Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Senandung kecil berbunyi di bibir mungil milik Eyra. Hatinya terasa tenang selepas kerja yang bertimbun telah pun selesai.

"Ugh."

Eyra menggeliatkan tubuhnya. Anggota tubuh yang terasa sakit diurut berulang kali. Nafas tidak berhenti menghela kelegaan.

Seketika, telefon miliknya mula berdering. Eyra mencapai objek yang berbunyi tadi di atas meja. Punat berwarna hijau ditarik ke tepi.

"Assalamualaikum Eyra." Terlebih dahulu, si pemanggil memulakan perbualan.

"Waalaikumsalam. Kenapa papa?"

"Papa ada meeting kat Yokohama. Tapi, papa tak boleh datang. Kerja kat sini pun banyak lagi. Papa nak Eyra yang pergi boleh?"

Dah agak. Telefon anak semata-mata untuk minta tolong. Bapa jenis apa ini? Kerja sebelum yang diberikan pun baru sahaja selesai. Ini, ditambah pula bala seterusnya.

"Hmmm. Baiklah pa, Eyra try untuk cari bila masa free. Bila kena pergi?" soal Eyra sambil membelek-belek jadual kerja. Mencari masa yang sesuai untuk pergi ke mesyuarat menggantikan bapanya.

"Petang esok," balas Tengku Adam, selamba.

"Apa? Kenapa esok mesyuarat itu, malam ini baru papa nak cakap? Mana sempat nak booking tiket flight," soal Eyra dengan nada geram.

"Tolonglah. Papa dah sediakan tiket kapal terbang. Sekarang, Eyra pergi kemas baju apa yang patut, terus pergi dekat lapangan milik Qairi. Dia dah tunggu kat sana," sambung Tengku Adam selaku bapa kepada Eyra.

Tut...

Panggilan dimatikan serta merta. Belum sempat Eyra hendak menjawab, terlebih dahulu si bapa meninggalkannya.

'Nani? Papa minta tolong Qairi lagi? Lelaki paling pondan di nusantara pada abad ini! Matilah aku...'

_  _  _

Fatamorgana indah pemandangan matahari terbit di Jepun memenuhi kornea mata. Sepanjang berada di dalam pesawat, matanya sedikitpun tidak boleh terlelap.

Pastilah tidak! Lelaki yang paling dibencinya, Qairi berada betul-betul di hadapannya. Bukan tiada lagi tempat lain yang boleh diduduki. Ini pesawat peribadi kut!

Riak muka menyampah dipamerkan kepada Qairi yang baru sedar dari lenanya. Geram!

"Yang you pandang I macam nak terkam tu kenapa?" soal Qairi menyedarkan Eyra dari lamunan.

"Hey! Kau tak boleh ke nak beza muka menyampah dengan muka suka? Kalau kau nak tahu, muka yang kau tengah tengok ni... Muka tak puas hati!" marah Eyra lalu meninggalkan Qairi yang masih terkebil-kebil. Lantaklah dia, silap hari bulan boleh gila Eyra melayan Qairi.

"Wait for me Sayang!" jerit Qairi dari belakang.

_  _  _

Kaki disilangkan malas. Nafas penat dihembus seketika. Makin kusut kepalanya saat mendengar maklumat yang diberikan PAnya sebentar tadi.

"Mesyuarat esok aku meeting dengan siapa?" soal Rei sambil menongkat dagu.

"Tengku Eyra Ayaka, anak kepada Tengku Adam," balas Heiji selaku PA dan sahabat sejati kepada Rei.

"What?! Tengku Adam?" Serta merta, riak wajah Rei terus bertukar dingin.

Tengku Adam. Hanya nama itu yang meniti di bibir Rei. Memori gelap 5 tahun lalu serta merta berlayar di fikiran Rei.

Tidak boleh jadi! Lelaki itu telah menghancurkan saat bahagianya! Esok, dia harus bersemuka pula dengan anak gadisnya. Bagaimana?

Gambar gadis bernama Tengku Eyra Ayaka yang diberi kepada Rei masih tidak diusik. Tak payah tengok, pasti muka syaitan seperti si bapa.

Boom!

Bunyi letupan bergema di seluruh pelosok pejabat. Rei bingkas bangun untuk melihat keadaan di luar. Lantas, pistol glock yang tersimpan di laci dicapai.

"Nande? (kenapa?)" soal Rei kepada salah seorang pekerjanya yang sedang berlari.

"Yakuza!" jerit lelaki tadi.

Rei menayangkan riak wajah selamba. Hanyalah yakuza, bukan raksasa pun yang datang. Dirinya juga yakuza, namun tidak diketahui oleh para pekerjanya.

Langkah kembali diatur menuju ke pejabat kembali. Pasti yakuza itu mahu mencarinya. Biar sajalah mereka sampai ke pejabat itu.

Gambar yang diberikan Heiji tadi sudah terjatuh ke lantai disebabkan gegaran bom tadi. Pantas tangan mencapai gambar itu. Sekilas, figura yang terpampang di dalam gambar turut kelihatan.

"Damn!"

INFO

Yakuza, juga dikenali sebagai gokudō, adalah anggota sindiket jenayah terancang transnasional yang berasal dari Jepun. Polis Jepun, dan media atas permintaan polis, memanggil mereka bōryokudan, "kumpulan kekerasan", sementara yakuza menyebut diri mereka ninkyō dantai, "organisasi sopan". Bahasa Inggeris yang setara dengan istilah yakuza adalah mafia, yang bermaksud individu yang terlibat dalam organisasi jenayah seperti Mafia. Yakuza terkenal dengan tata kelakuan yang ketat, sifat fiefdom yang teratur, dan beberapa amalan ritual yang tidak konvensional seperti yubitsume, atau amputasi jari kelingking kiri. Anggota sering digambarkan sebagai lelaki, memakai "pakaian yang tajam" dengan badan yang bertatu dan rambut yang licin. Kumpulan ini masih dianggap sebagai antara "organisasi jenayah yang paling canggih dan terkaya."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro