dirinya. Takkan bos kumpulan Ginsei bakal melepaskan dirinya begitu sahaja setelah membebaskan Tengku Adam.
"Te... terima kasih!" ujar Eyra yang kembali ceria.
Tiada sekelumit pun perasaan derita yang dialaminya sebelum ini. Derita itu, seolah-olah telah berlalu pergi mengikut laluan angin.
"Tapi..." sambung Gin.
"Tapi apa?" tanya Eyra.
"Kau maafkan aku... boleh?"
"Kau buang tebiat ke apa?"
Hairan Eyra. Lelaki yang selalu membuat dirinya terseksa selama ini meminta ampun secara tiba-tiba. Tapi, muka Gin tampak seperti betul-betul kesal dengan perbuatannya.
"Kau... boleh pergi dengan aman. Cuma satu je aku nak cakap," ujar Gin.
"Cakap apa ni? Cepatlah! Aku dah tak sabar nak balik ni."
Eyra berkata-kata sambil tangannya tidak berhenti menyelongkar beg tangan mencari telefon canggihnya. Tak sabar nak tanya mama tentang kepulangan Tengku Adam.
"Aku jatuh cinta dengan kau," ujar Gin yang nampak seperti sangat memaksudkannya.
"Hahahaha. Kau terlebih dos dadah ni."
The hell? Serta-merta tangan Eyra kaku dari menyelongkar begnya. Tolong cakap yang ianya hanya gurauan.
"Apa maksud kau?" tanya Eyra bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Gin sebentar tadi.
Oh tuhan. Selama hidupnya, ini kali pertama dia menerima luahan hati dari seorang jejaka yang lebih tua darinya!
"Maksud aku macam yang kau dengar, aku cintakan kau. Tapi aku tahu selepas aku lepaskan Tengku Adam, hidup aku tak akan lama. Jadi, anggap ianya farewell goodbye."
Panjang lebar Gin meluahkan rasa isi hatinya. Tanpa amaran, tangan kecil Eyra dikucup lembut.
Astaghfirullahalazim...
"Haram!"
Terus sahaja Eyra menepis tangan kasar Gin. Dia terkedu, terkejut dan berbagai ter lagi. Gadis itu masih tahu apa yang halal dan haram.
"Apa kau buat, Gin!"
Gin tersungkur jatuh dek tumbukan yang terkena di pipinya. Sekali lagi, dia ditumbuk Rei.
Gin memegang pipinya menahan pedih yang terasa. Sakitnya tidak usah dikatakan, sangat berbisa bagi sesiapa yang terkena tumbukan dari ketua yakuza paling berkuasa itu.
"Cik... gu..."
"Eyra, dia ada buat apa kat kau?" tanya Rei penuh risau.
"Tak ada apa-apa," balas Eyra senada.
Rei menghela nafas kelegaan. Namun mata helangnya masih tidak lepas merenung tajam 'bekas' sahabat baiknya, Gin.
"Eh cikgu, mana Ayden?"
"Oh, dia ada kat tempat parkir kereta. Tayar dia pecah," jawab Rei sambil tersenyum sinis.
_ _ _
Beberapa minit sebelumnya...
"Eyra!"
Serentak Rei dan Ayden memanggil gadis itu. Namun terlebih dahulu, dia sudah dibawa lari oleh Gin.
"Cikgu! Kita kena cari Eyra!" teriak Ayden. Bimbang sekiranya apa-apa terjadi.
"Takyah cakap pun dah tahulah!"
Terus Rei berlari meninggalkan Ayden yang sepuluh kali ganda lebih lambat bertindak daripadanya. Sempat lagi bekas guru itu tersengih sendiri.
Setelah keluar dari lif, pantas dia melulu keluar ke tempat parkir kereta. Mata tertancap pada kereta mewah milik Ayden.
Ting!
Seperti ada mentol cahaya yang muncul di atas kepalanya, idea jahat pun muncul.
Sempat lagi Rei mengeluarkan pistol glock yang tersedia tersimpan di sisi kakinya yang ditutup dengan stokin dan kasut.
Bang!
Pacuan empat roda milik Ayden sudahpun kehilangan fungsi satu tayarnya. Rancangan ringkas dan berguna Rei sudahpun berjaya.
Sempat lagi dia mencarik senyuman sinis di bibirnya yang nipis. Pistol yang berada di tangan dimainkan seketika.
Jap,
"Eyra mana!"
_ _ _
Sejak beberapa minit lalu, hanya bunyi radio yang kedengaran. Kedua mereka hanya diam tidak bersuara seolah-olah sedang memberikan laluan kepada radio untuk merancakkan bunyinya.
"Erm... kita nak pergi mana cikgu?" tanya Eyra perlahan.
Sepuluh jarinya dimainkan serentak. Sesekali, dia berbalas mesej dengan Tengku Fyza selaku kakak kandungnya melalui telefon.
"Entah," jawab Rei sepatah.
"Ayden pergi mana?" soal Eyra lagi.
"Berhenti tanya pasal budak tu boleh tak?"
"Memanglah kena tanya, saya dengan dia je wakil pelajar Malaysia yang datang sini untuk exam. Sekarang, dia hilang." Bersungguh-sungguh Eyra menyebelahi Ayden.
"Kau sebut nama Ayden lagi, aku campak kau keluar!"
Rei mengetuk stereng dengan tangan kanannya manakala tangan kiri digunakan untuk memandu. Eyra terkejut lantas mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri.
"..."
"..."
Masing-masing diam. Hanya lagu Lily nyanyian kumpulan band Jepun, lucklife yang kedengaran di pembesar suara.
"Cikgu, Ayden okey ke nanti?"
Budak ini... orang dah kata jangan sebut nama itu. Ada yang memang cari nahas ini.
Rei menoleh memandang Eyra yang berada di sebelah. Mata hitam milik Rei menikam tajam mata amber Eyra.
Serta-merta, kereta Rei berhenti di tepi jalan. Ya, dia sengaja berbuat begitu. Kalau dia cakap dia campak, dia campak sungguh.
"Erk, saya ada cakap salah ke?"
Sudah terang lagi bersuluh Eyra! Sengaja mahu membangkitkan lagi kemarahan sang naga yang sejak awal lagi sudah berang.
Rei keluar melalui pintu kereta dan melangkah ke pintu di tepi bahagian pemandu.
Pon!
Pon!
Bunyi hon yang kuat itu menyapa halwa telinga Rei dan Eyra. Lantas, mereka berdua menoleh untuk melihat punca bunyi.
"Gin," sebut Rei perlahan namun cukup untuk Eyra mendengarinya.
Lelaki itu lagi. Tak cukup ke tumbukan Rei untuk membuatkan dia insaf?
"Eyra, Rei, lari. Ginsei kejar kau orang berdua!" laung Gin sekuat hatinya.
"Eyra, kita tak ada masa."
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro