Bab 10
"Brunei, I'm coming!"
Bas persiaran khas yang ditempah untuk wakil pelajar Akademi Royal Diamond itu berhenti di destinasi yang dituju.
Keluar sahaja kenderaan, masing-masing terpegun dengan keindahan bangunan hotel 7 bintang yang megah berdiri itu.
Melopong Eyra sebaik sahaja masuk ke lobi hotel yang gah itu. Lantai kaca marmar dipandang penuh minat.
Walaupun dia sudah biasa dengan tempat yang mewah, tapi masih tidak dapat dinafikan bahawa hotel di Brunei sememangnya yang terbaik!
Selesai sahaja mereka mendaftarkan diri, terlebih dahulu mereka diarahkan berkumpul.
"Ini jadual waktu kursus ini. Kalau tak ada apa-apa, kamu boleh bersurai."
Sebaik sahaja menerima kertas jadual yang diedarkan oleh Cikgu Rei, masing-masing mula bersurai mengikut haluan masing-masing.
Eyra dan Echa menuju ke bilik yang telah didaftarkan oleh pihak sekolah kepada mereka berdua.
Pintu bilik yang bernombor 2601 itu dipandang penuh minat. Eyra dan Echa berpandangan sesama sendiri. Hampir terbeliak biji mata tatkala masuk ke dalam bilik mereka.
"Aku cop katil ni!"
_ _ _
Baju hud hitam yang dipakainya dikemaskan lagi. Rei membetulkan rambut hitamnya yang sudah disikat rapi. Melihatkan pemakaiannya yang segak bergaya, ramai wanita yang berada di hotel itu berbisik sesama sendiri.
Bilik yang bernombor 2601 itu ditenung lama. Hati Rei ketika ini berbolak balik tanpa sebab.
Tok!
Tok!
Tok!
Akhirnya Rei membuat keputusan untuk mengetuk pintu bilik Eyra dan Echa. Seketika kemudian, wajah polos Eyra terpampang sebaik sahaja pintu dibuka.
"Nak apa?" soal Eyra, malas.
"Lunch" balas Rei mendatar.
"Cikgu demam eh? Ke mabuk sekarang ni? Tiba-tiba je datang bilik orang ajak makan."
"Saya tengah baik nak ajak lunch ni. Jomlah," ajak Rei dengan nada yang memaksa.
"Tak nak," bidas Eyra.
"Jom."
"Tak nak!"
"Tak nak!"
"Jom!"
"Eh, tak nak tak nak."
"Ke nak saya angkat awak sampai sana?" tanya Rei sambil berura-ura mahu mencempung gadis di hadapannya itu.
"Hell no!" Pantas Eyra menjauhkan jarak mereka berdua.
"Ikut secara rela... or paksa?"
Tanya Rei sambil tersenyum penuh makna. Hanya Eyra sahaja yang memahami maksud di sebalik senyuman itu.
"Jap!"
Bamm!
_ _ _
Eyra berjalan perlahan beriringan dengan Cikgu Rei. Sejak dari tadi, dia hanya mendiamkan diri sambil memerhati panorama indah kolam renang yang jernih di hotel tempat mereka menginap.
Seketika, Eyra memetik bunga yang mekar di tepi laluannya. Bau-bauan lavender di situ sungguh menyenangkan.
"Berapa banyak lagi bunga jalan ni yang kau nak petik?" soal Cikgu Rei memecah kesunyian.
"Lagi 100 kuntum, baru saya berhenti," balas Eyra, selamba.
"Habis 100 kuntum, aku campak kau kat swimming pool tu," ujar Cikgu Rei sambil menuding jari ke arah kolam renang yang berada di tepi mereka.
"Apa kaitan dengan bunga?"
"Tak ada pun. Saja nak campak. Tiba-tiba rasa nak cari pasal. Gatal tangan."
Kata-kata Rei hanya berlalu pergi bersama angin. Langsung tak masuk telinga Eyra.
Rei terdiam melihat Eyra yang sedang termenung jauh. Tanpa dia sedar, senyuman lebar masih tidak lekang di bibirnya.
Kali ini, giliran Rei pula untuk tergamam dek melihat wajah Eyra yang terlalu manis. Tengok muka marah pun dah sexy, kalau tengok muka senyum boleh angau rasanya.
"Cikgu."
Rei diam.
"Cikgu!"
Rei masih lagi terdiam. Bebola mata tidak mahu lepas merenung Eyra.
"Are you done eye-raping me?"
Soalan Eyra yang lebih kuat nadanya berbanding yang sebelumnya membuatkan Rei terus tersedar dari lamunannya.
"Yes, thanks for your service. It was the best," balas Rei, selamba.
"Eiww, pervert!"
"What did you just call me?" tanya Cikgu Rei geram.
"Pervert!"
"Hei kiddo, take it back before I shut it using my mouth," ujar Rei lalu berlari mengejar Eyra yang sudah lama menghilangkan diri. Ingat sweet ke nak main kejar-kejar macam cerita hindustan.
Bamm!
Habis jatuh macam nangka busuk! Tak tahulah buat kali ke berapa, Eyra jatuh lagi. Senang sangat jatuh budak seorang ini.
Eyra mengangkat wajahnya memandang figura yang melanggarnya tadi. Eyra terkaku dek melihat wajah lelaki itu yang iras dengan wajah pembunuh 5 tahun lalu.
Rei yang berada di situ juga terdiam. Lengan Eyra pantas ditarik supaya berada di belakangnya.
"Hello Rei. Jadi, ini kerja kau sekarang? Cari anak ayam baru?" tanya lelaki itu.
"Kau buat apa kat sini, Gin?" soal Rei tegas.
"Tengah cari seseorang untuk langsaikan hutang yang lalu. Who knows?"
"Well, tak sangka musuh kau pun ada kat sini," sambung lelaki yang dikenali sebagai Gin itu sambil melirihkan anak mata memandang Eyra yang berada di belakang Rei.
"Dia bukan musuh aku."
"Ouh, glad to hear that. Kalau macam tu, bolehlah kongsi perempuan ni dengan aku. Lawa siot," kata Gin sambil tersengih nakal memandang wajah Eyra yang menggigil ketakutan.
"Don't you dare to touch her!" marah Rei. Dadanya berombak naik menahan amarah yang hampir meletus.
"Why?"
"Coz she's mine."
Eyra terkaku. Dia pandang wajah Rei yang sedang bengis itu dengan penuh tanda tanya. Sejak bila pula dia jadi milik Rei seorang?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro