CDD | 6
AWINA berdiri di tengah bilik sambil bercekak pinggang. Cuba fikir semula kalau-kalau dia ada buka gelang yang selama ini dia pakai dan letak di merata tempat. Dia pergi ke katilnya dan angkat bantal. Selimut dicabut dan periksa. Tubuhnya meniarap ke lantai untuk lihat di bawah katil.
Tak ada juga. Di meja solek juga tak ada. Almari dan bilik air juga tiada. Awina mula tertekan. Dia rasa mahu menangis kerana gelang itu adalah pemberian maksunya.
Awina keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur yang hanya ada Syafina dan Amira. Yang lain sedang ada kelas sementara mereka cuma ada kelas petang pada pukul tiga nanti.
"Kau kenapa ni? Macam orang hilang anak," soal Amira. Sejak pagi tadi lagi.
"Ada nampak gelang aku tak kat mana-mana?"
Masing-masing berkerut. Cuba ingat tapi akhirnya menggeleng. Itu buat Awina hampa.
"Kau dah cari dalam rumah? Luar rumah... Dalam kereta?" soal Amira. Awina mengangguk.
"Beli baru je Wina," kata Syafina mudah.
"Beli? Itu maksu aku yang hadiahkan. Istimewa tahu tak. Kalau dia tahu aku hilangkan mesti dia kecewa." Awina pejam mata. Terasa mahu menangis.
"Semalam masa makan, aku perasan juga. Entah-entah tercicir dekat Mall tak?" Syafina pandang Awina.
Awina hanya diam. Mustahil kalau nak cari di tempat sebesar itu. Dia sendiri baru sedar gelangnya tiada semasa mandi pagi tadi. Separuh hatinya sudah pasrah. Awina naik semula ke biliknya.
Di bilik, dia dengar telefon berdering. Awina capai telefon miliknya di meja belajar. Melihat nama ibunya tertera di skrin terus diangkat.
"Assalamualaikum ibu," sapa Awina dulu.
"Waalaikumussalam. Awina apa khabar? Tengah buat apa tu? Dah call Wina ni risau pula tiba-tiba takut ibu call masa Wina ada kelas."
"Sihat. Ibu sihat? Wina ada kelas pukul tiga nanti," jawab Awina.
"Sihat je. Erm Wina boleh balik tak jumaat minggu depan? Ibu nak buat makan-makan sikit."
"Boleh je. Dalam petang sikit Wina sampai." Awina sedikit berkerut dengan permintaan ibunya. Tapi malaslah dia nak bertanya. Bukan ada kena mengena dengan dia pun.
"Nanti ajak la kawan-kawan Wina sekali."
"Kenapa pula. Ibu buat makan-makan sempena apa?"
"Alah jemput aje. Nak bagi meriah. Jemput ya?" pinta Puan Hasmah di hujung talian.
"O-kayy..." Lambat Awina menjawab. Pelik.
Habis saja, mereka putuskan talian. Awina letak telefon atas timbunan buku. Minggu depan... Bermakna ada keluarga sebelah ibu dan ayahnya. Bermakna juga dia jumpa maksu Intan. Gelang yang sudah hilang itu kembali merobek rasa bersalah di hatinya.
***
HAIQAL masuk ke perkarangan stesen pam minyak dan ambik kotak yang kosong. Keluar dari perut kereta, Haiqal berdiri di depan stesen dan keluarkan kad kredit. Jarinya menyentuh skrin kecil dan seketika cucuk kad itu ditempatnya.
Ada seorang lelaki dengan uniform lambang stesen minyak datang ke arahnya.
"Dah encik?" soalnya dan sudah sedia pegang ganggang pam minyak itu. Bila Haiqal mengangguk, staf itu lakukan kerjanya.
Haiqal hanya tunggu di pintu keretanya sambil pandang sekeliling. Matanya tertancap pada seorang wanita yang berjalan ke arah sebuah kereta putih di stesen betul-betul sebelahnya.
"Kat sini pun boleh jumpa," bisik Haiqal.
Dia tutup pintu kereta dan intai di stesen sebelah. Wanita itu dilihat mula meletakkan ganggang pada bahagian tempat isi minyak di kereta. Tangannya meraba pada poket seluar. Dia ada simpan gelang milik Awina. Kalau terjumpa mungkin dia boleh pulangkan semula.
Haiqal berdehem kuat. Awina menoleh.
"Jumpa lagi. Sorry la Encik, saya tak ingat nama. Tak penting pun kan?" Awina senyum malas. Mukanya ketat semula.
"Sampai hati lupa nama boyfriend olok-olok awak ni," balas Haiqal tersenyum sinis.
Awina buat muka toya. Hakikatnya dia ingat saja nama lelaki itu.
"Boleh tak lepas ni kalau kita terserempak dekat mana-mana, awak-awak pura-pura tak kenal saya? Ini sikit-sikit nak tegur. Perangai dah la annoying." Awina menjeling. Sama saja dengan Ameer tapi rasanya lelaki itu lagi teruk dari lelaki yang ada di depannya kini.
"Boleh je tak ada hal. Risau kalau ada lagi kejadian kena kacau dengan mamat psiko dan obses. Tak ada siapa datang tolong orang tu."
"Huh! I can take care of myself," tekan Awina. Kalau dia terpaksa tumbuk Fahim sekali pun, dia sanggup. Asal saja tak buat lagi perkara bodoh dengan tarik orang jadi teman lelaki jatuh dari langit.
"By the way, awak ada hilang gelang ke?" tanya Haiqal. Laju wanita itu berpaling. Ganggang ditinggalkan dan berlari ke arahnya.
"Awak ada jumpa ke?"
"Erm ada tapi saya buang dalam tong sampah sebab tersangkut dekat hujung lengan baju saya," jawab Haiqal. Sebelah tangannya diangkat dan menarik hujung lengan bajunya.
Awina ternganga dan terus tumbuk abdomen Haiqal. Lelaki itu mengaduh. Badannya terbongkok sedikit akibat senak.
"Kenapa buang? Tak guna la awak ni!" Awina kembali ke ganggang pam minyak. Bila dia lihat sudah selesai, Awina cabut dan letak semula ganggang itu pada tempatnya.
"Apa susah, suruh la boyfriend awak yang masa dekat mall tu belikan yang baru," suruh Haiqal. Entah kenapa dia rasa ayatnya lebih kepada untuk menduga status lelaki itu dengan Awina.
"Dia bukan boyfriend saya. Saya tak ada boyfriend." Keras suara Awina membalas.
Haiqal diam. Lega? Dia keluarkan gelang itu dari poket seluarnya dan melangkah ke arah Awina yang selesai menutup pintu kecil untuk isi minyak tadi. Tangan Awina yang berlapik dengan blouse lengan panjang berwarna khaki ditarik lembut dan letak gelang itu pada tapak tangan.
"Jumpa nanti," ucap Haiqal.
Awina pandang Haiqal. Lelaki itu senyum dan melangkah pergi ke stesen sebelah. Awina pandang gelang pada tapak tangannya. Lega bila dia dapat semula. Kereta kelabu milik lelaki itu hanya dilihat sehingga hilang dari pandangan.
"Thanks awak..." bisik Awina bersama senyuman tipis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro