CDD | 5
SYAFINA buka pintu bilik dan menjengah masuk. Dia lihat Awina sedang menghadap komputer riba dengan beberapa kertas bersepah di atas meja belajar tersebut. Sedikit pun tidak sedar dengan kehadirannya. Sebelum tegur, Syafina tarik nafas dulu dan hembus.
"Awina, malam ni kita pergi Setia City Mall. Please please please," pujuk Syafina.
"Kenapa pula?" soal Awina dengan nada mendatar. Fokusnya masih pada skrin komputer riba. Jari-jemari menari laju di atas papan kekunci.
"Boyfriend aku datang. Kau teman aku eh?"
"Apa kes pula? Pergi je la. Macam tak biasa. Bukan kau dengan dia baru sehari. Dah lima tahun," bebel Awina. Tidak kuasa dia nak menyelit dengan pasangan bercinta itu. Tak hormat orang single betul Syafina ini.
"Please..." Perlahan suara Syafina meminta lagi.
Awina pusingkan kerusinya ke sebelah menghadap wanita itu.
"Baik kau bagitahu aku, kenapa aku kena ikut sebenarnya?"
"Ameer suruh." Terpacul laju keluar dari mulut Syafina.
Awina sudah agak. Sejak Syafina dan Syah jadi pasangan merpati, sejak itu juga geng Syah dan geng mereka jadi agak rapat. Terutama Ameer yang suka mengusik Awina dan sering cari cara untuk bergaduh walaupun hal itu tidaklah besar mana.
"Tak nak la. Nanti asyik gaduh je. Semut yang gigit dia, aku disalahkan. Penat." Awina pusing kembali ke meja kerjanya.
"Aku dah membebel dekat Ameer. Kalau dia nak kau datang, kena berhenti cari gaduh dan semua-semua yang kau tak suka tu. Dia setuju."
Awina menjeling mata ke atas. Boleh percaya ke?
"Ya la. Dah pergi sana. Aku nak buat kerja." Awina mengalah dan setuju saja. Selagi bukan itu jawapan yang Syafina nak dengar, selagi itu wanita itu merayu.
"Yeay! Nanti aku belanja llaollao." Syafina bangkit dari melutut dan berlari keluar dari bilik itu dengan senang hati.
***
"HAIQAL, nak pergi mana?" soal Datin Mariam bila nampak anaknya yang baru turun. Penampilan seperti orang nak keluar.
"Haiqal nak pergi lepak dengan Thaqif dan Arshad." Haiqal berjalan menuju ke Mummynya. Aleeya dan Daddynya juga ada bersama menonton televisyen di ruang tamu.
"Ingatkan nak pergi jumpa girlfriend," usik Dato Hashim menyempat.
Belum sempat Haiqal membalas kata-kata Daddynya, Aleeya memintas.
"Girlfriend apa Daddy. Muka macam pakcik-pakcik. Awek dekat luar sana suka clean-shaved tahu tak?"
"Sibukkan jambang orang pula," bidas Haiqal. Aleeya menjelir lidah.
"Cakap pasal girlfriend ni kan, Mummy ada benda nak bincang dengan Haiqal. Meh duduk dulu." Datin Mariam tepuk lembut sofa kosong di sebelahnya suruh Haiqal duduk.
Haiqal malas nak lari kali ini dan duduk di sebelah Mummynya. Biarlah dia dengar dulu. Kalau dia nak bantah, dia sendiri akan kata terang bagi wanita itu faham.
"Apa dia Mummy?"
Aleeya di situ membuka telinga walaupun matanya pada skrin televisyen.
"Haiqal suka tak kalau Mummy yang carikan calon isteri untuk Haiqal?" Lembut suara Datin Sri Mariam bertanya. Dalam hati dia berdoa pada Allah agar malam itu juga pintu hati anaknya terbuka.
"Ikut Mummy la," jawab Haiqal.
"Betul? Sebab dah ada calon."
"Cepatnya?" Terus tegak badan Haiqal kerana terkejut.
Aleeya juga terkejut. Dia tidak lagi separuh fokus pada televisyen. Mahu tahu juga siapa orang itu. Dia menerpa pada Datin Mariam.
"Dia tu anak kawan lama mummy. Nama dia Nur Awina Aleeya."
"Huyyo! Ada Aleeya juga la. Boleh buat geng ni." Aleeya tepuk tangan.
"Buat geng je la. Jangan perangai sama malas dengan Aleeya Dato' Hashim pula." Sempat Dato' Hashim menyelit perbualan itu.
"Mana ada Daddy..."
Haiqal terdiam. Awina Aleeya. Yang mana satu? Orang lain atau yang dia kenal itu? Wajah Awina Aleeya terbayang di matanya. Entah kenapa hatinya seakan mahu bersetuju terus tapi takut salah orang pula.
"Haiqal? Senyap je... Tak suka ke?"
"Aih mana boleh tak suka Mummy. Baru dengar nama je pun. Lainlah kalau dah tengok gambar. Ada gambar ke Mummy?" tanya Aleeya.
"Alah lupa pula nak minta gambar dekat Hasmah. Tapi cantik budaknya. Bertudung. Sekarang tengah study dekat UiTM. Sama dengan Leeya lah!" Datin Mariam menampar perlahan tangan anak gadisnya.
Melopong Aleeya bila dengar. Jadi selama ini jodoh abangnya berlegar dekat dengan dialah?
Haiqal pandang Datin Mariam. Segaris senyuman kecil mula terhias di bibirnya. "Haiqal setuju,"
"Betul ni Haiqal? Tak nak tengok dulu. Kut Haiqal tak suka ke? Nak istikharah dulu ke apa?"
Haiqal menggeleng sambil tersenyum.
"Mummy buatlah apa yang patut, tau. Haiqal ikut je. Jangan risau. Haiqal tak rasa terpaksa pun. Okay la Mummy Haiqal pergi dulu." Haiqal bersalam dengan Datin Mariam kemudian Dato' Hashim pula.
"Kirim salam dekat abang Thaqif eh?" Aleeya menyempat.
Haiqal cuma menjeling. Gatal!
Lepas Haiqal keluar, Datin Mariam pandang Aleeya.
"Abang tu betul ke okay? Leeya ada cakap apa-apa ke dengan dia?"
"Alah Mummy, abang dah setuju tu. Kasi on je la." Dia sendiri terkejut sebenarnya dengan jawapan lelaki itu. Fikirnya Haiqal nak menolak dengan 1001 alasan lagi.
Aleeya tersenyum.
***
AWINA melangkah laju. Sebal hatinya dengan perangai Ameer yang tidak sudah jadi hantu mulut puaka. Ada saja perkara yang lelaki itu mahu gaduhkan walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Syafina pula entah ke mana bersama Syah. Balik rumah nanti tahulah dia nak cubit kawannya itu.
Dia berlalu ke eskelator menuju ke tingkat bawah.
"Hoi!"
Awina pegang sebelah telinganya. Tiba-tiba saja ada yang menjerit. Awina menoleh.
"Kau nak apa lagi?"
"Kau nak pergi mana?" tanya Ameer.
"Cari benda yang boleh sejukkan hati ni. Yang kau ni sibuk kenapa? Pergi la lepak dengan geng kau yang lain. Nak tenangkan fikiran pun tak senang." Awina merengus kuat dan berpeluk tubuh.
"Aku pun nak cari benda yang boleh sejukkan hati," jawab Ameer yang berdiri di belakang Awina.
Sekilas dia menjeling pada wanita sambil tersenyum tipis. Suka betul hatinya dapat sakat Awina sampai berkerut marah. Terserlah kecomelan dengan mulut muncung itu bak itik.
"Tch! Siapa pula yang panaskan hati kau? Aku rasa kau sorang je yang suka panaskan hati orang lain," perlinya.
Sampai di bawah, Awina melangkah dari tangga eskelator ke lantai mall. Saat dia belok ke kanan, tubuhnya terlanggar seseorang. Sedikit lagi dia jatuh terduduk ke belakang tapi Ameer menahan di belakang.
"Eh mat, kau tak nampak orang ke?" sergah Ameer dan membantu Awina berdiri dengan betul.
"I'm so sorry. Cik... Saya minta-" Haiqal tergamam bila orang yang dia langgar itu ialah Awina Aleeya. Pandangannya silih ganti dengan lelaki yang ada di belakang Awina. Wanita menarik tangan dari dipegang lagi.
Siapa pula lelaki ni? Takkan boyfriend pula? Desis Haiqal dalam hati. Ada sedikit rasa cemburu.
"Lah! Awak lagi? Tak ada orang lain ke? Terlanggar dengan Hirthik Roshan pun jadi la," kata Awina. Nasib baik tak jatuh terduduk ke. Tak pasal dapat sakit lain pula.
"Sorry," ucap Haiqal lagi.
"Yes, you should." Awina menjeling dan berlalu pergi.
Thaqif rapat ke Haiqal. "Pakwe dia ke?"
Haiqal hanya menggeleng tidak tahu. Patut ke dia beritahu Mummynya atau teruskan saja? Belum tentu lagi lelaki itu ada hubungan dengan Awina Aleeya kerana wanita itu sendiri menepis untuk terus dipegang.
Haiqal terasa sesuatu yang menyentuh tangannya. Bila dilihat, ada sesuatu panjang tersangkut pada hujung lengan bajunya. Seutas gelai dengan buah kecil tertera huruf N, A dan A. Haiqal cabut dan simpan dalam poket seluarnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro