Bab 11
"Yes! Saya dah ingat!"
"Ingat apa?" soal Rei hairan apabila tiba-tiba Eyra bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Lelaki tadi! Dialah yang bunuh ayah cikgu!"
"Haa! What do you mean?" tanya Rei sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai disebabkan pergaduhannya dengan Gin sebentar tadi.
"Alaa... 5 tahun lepas tu. Takkan cikgu tak ingat. Bukan cikgu datang sini sebab nak balas dendam dengan saya ke?" terang Eyra. Tidak lupa juga nada mengejeknya.
"Just stop it. Back to the point. Who's him?"
Eyra menarik nafasnya dalam. Seketika bebola mata digerakkan ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada yang akan mendengar penjelasannya nanti.
"Cerita dia macam ini..."
_ _ _
5 tahun yang lepas...
Bunyi dentuman yang kuat tadi menyebabkan Eyra terhinjut sedikit. Nasib tak ada sakit jantung, kalau tak... dah lama jadi arwah.
Pelik bin hairan apabila ada bunyi seiras ledakan bom di taman tema tempat Eyra berada di tika ini. Lama Eyra menjadi patung.
"Aaaaaa!"
Bunyi jeritan kanak-kanak yang sedang menaiki roller-coaster itu telah menyedarkan Eyra dari lamunannya. Persoalan yang berada di dalam benak fikiran serta merta hilang.
Malas hendak mengerah otak di tika itu. Yang penting, dia harus bergembira di hari ulang tahunnya yang ke-14 tahun ini. Bukan senang nak sambut hari jadi di Jepun.
"Hayaku!"
Eyra terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang tergesa-gesa seperti cacing kepanasan. Mata ambar milik Eyra makin membulat apabila terlihat sepucuk pistol yang disisipkan di belakang lelaki tadi.
Eyra berlari membuntuti lelaki itu agar segala persoalan yang sedang berputar di otaknya segera terjawab.
Tap
Tap
Tap
Eyra semakin jauh dari kawasan orang ramai. Lama mengikuti, sedar tak sedar yang sekarang ini dia berada di hadapan sebuah bangunan yang megah tersergam indah melangkaui pencakar langit.
Perasaan takjub tadi terus hilang dek melihat lebih ramai lelaki yang berpakaian serba hitam berlari seperti tiada arah tuju.
"Take him!" arah seorang lelaki sambil menuding jarinya ke arah seorang lelaki yang sedang terikat kaki dan tangannya.
Eyra yang berada di sebalik pokok yang tidak jauh dari bangunan itu hanya melakukan tugasnya sebagai pemerhati.
Bang!
"Aku dah lama nak kau mati... akhirnya terbalas juga dendam aku."
Dia melopong, terkejut dan terkedu. Buat pertama kali dalam hidupnya, Eyra menyaksikan kejadian membunuh dengan mata kepalanya sendiri.
Hampir tumpah air matanya yang mahal dek melihat lelaki yang ditembak tadi diseksa dengan penuh kekejaman. Sudahlah perut ditembak, si kejam tadi pergi memburaikan isi perutnya pula.
"Pakcik! Pakcik! Are you okay?"
Soal Eyra penuh kesedihan selepas sahaja pembunuh tadi melarikan diri. Akhirnya, cecair yang terbit di tubir mata tadi mengalir juga akhirnya.
Tubuh lelaki yang masih bernafas itu digoncangkan semahunya. Telefon yang berada di dalam poket diseluk untuk mendail pihak keselamatan. Tangan pula cuba untuk membantu mengeluarkan sebilah pisau belati yang tertusuk di bahu lelaki itu.
Dush!
Cecair merah mula muncul di bibir Eyra. Wajahnya perit menahan sakit tumbukan yang tiba-tiba hinggap di pipinya itu.
Tumbukan teramat kuat itu menyebabkan Eyra terpelanting jauh. Dia meraung kuat, sekuat menahan kepedihan yang bertandang di dinding hati.
"Berani kau bunuh ayah aku! Kau memang cari ajal!" jerkah lelaki yang menumbuk Eyra tadi.
Eyra menggeleng. Matanya terkejut melihat pisau belati yang masih digenggamnya. Pantas pisau itu dilepaskan jatuh ke tanah supaya tidak muncul salah faham.
"T... tak. Saya tak b... unuh!"
_ _ _
Rei mendengar penjelasan Eyra dengan rasa bersalah yang menguasai diri. Itulah, menuduh tanpa usul periksa!
"Eyra..."
Eyra yang terdengar namanya dipanggil segera menoleh ke arah Rei. Sebelah keningnya dijongketkan seperti sedang bertanya apa.
"Boleh percaya ke apa yang kau cakap?" tanya Rei ragu-ragu.
"Ikut cikgulah nak percaya saya atau tak. Tapi kalau cikgu bijak, cuba fikir... logik ke remaja 14 tahun membunuh seorang lelaki dengan menggunakan pistol, pisau dan stun gun?" ujar Eyra lalu berlalu pergi meninggalkan Rei yang masih melayan perasaan.
"Okay Eyra, i'm sorry. Maaf sebab dari dulu tuduh kau."
Kata-kata Rei menyebabkan dia tersenyum puas. Akhirnya, terlerai sudah dendam yang termaktub 5 tahun dulu.
"Maaf diterima!" balas Eyra tersenyum bangga.
🌸🌸
Akhirnya terjawab kan kejadian 5 tahun lalu tu? So, dendam diorg dah takda. Tapi, takkan cepat sangat?😏
Hahaha sooooo sorry sebab part ni terlalu hambar plus pendek namatey. Mmg motif saya nak terangkan saja.
So,
Vote & comment❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro