Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Bebola mata bergerak memerhati suasana pusat membeli belah yang dihujani dengan kehadiran manusia. Sudah hampir satu minit Eyra menunggu kehadiran seseorang di situ.

Baru satu minit pun dah macam cacing kepanasan, inikan lagi kalau satu jam. Kaki kanannya dihentak-hentak ke lantai menandakan yang dia memang dikuasai kebosanan!

Akalnya mula teringat akan sesuatu. Pelik juga ye. Kenapa tiba-tiba Cikgu Rei ajak keluar makan? Oh, baru Eyra teringat, cikgu rasa bersalah sebab tuduh dia.

"Eyra!"

Eyra memalingkan wajahnya memandang ke arah si pemanggil suara. Seketika, dia terkedu.

Figura yang berada di hadapaannya ini sangat menggugat keimanan. Dengan wajahnya yang cerah bagai bidadara, rambut hitam keperangan yang lebat terjuntai, kening hitamnya yang elok terbentuk.

"Eyra?"

Hidung yang tak terlalu mancung mahupun terlalu peset. Mata sepet yang berkilauan. Bibirnya merah jambu bak delima menandakan ia tidak pernah disentuh rokok.

"Eyra?"

Ditambah lagi dengan pakej berbadan tegap serupa ahli gym, tingginya yang hampir mencecah 180 cm dan lengannya yang berotot.

Memang patutlah si dia itu ramai peminatnya. Oh Eyra, macam mana kau boleh tak perasan akan ciptaan tuhan yang seorang ini? Kenapalah baru perasan betapa kacaknya dia.

"Are you done eye-raping me?"

Terus termati lamunan Eyra. Figura yang dibayangkan segala sifatnya tadi betul-betul berada di hadapannya sekarang. Bagus Eyra, kau dah malukan diri sendiri!

"Sejak bila pula saya buat macam tu?" soal Eyra tak mahu mengalah dengan Rei.

"Alahai, tak perlu segan-segan. Nak tengok lama lagi pun tak apa. Saya boleh bagi awak tengok puas-puas," balas Rei mengusik.

"Hisy! Tak ingin saya!"

Habis membahang wajah Eyra yang putih mulus itu. Cakap tak ingin, tapi tadi... siapalah yang usha orang itu lama-lama.

"Erm, ha! Cikgu nak ajak saya pergi mana ni?" tanya Eyra mengubah topiknya tadi.

"Don't call me cikgu. I hate that. Kita kat luar ni panggil saja Rei," ujar Rei.

"Oh, err... okay?"

Gosh Eyra, asal kau gugup sangat ini? Macam tak biasa jalan dengan Cikgu Rei.

"Jom makan."

Belum sempat Eyra mengeluarkan bicara, terlebih dahulu tangannya ditarik oleh Rei dan dibawa ke sebuah restoran.

Rei menarik Eyra sehingga ke hadapan pintu kaca restoran. Eyra melilaukan pandangannya ke arah sekeliling. Tengok dekorasi pun boleh tahan mewah. Mesti restoran ini tempat orang berada.

"Berapa lama lagi nak jadi patung kat situ?"

Soalan Rei membuatkan Eyra tiada arah. Macam manalah boleh berangan lama-lama ini? Tak malu betul!

"Maaflah, restoran ni je yang saya mampu belanja awak," ujar Rei.

Pandangan jejaka itu yang redup membuatkan Eyra dihurung rasa serba salah. Jap, dia panggil Eyra awak kan tadi? Tak salah dengarkan?

"Eh, tak apa! Sebenarnya saya pun jarang pergi tempat-tempat macam ni."

Eyra membalas kata-kata Rei dengan rasa bersalah. Walaupun dia pangkat Tengku, itu tak semestinya dia mempunyai lesen untuk berbelanja sesuka hati.

Tengku, bukan anak raja. Cuma kerabat diraja yang sudah turun temurun. Silap-silap, Rei lagi kaya darinya. Eh, memang lagi berduit pun, kalau tak, tak adanya syarikat Tengku Adam bekerjasama dengan syarikat Rei.

Setelah beberapa lama mereka mendiamkan diri, makanan yang dipesan telah pun sampai. Eyra yang terasa sedikit kekok hanya mengunyah sehingga pinggannya licin.

"Erm... Eyra." Teragak-agak Rei memanggil anak muridnya itu.

"Iya, kenapa?"

"Err... Emmm... Apa tu..."

Eyra memandang seorang Rei Syuichi dengan penuh rasa hairan. Sejak bila pula cikgunya ini malu-malu kucing? Dulu nak kata perangai macam shy shy cat langsung tak ada. Shy syaiton adalah!

"Apa?"

"Macam ni Eyra... nak tak kalau saya bawa awak..."

Rei menggosok belakang lehernya. Terasa bahang pula berhadapan dengan gadis itu. Eyra pula masih setia menunggu sambungan bicaranya.

"Bawa?" soal Eyra.

"Bawa..."

"Pergi..."

"Jepun!"

Akhirnya terlafaz juga isi hati yang terbuku itu. Rei menghembus nafas yang teramat lega. Seketika, dia pandang wajah Eyra menanti jawapannya.

"Jepun? Wah! Best giler! Kita orang pun pergi sekalikan?"

Habis terbeliak biji mata Rei yang berwarna hitam itu! Sejak bila pula geng Eyra ada sekali ini? Weyh... malu sangat sampai rasa nak bunuh diri.

Wajah kawan-kawan Eyra dilihat satu persatu. Darilah kumpulan Diamond Trio, Echa dan Qairi, sehinggalah ahli The Devilsh, Ayden, Rayyan, Danish dan Aisy.

"Cikgu! Cikgu kata nak bawa kami pergi Jepun kan?" soal Echa dengan mata yang disinari sinaran harapan.

Ceh! Sejak bila pula Rei ajak mereka itu. Baru proses nak mengurat, datang pula si kacau daun.

"Seriously? Baiknya cikgu! Wahh... I love you so much lah kalau macam ni."

Eyra memandang tepat ke arah Danish dan Qairi yang tak henti-henti buat lagak seperti seorang pondan sejati. Eiww... I love you so much kat cikgu? Tolonglah...

"So Cikgu Rei? Bila kita nak pergi? Cuti semester satu lama lagi nak habis," tanya Aisy pula.

Ingatkan Aisy itu bolehlah duduk diam... ini tak! Nak juga ikut bffnya yang seorang itu. Siapa lagi kalau bukan Danish.

"Pergi bila? Hmm... semua setuju ke?" tanya Rei sambil mengetuk dagunya seperti sedang berfikir.

Eyra jeling wajah Cikgu Rei tidak percaya. Dia boleh beriak tenang macam tiada apa-apa yang berlaku? Tadi siapalah yang beria malu sampai hampir jadi tomato masak.

"Setuju!"

"Tak!"

Semua melarikan pandangan ke arah Ayden. Ada yang jeling-jeling, ada pula yang memukul bahunya. Namun,  Ayden masih lagi beriak tenang.

Ini yang membuatkan Eyra kagum dengan si Ayden! Dingin tak bertempat. Orang lain semua teruja nak pergi melancong, dia boleh buat muka seposen.

"Kenapa tak nak?!"

Echa menghentak meja makan dengan wajah yang menahan geram. Bukan menahan, memang sah-sah dia hentak meja itu sebab dia baran.

Tapi tak perlu risau, geram dia itu... hanyalah kepuraan semata-mata.

"Hak aku, suka hati akulah kalau tak nak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro