Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

"Eyra?"

Rei terpana buat seketika. Adakah betul gadis yang sedang lemah dihadapannya ini Eyra? Bagaimana gadis itu boleh berada ni tanah airnya, negara matahari terbit?

Eyra makin kehilangan gas yang terhasil dari proses fotosintesis. Teruk betul simptom kegelisahannya kali ini.

"Cik... gu..." rintih Eyra.

"Eyra kenapa ni?" 

Makin cuak Rei tatkala wajah ayu bekas anak muridnya itu semakin memucat. Nak buat apa ini?

Takkan nak buat CPR pula. Ujian kemasukan kelab Bulan Sabit Merah pun tak lepas, inikan pula nak membantu memberikan bantuan kecemasan.

Bukk

Tubuh Eyra jatuh menyembah bumi tempat mereka berpijak. Namun, dia masih berdaya untuk sedarkan diri.

"Eyra!"

"Ayden..." 

Eyra memanggil Ayden sebaik sahaja terlihat kelibat jejaka itu berlari kearahnya. Dia tahu, Rei takkan membantu meringankan bebannya.

"Cikgu buat apa kat Eyra?" tanya Ayden namun lebih kepada nada menghambur kemarahan.

Masakan tidak, bukannya dia tidak tahu Rei lah satu-satunya punca Eyra jadi begini. Stres yang melampau disebabkan kehilangan ayahnya dan punca utama, Rei.

"Aku tak buat apa-apa pun!"

"Sudahlah penipu!" marah Ayden.

Tangan Eyra ditarik Ayden agar senang untuk dia memapah gadis itu berjalan. Langkah Eyra longlai menuju ke arah pacuan empat roda milik Ayden.

Tubuh Eyra selamat berada di dalam keretanya. Ayden mengambil langkah laju untuk menuju ke kerusi pemandu.

Bamm!

Bunyi pintu kereta ditutup kuat bergema. Serentak itu, Ayden melihat di bahagian belakang manakala Eyra menoleh ke arah kirinya.

"Cik... gu... buat... apa ni?" soal Eyra walapun masih tak berdaya.

Hairan jejaka itu selamba badak mengambil tempat di dalam kereta mewah Ayden. Tak takut Ayden ke? Dia halau nanti...

"Apa tengok-tengok? Kau nak Eyra mati kat sini ke budak?" tanya Rei kepada Ayden yang masing tercengang.

Sesedap rasa sahaja Rei memanggilnya budak. Ingat ini iklan maggi ke? Masukkan garam dan tambah perencah sambal maggi sesedap rasa. Tiber...

Hello Encik Rei, Ayden yang dikatakan budak itulah yang sedang memandu kereta sport ini. Kereta mewah okey, bukan kereta kancil.

Lantas Ayden berpaling semula menghadap cermin kereta dihadapannya. Pacuan empat roda itu mula dipandu untuk menuju ke sebuah destinasi.

Eyra yang berada di belakang masih terdiam seperti boneka mainan. Langsung tidak bergerak, malahan untuk bernafas juga dia takut.

Takut jika bertembung mata dengan Rei yang sedang merenungnya tajam. Langsung tidak mahu lepas menatap wajah Eyra.

"Dah sampai hospital!"

_  _  _

"Don't worry, Mrs. Eyra is in good condition. If she was late, she would have fainted. Oh, Mrs. Eyra won't be in the ward. Once the treatment session is over, she can go home, (Jangan risau, Puan Eyra berkeadaan baik. Jika lambat tadi, pasti dia akan pengsan. Oh, Puan Eyra tak akan dimasukkan ke dalam wad. Selesai sahaja sesi rawatan, dia boleh pulang)," ujar jururawat yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan.

Sengaja jururawat itu berbahasa inggeris dek terlihat wajah Ayden yang tiada iras masyarakat Jepun.

"Arigatou gozaimasu."

Rei membalas kepada wanita itu sambil menunduk hormat. Sudah adat mereka memang begitu apabila berterima kasih.

"So, between the two of you, which one is Mrs. Eyra's husband?"

Eh perempuan ini, jaga tepi kain orang nampak. Rei dan Ayden berpandangan sesama sendiri. Buntu, adakah mereka terlihat begitu tua sehingga dikatakan suami orang?

"Me!"

Serentak Rei dan Ayden memberikan jawapan. Masing-masing tidak mahu mengalah, main lawan mata pula.

Rei menikam anak mata Ayden tajam. Namun ianya langsung tidak berkesan untuk membuatkan Ayden menikus.

"Errr... Does Mrs. Eyra have two husband?" tanya jururawat itu dengan riak yang penuh kekeliruan.

Seteruk manapun hal perhubungan jantina sejenis di negara itu, dia tidak pernah jumpa lagi wanita bersuami dua.

"I'm her husband. Please let me check her for a while."

Sedang bingung Rei dan Ayden berfikir jawapan yang paling sesuai untuk dibalas kepada wanita tadi, satu suara lain pula datang dan mengaku dirinya adalah suami Eyra.

"Or... Three husband?"

Wahai Eyra, hebatnya kamu. Sampai tiga jejaka kacak serentak mengaku diri mereka pasangan kepada Eyra.

"Gin?"

Rei betul-betul kehilangan kata. Makin bertambah kebingungan di benak fikirannya tatkala musuhnya itu datang.

"Aku, kenapa?" tanya Gin kembali.

Sengaja dia menayangkan muka seposen. Macam tidak tahu mengapa Rei dan Ayden buntu.

"Oh god, i'm speechless now!"

Jururawat itu menjerit sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malas mahu serabutkan kotak fikiran, wanita tadi berlalu pergi meninggalkan ketiga-tiga jejaka tadi.

"Apa kau dah buat kat Eyra?"

Rei bertanya dengan nada yang menahan geram. Kolar baju kemeja Gin ditarik sekuat hati.

"Aku tak buat apa-apa. Aku cuma nak ambil dia," balas Gin senada. Pandai betul dia mengawal riak wajah.

"Buat apa nak ambil dia?" Kolar baju ditarik lagi menyebabkan jarak mereka terlalu hampir.

"Lah, takkan kau tak tahu. Dia tu kan... geng Ginsei."

Dush!

Yes, satu tumbukan padu selamat mendarat di perut Gin. Rei mengatur nafasnya semula. Mencari mautlah kalau mahu berperang dengan seorang Rei Shuichi.

"Cukup! Ini hospital kan? Nampak je macam orang dewasa, tapi perangai... tak matang langsung," bidas Ayden semasa kedua orang jejaka dihadapannya sedang bergelut.

Amboi mulut, tak matang ye? Ini lagi seorang yang nak makan penumbuk Rei.

Rei menggosok telinganya kuat seakan-akan protes akan kata-kata Ayden. Fuh... Bernanah telinga!

"Ayden! Jom ba..."

Belum sempat Eyra menghabiskan kata-katanya, serta-merta dia kaku berdiri di situ. Terkejut dengan kehadiran si kejam yang memaksa dirinya selama ini.

"Gin..."

"Yes, girl. That's me," balas Gin tanpa riak.

Eyra mulai gelisah. Haih... Sudahlah. Baru sahaja dia tenang selepas mendapat rawatan, ada masalah lain pula datang?

Eyra menarik nafasnya dalam. Rileks, jangan panik. Panik tak akan menyelesaikan satu pun masalah. Malah, ia akan menimbulkan lebih banyak masalah.

Bertindak secara tenang dan tidak terburu-buru. Itulah yang diajar oleh doktor sebentar tadi.

"Apa kau buat kat sini?" tanya Eyra yang sedang cuba menenangkan diri.

"Buat bodoh," balas Gin selamba.

"Pulangkan ayah aku!" jerit Eyra.

Sengaja dia menjerit kuat. Biar semua orang tahu yang lelaki di hadapannya itu adalah penculik. Kalau tidak faham, sekurang-kurangnya Rei dan Ayden pasti memahami.

"Kau kenal ke lelaki ni?" tanya Ayden kepada Eyra.

"Siapa je tak kenal penculik!"

Kata-kata Eyra membuat Rei terpempan. Penculik?

"Aku dah penat tahan, aku dah tak sanggup dah nak tanggung derita. Biarlah Cikgu Rei tahu yang pengkhianat selama ni, adalah kau!"

🌸INFO🌸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro