Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Tempurung kepalanya yang keras terasa seperti diketuk-ketuk menggunakan penukul. Sungguhlah sakit sampai Ayden yang baru sahaja sedar itu kembali terbaring.

Namun, apa guna namanya jantan kalau sakit sikit, dah serik. Ayden masih cuba menggagahkan dirinya untuk bangkit.

Perkara pertama yang dia lihat adalah muka beruk The Devilsh. Semua sedang membongkok menghadapnya yang baru bangun dengan wajah yang penuh kerisauan. 

"Aku kat mana ni?" soal Ayden terpinga-pinga melihat keindahan bilik tempat dirinya ditempatkan.

"Weh Echa! Dia tak ingat dia kat manalah!" jerit Danish seraya mendapatkan Echa yang sedang menghirup teh hijau dengan penuh ketenangan.

Pufff! Uhuk! Uhuk!

Habis lencun baju Qairi terkena semburan yang datangnya dari mulut becok si Echa. Qairi menjeling Echa tajam bak helang sedang menanti masa yang tepat untuk menerkam mangsa.

"Sorry Qairi! Tak sengaja!"

Terus Echa berlari meninggalkan Qairi yang masih memegang bajunya yang basah. Danish turut mengejari Echa yang menuju ke arah Ayden.

"Wei! Nama kau siapa?" soal Echa sejurus berada di hadapan Ayden. Tanya nama dahulu, kalau hilang ingatan, boleh dia tipu sunat.

"Tengku Ayden Asyrafique bin Tengku Fizad Rafique."

Echa menghembus nafas tidak puas hati. Baru nak mempermainkan anak teruna orang. Sedikit sebanyak dia juga lega lelaki itu masih waras.

"Nasiblah kau tak gila," ujar Rayyan yang masih setia menunggu. Tidak ubah rupanya seperti emak sedang merisaukan anaknya.

"Jap, macam mana aku boleh ada kat sini?" tanya Ayden dengan lebih kuat.

"Cuba kau ingat... Sehari sebelum..."

Aisy membuat lagak seperti seorang storyteller paling berpengalaman di muka bumi ini.

_  _  _

"Nak pergi bila? Semua setuju ke?" tanya Rei sambil mengetuk dagunya seperti sedang berfikir.

"Setuju!"

"Tak!"

Semua memandang ke arah Ayden dengan muka tak puas hati. Spoil mood betul!

"Kenapa tak nak pergi?!"

Echa menghentak meja makan seperti sedang menahan kemarahan. Bukan tahan kemarahan... memang dah baran.

Tidak usah dirisaukan, semua kawan-kawannya tahu yang semua lagak Echa itu... hanyalah lakonan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Eh?

"Suka hati akulah nak pergi ke tak nak. Hak aku!" bentak Ayden. Yang seorang ini memang betul baran dia.

Pakk!

_  _  _

"Lepas tu apa jadi?" tanya Ayden apabila Echa hanya bercerita sekerat jalan.

"Err..." Echa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa eh jadi?" soal Danish penuh kepuraan.

"Asal kau orang tak ingat? Bukan Ayden kena hempuk dengan batang penyapu Echa, kan?" terang Aisy polos.

Echa mengetuk dahinya sendiri manakala Danish pula memukul bahu Aisy. Rayyan masih tersenyum kelat.

"Kau hempuk aku!" marah Ayden.

"Alah wei, tu lah kau. Tak nak ikut kita orang," jawab Echa.

"Dah tu macam mana aku boleh pengsan sampai satu malam?"

"Dah kau kena pukulkan. Lupa ke?"

"Kuat gila kau pukul aku."

Echa menggosok hidungnya bangga. Tengok tanganlah, ini Echa lah. Pasukan bola baling sekolah paling ganas.

"Tengok tanganlah..."

"Bodyguard dia yang hempuk kau," bidas Qairi sebelum sempat Echa menghabiskan kebanggannya. Ceit! Baru nak angkat bakul sendiri.

"Kita kat mana ni?" soal Ayden.

"Jepun."

"Jepun?" Ayde terus terbangun dari perbaringannya.

"Kau orang bawak aku sampai ke sini? Gila! Nasib tak berdarah kepala aku. Kalau aku mati macam mana?"

Bertalu-talu soalan Ayden. Kali pertamalah tengok dia cuak sampai macam ini. Hilang macho.

"Sebab tu aku suruh bodyguard aku pukul slow. Tak nak aku bayar saman kalau kau mati." Selamba badak, Echa membalas.

_  _  _

"Eyra! Awak dah kenapa?"

Nafas Rei menjadi tidak teratur menahan amarah. Langsung tidak setuju dengan keputusan Eyra yang mengejut. Tiba-tiba sahaja dia diberhentikan kerja.

"Saya..."

Lama Eyra terdiam. Matanya sedang memulakan proses untuk mengeluarkan air mata. Dia... dah tak tahan.

"Saya..."

"Saya apa? Apa?" tanya Rei dengan suara yang lantang sehingga membuatkan Eyra terkejut.

"Saya... benci cikgu!"

Akhirnya kolam mata mula mengalir deras di pipi. Dia harus menipu Rei demi keselamatan ahli keluarganya yang dicintai juga demi keselamatan cikgunya itu. Tapi, mengapa sampai begitu?

Rei kelu. Dia merenung dalam wajah Eyra yang sedang dalam tangisan. Baru dua minggu mereka berbaik, kini masalah yang lain pula tiba.

Tolonglah, Rei baru sahaja hendak mengenali Eyra dengan lebih mendalam.

Dia... telah mula sayang terhadap gadis itu. Perasaan yang aneh itu mula muncul sejak dia berjumpa dengan seorang Tengku Eyra Ayaka.

"Apa yang saya dah buat?"

"Cikgu fikirlah sendiri!" bentak Eyra lalu menghempas pintu selepas keluar dari bilik tadi.

_  _  _

"Wohooooo! Baru aku tahu betapa best nya main ski!"

Jeritan teruja Danish, Aisy dan Qairi membuatkan semua pengunjung yang berada di resort ski itu memandang ke arah mereka.

"Apa pandang-pandang? Tahulah aku handsome."

Aisy mengangkat bakul sendiri. Tak sedar yang muka dialah yang paling jambu antara geng The Devilsh yang lain.

Nasib baiklah mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh Aisy. Kalau tak, mahu kena dia kena halau.

Sedang remaja-remaja itu seronok bermain ski, jauh di hujung kawasan itu, kelihatan Rei yang sedang merenung nasib dirinya.

Sambil itu, direnung juga wajah Eyra yang juga turut mendiamkan diri di ruangan hujung hadapannya. Nampaknya, mereka berdua masih tidak dapat menerima kenyataan.

"Kenapa dengan dia orang tu?" soal Rayyan yang baru sahaja masuk di kawasan tempat rakan-rakannya bermain.

"Entahlah, dari semalam macam tu," balas Echa sambil mengangkat bahunya.

"Sebelum kita datang Jepun, elok je berdua tu," ujar Qairi pula.

"Itulah. Semalam masa aku masuk bilik nak tidur, aku nampak Eyra menangis. Yang aku tahu sebelum tu, dia jumpa Cikgu Rei," sambung Echa lagi.

"Entah-entah, dia orang bergaduh tak?"

Rayyan mengujarkan pendapatnya sendiri. Pastilah hairan, sebelum ini, Eyra dan Rei itu dah macam belangkas. Asyik melekat saja.

"Kejadian rusuhan yang berlaku di bangunan terbiar milik syarikat Ginsei telah menimbulkan pelbagai kontroversi di kalangan penduduk bandar Yamate."

Tiba-tiba Echa bersuara sambil menatap telefon canggihnya. Yang lain pula mendengar dengan penuh teliti menanti sambungannya.

"Kejadian yang berlaku jam sembilan tadi telah membuatkan pekan menjadi huru-hara."

"Apa kau baca tu?" soal Qairi.

"Berita sensasi. Ada rusuhan sekarang ni," balas Echa mendatar. Tampak seperti tidak heran dengan berita itu.

Eyra terbangun. Berita yang dibacakan Echa itu cukup untuk membuatkan dia gelisah.

"Bangunan terbiar syarikat Ginsei?" tanya Eyra sambil berlari mengambil kunci keretanya.

"Haah, kenapa?" soal Echa pula.

Tanpa menjawab pertanyaan Echa, dia terus berlari keluar dari resort itu.  Pacuan roda miliknya dipandu laju bergerak ke bandar Yamate.

Rei juga tidak melengahkan masa, pantas dikejar kereta gadis itu menggunakan keretanya. Hairan, setiap kali kumpulan Ginsei disebut, pasti Eyra akan menjadi tidak tentu arah.

"Ada drama lagilah..." Echa menayangkan riak teruja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro