Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CDD | 9

SETIAP kali menyelak helaian seterusnya, Haiqal mengerling pada telefon di sebelah. Telefonnya akan automatik terbuka dan memaparkan notifikasi di bahagian tetingkap. Haiqal periksa data pada helaian tersebut dengan teliti.

"Ini penggal kedua tahun lepas punya ke?" soal Haiqal.

"Ha'ah. Belakang-belakang tu... halaman 28 baru penggal pertama tahun ni," kata Thaqif.

"Jadi macam mana boleh ada short?" Haiqal pandang Thaqif. Lelaki itu tarik kerusi keluar dan duduk.

"Juruaudit dah buat semakan semula. Invois tak selari dengan data walaupun nilainya kecil. Penyata pun, penyata palsu. Sebab tu perbelanjaan yang sepatutnya lari sikit." cerita Thaqif perlahan bila ada yang pelik dalam penyata kewangan syarikat pada tahun lepas.

"Siapa yang urus?"

"Encik Hanif. Aku syak juga sebab dia tukar kereta baru. Anak dia pun pakai kereta baru."

"Periksa dulu betul-betul. Dah dapat baru kita proceed," kata Haiqal masih tenang. Dia tidak mahu terburu-buru.

Thaqif mengangguk. 

Bila ada bunyi notifikasi, Haiqal lantas menoleh pada telefonnya. Thaqif yang menarik semula fail tadi perasan dengan kelakuan Haiqal.

"Ya aku tahu kau rindu tunang kau tapi jangan la gelabah macam dah tak jumpa setahun," tegur Thaqif tapi nadanya mengusik.

"Entah la, seminggu ni dia nak tak nak layan aku. Jawab mesej pun sepatah je lepas tu hilang."

"Korang gaduh ke?"

Haiqal menggeleng tapi tetap fikir semula. Sejak balik dari reunion tu, okay saja. Sempat juga berborak kosong. Atau Awina marah sebab suruh panggil dia dengan panggilan abang?

"Takkan bye je?"

"Maksudnya?"

"Cakap la, bye abang. Goodnight, sweetdream. I love you abang, Baru la senang hati nak balik,"

"Euw! Jangan nak mengada. Awak tu tua tujuh tahun daripada saya. Elok panggil pakcik je. Dengan misai jambang semua tu. Dah la nak masuk. Bye pakcik!" Awina berlari anak masuk ke dalam rumah sewanya.

"Alah dia sibuk la tu. Okay, keluar dulu. Bye!" Thaqif menuju ke pintu keluar.

Haiqal duduk bersandar pada kerusinya sambil meraba jambangnya. Nampak tua sangat ke dia kalau ada misai dan jambang ini?


***


AMIRA buka pintu perlahan agar tidak buat Awina terganggu. Hari ini cuma dia seorang ada kelas petang kecuali lain yang dari pagi. Elok juga kerana bolehlah mereka bergilir-gilir jaga Awina yang demam.

Punggung dihenyak perlahan. Serba salah pula nak kejutkan untuk makan tengahari. Amira letak tangan di pipi Awina.

"Uish! Panas gila." Bila dicapai, hampir kering. Tubuh Awina juga agak berpeluh dan pucat.

"Wina, jom makan dulu. Lepas tu makan ubat." Amira gerakkan bahu Awina. Wanita itu mula terjaga.

Awina berusaha untuk bangun dari pembaringannya. Bahu Amira dipegang. Mangkuk yang agak besar terletak di meja kecil tepi katil dicapai. Seraya itu Awina muntah.

Amira kalut. Belakang Awina diusap. Matanya dipejam rapat tidak mahu pandang isi yang keluar. Nanti dia pula ikut muntah.

Bila Awina sudah selesai, Amira ambil bekas itu dan dibawa ke bilik air untuk buang. Usai itu, dia kembali di katil. Awina sudah baring semula. Nampak sangat lemah.

Amira capai telefon Awina dan cari nombor Syafina untuk dihubungi. Tapi tak diangkat pula.

"Entah-entah ada kelas. Aduh! Aku nak call siapa ni? Nak bawa kereta aku tak reti lagi," bebel Amira seorang diri sambil meleret cari nama Zulaikha. Susah sangat nanti dia tempah Grab saja. Tapi matanya tangkap nama Haiqal. Tanpa fikir panjang, dia menghubungi lelaki itu.

Sesaat dua, Haiqal jawab. "Hai sayang,"

"Eh ni sayang awak punya kawan. Ni... Awina demam teruk ni. Kena pergi klinik. Yang lain tengah ada kelas. Saya pula tak reti drive. Kalau awak busy tak apa la, saya call Grab," ujar Amira cuba memancing Haiqal.

"Kejap lagi saya sampai."

Belum siap Amira membalas, talian sudah dimatikan. Apa-apa pun kalau Haiqal sudah kata begitu, dia perlu siapkan Awina.

Kurang dari setengah jam, kereta Haiqal tiba di depan rumah. Haiqal buka pintu pagar yang tidak berkunci. Dia menerpa ke arah seorang wanita yang baru buka daun pintu.

"Wina mana?" soal Haiqal agak cemas.

"Dia dekat atas tengah tidur. Saya tak larat nak papah dia sampai ke bawah sebab dia lemah sangat nak bangun," terang Amira. Dia tidak kisah sebenarnya tapi sebab perlu turun anak tangga, risau dia tak dapat mengimbangi badan pula.

Haiqal ikut Amira ke bilik. Sampai saja dia nampak Awina tidur. Wajah wanita itu pucat dan deru nafasnya laju. Haiqal letak tangan di dahi Awina sebelum cempung tubuh itu dan bawa turun. Mungkin terasa tubuhnya di awangan, Awina gagahkan diri untuk buka mata tapi tak lama. Dia lentok di dada Haiqal.

"Pakcik..." serunya perlahan.

"Iya sayang, kita pergi klinik okay," bisik Haiqal.

Di kereta, Amira duduk dulu di tempat duduk belakang dan biarkan Awina baring di ribanya sementara Haiqal pecut ke klinik.


***


SUDAH empat hari sejak dia bawa Awina ke klinik. Baru hari ini dia terima mesej daripada wanita itu. Haiqal berjalan ke katil setelah dia capai tuala dari ampaian. Mesej itu dibaca sekali lagi sebelum pergi mandi dan solat maghrib.


AwinaSayang

Pakcikkk tunang... Dah sihat !!

[Photo]


Haiqal senyum simpul bila melihat gambar yang diberi oleh Awina. Tersenyum lebar menampakkan sebaris gigi. Sebelah tangannya membuat tanda peace ditaruh pada pipinya. Haiqal tutup telefonnya setelah membalas. Dia berlalu ke bilik air.

Haiqal melihat dirinya pada pantulan cermin besar dalam bilik air itu. Tangannya meraba jambangnya.

"Euw! Jangan mengada. Awak tu tua tujuh tahun daripada saya. Elok panggil pakcik je. Dengan misai jambang semua tu..."

Haiqal tarik laci di bawah dan keluarkan mesin pencukur. Bila sudah hidupkan, dia mula cukur.


***


AWINA berlari keluar dari rumah dan menuju ke pagar rumah untuk dapatkan Haiqal. Dari jauh dia nampak Haiqal berdiri di kereta dan tengah teguk air dalam botol.

"Awak!" panggil Awina teruja. Senyum lebar dia beri untuk Haiqal sama seperti dalam gambar yang dia hantar maghrib tadi. Saat Haiqal menoleh, mati senyuman Awina seraya tergamam. Penampilan Haiqal berbeza. Matanya tidak berkelip melihat lelaki di depannya ini sampai lupa nak bernafas.

Dia kembali ke realiti pun kerana perasan Haiqal yang menghampiri. Terasa ada sesuatu melekap di dahinya.

"Dah sihat ni jangan bantai minum air sejuk pula. Sekarang cuaca tak menentu. Minum air masak je. Dengar tak ni?" tegur Haiqal bila Awina belum sudah lagi tenung mukanya.

"Mana jambang?" soal Awina perlahan. Muka Haiqal yang sudah bersih itu buat dia ketagih nak pandang. Kacak pula.

Hanya senyum. "Dah buang. Sebab ada orang tu asyik panggil saya pakcik, tak nak panggil abang."

Awina buat muka toya dan mengajuk kata Haiqal. 

"Hujung minggu ni kita ada kursus kahwin. Next week pergi buat pemeriksaan kesihatan. Next week lagi selesaikan apa yang patut. Jangan sakit pula. Kad kahwin dan benda lain yang tak ada kena mengena sangat dengan kita tu Mummy yang uruskan," beritahu Haiqal. 

Awina mengangguk faham.

"Awak betul ke nak kahwin dengan saya ni?" tanya Awina tiba-tiba. Iyalah, mereka bukan sudah kenal lama pun tapi nekad dan cara Haiqal sungguh tidak meragukan. Tapi tetap dia nak tahu jawapan Haiqal. Risau kalau Haiqal terpaksa atau apa.

"Kita tak kenal antara satu sama lain sangat,"

"Kita kenal la lepas kahwin,"

Awina berdecit. Mudah saja jawapan lelaki itu. Dia pula yang risau.

"Dah nak masuk. Pergi balik. Bye!"

Haiqal cepat mencapai hujung lengan baju Awina. Wanita itu menoleh.

"Bagi abang balik dengan senang hati," ucap Haiqal perlahan siap pandang mata Awina.

"Goodnight abang..." Tidak lama kemudian Awina jelir lidah dan berlari masuk ke dalam rumah.

Tutup saja di pintu, Awina sandar dirinya di situ sambil tersenyum malu. Dia pandang lantai. Tiba-tiba ada bantal kecil terbang terkena kakinya. Awina mendongak. Dia lupa semua kawan-kawannya ada di ruang tamu.

"Blushing pula dia..." tegur Ain.

"Mana ada." Awina duduk di sofa dan cuba kawal perasaannya yang seakan mahu meletup di dalam ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro