Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Pistol yang berada di tangan, beralih tempat ke poketnya. Gin yang duduk tadi bingkas bangun apabila manusia yang diharapkan datang tadi telah tiba di hadapannya.

"Kau buat apa kali ni?" tanya Eyra dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Penat tergesa-gesa berlari menuju ke bangunan ini.

"Aku tak buat apa-apa pun. Orang aku yang buat hal," balas Gin. Tampak seperti langsung tidak kesah dengan kejadian rusuhan yang berlaku di tika ini.

Kotak kecil yang berwarna merah di atas meja diambil lalu dibuka. Sebatang rokok yang berjenama mahal itu dikeluarkan.

Tangan diseluk ke poket seluar untuk mengeluarkan sesuatu. Lighter dinyalakan lalu diarahkan apinya ke arah hujung puntung rokok.

Asap yang terhasil daripada rokok itu mula berkumpul di udara mengikut arah angin berputar.

Gin mula menghisap rokok tadi dan menghembuskan asapnya tepat mengenai wajah Eyra yang sedang berang.

"Cakaplah! Kau nak apa pulak sekarang ni?" soal Eyra lebih garang bagaikan sang singa yang kehilangan anaknya.

"Wow wow. Rileks sayang. Aku tak nak tergesa-gesa."

"Hisy! Cepatlah! Rei tahu yang aku datang sini," tutur Eyra lalu mengambil tempat di kerusi kayu yang sudah rapuh. Asalkan, dia dapat duduk.

"Okay kali ni, aku nak kau curi dokumen bisnes dia. Dokumen bisnes tentang pelaburan akan datang di antara syarikat SFB holdings, dan syarikat papa kau."

"Gila! Kau tahu tak sebab kaulah, aku dengan dia bermusuhan. Hell no! Aku nak berhenti buat kerja gila ni!"

Eyra mengambil kunci keretanya semula. Dia mengorak langkah menuju ke pintu utama yang hampir rosak.

"Papa kau? Takkan kau nak tinggal dia?"

Soalan yang dilontarkan Gin membuatkan Eyra serta merta memberhentikan langkahnya. Takut, dia sangat takut.

Keberanian tadi terus hilang dibawa deruan nafas ketakutan. Dia takut yang dia akan kehilangan satu-satunya papa kandungnya.

"Please, aku merayu. Bagi aku jumpa papa dulu. Aku akan buat kerja tu nanti. Please, let me see my papa."

Eyra merayu dan merintih di hadapan Gin. Dia menekur lantai tempat dia berpijak sekarang. Perlahan-lahan, tubuhnya yang tadi berdiri mula melutut bagaikan hamba di hadapan Gin.

"Well, good girl. You're clever in making desicion. Come with me."

Gin mula bergerak meninggalkan perkarangan bangunan terbiar itu. Tangan dilambai membuat isyarat agar Eyra membuntutinya.

_  _  _

Rei mengelap peluh yang merenek di dahi dengan menggunakan lengan bajunya. Dia membongkok seketika sambil menarik nafas dengan teratur.

Figura yang dikejarnya tadi terlalu laju sehinggakan Rei tidak dapat menjejaknya. Eyra, sudah lesap dari pandangan mata.

'Gin!'

Rei berlari menyorok di sebalik timbunan sampah yang menggunung tinggi. Mata mula menjalankan misi sebagai pemerhati.

'Eyra?'

Rei terkedu buat seketika. Patutlah Eyra sekarang ini bencikan dia. Rupanya konco kepada Gin! Memang tak guna!

"Aku memang bodoh sebab percayakan kau... penipu!"

_  _  _

"Mana dokumen nombor 26?"

Semua pekerja yang berada di situ terdiam seribu bahasa. Masing-masing menekur lantai, tidak mampu untuk bertentang mata dengan sang naga yang sedang mengamuk.

"Sakura!" Rei menjerit memanggil pembantu peribadinya.

"Ye... B... bos," sahut Sakura, gagap.

"Dokumen tu!"

"Sa... saya tak t... tahu bos."

"Macam mana boleh tak tahu? Awak tahukan itu latest document yang paling penting! Apa saya nak jawab dengan Tengku Adam nanti?"

"Maaf bos!" Sakura pantas menunduk 90 darjah.

"Haih... Saya tak nak kemaafan awak. Saya nak benda tu!"

"Sudah!" Rei menghentak mejanya kuat. Secawan kopi yang berada di atas meja juga jatuh pecah berderai. Terhinjut bahu masing-masing dek terkejut.

"Semua blah!"

Beberapa orang pekerja mula beredar keluar. Selepas sahaja pintu kaca itu ditutup, Heiji merapati tubuh sahabatnya itu.

"Sabarlah Rei... Aku rasa mesti ada pengkhianatan ni. Tunggu saja masanya, nanti mesti akan terbongkar," pujuk Heiji.

"Cctv... Cuba tengok cctv!"

"Haahlah!"

_  _  _

Masa itu emas. Ianya sentiasa bergerak dan tidak pernah sekali pun berhenti. Andai ia terlepas, tidak dapat diputarkan kembali.

Masa berlalu dengan pantas. Masuk hari ini, sudah genap empat bulan Rei menamatkan kerjayanya sebagai guru di Akademi Royal Diamond.

Dan sejak empat bulan itulah, hidup Eyra menjadi tidak tentu arah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

Mana tidaknya, sehingga kini ayahnya  yang diculik masih lagi tidak dipulangkan ke pangkuan keluarganya.

Sungguhlah sadis, rupanya yang menawan bagai bulan dipagar bintang, mula berubah comot. Wajahnya yang kusam dan baju yang tidak terurus. Ini semuanya berpunca dari stres yang melampau.

"Eyra, sudahlah. Aku yang tengok kau pun dah tak tertahan," pujuk Echa yang hendak duduk di sisi Eyra.

"Kalau macam tu, jangan tengok aku," balas Eyra mendatar.

Ada yang kena luku kepala nanti. Orang nak pujuk, bukan nak terima! Susahlah...

"Macam mana aku tak tengok kau kalau dah tiap-tiap malam satu bilik dengan kau. Kat kelas meja sebelah kau. Macam mana? Cuba cerita sikit."

"Butakan je mata kau!"

"Hey! Kau ni! Ingat mata aku ni murah ke? Kalau buta, macam mana aku nak cuci mata tenangkan fikiran tengok Cikgu Heiji tu," ujar Echa. Sempat lagi teringat nak buat dosa zina mata.

Eyra tergelak kecil. Aduhai kawan yang seorang ini. Bukan Echa lah kalau tak ada lawak bodohnya.

"Jap, kau dapat berapa A?" tanya Echa pantas mengambil slip yang berada di tangan Eyra.

Slip Peperiksaan Penilaian Akademi antara negara. Peperiksaan yang tarafnya, lebih tinggi dari sijil Sijil Pelajaran Malaysia.

Penilaian yang diadakan untuk mengira taraf kedudukan sekolah elit di antara 30 buah negara. Dan antaranya, sekolah Eyra juga termasuk.

"Bapak! Hebat! Fuyyo! Kau dapat 22A?" Echa terus melompat tidak percaya. Dipandang wajah Eyra dengan matanya yang sedia membulat.

Eyra hanya tersenyum kelat. Tak tahu nak gembira ke, sedih ataupun terharu. Tak rasa apa-apa.

"Bukan ke 22A dapat sambung Royal Country Exam?" Makin terkejut Echa.

Diam-diam ubi berisi. Sedang memikul beban yang menggunung pun masih mampu mengasah otak sehingga berjaya sampai begini. Gifted betul!

"Aku malaslah nak pergi," ujar Eyra tidak berminat dengan tawaran itu.

"Gila kau! Jangan sia-siakan peluang ni. Mana tahu kalau kau terkenal, ramai nak tolong kau cari Tengku Adam."

"Jap, apa maksud kau?"

"Seperti yang kau dengarlah."

"Clever! Tak sia-sia aku ada kawan gila macam kau!"

_  _  _

Eyra melangkah sopan keluar dari bilik peperiksaan. Kepala terasa ringan selepas berjaya memerah segala isi untuk menjawab soalan yang teramat susah tadi.

Lega yang bertapa hanya seketika. Gelisah kembali menukar tempat dan mula menguasai diri.

Nafas mula menjadi tidak teratur. Dada berombak laju, jantung mengepam laju. Eyra mengambil beg kertas yang disimpan di poketnya.

Itulah yang akan terjadi apabila simptom anxiety mula keluar. Anxiety yang dihidapi Eyra semakin menjadi-jadi semenjak ini.

Dia melangkah longlai menuju ke belakang bengunan peperiksaan tadi. Tentai Royal High School, Japan. Itulah tempat dia berada sekarang. 

Dalam banyak-banyak tempat di dunia ini, mengapa Jepun juga tempatnya mendarat. Memang sudah ditakdirkan ke?

Lama kelamaan, simptom anxiety nya mulai parah. Dia hampir kehilangan oksigen untuk dihirup.

"Hah... hah... hah..." Nafas Eyra tercungap-cungap.

"Sabar Eyra, sikit lagi hi... lang..." pujuk Eyra pada dirinya sendiri. 

"Miss?"  

Suara yang serak basah itu menyapa pendengaran. Eyra yang sedang melutut itu mengangkat wajah mencari tuan suara.

"Cik... gu... Rei..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro