CDD | 3
HAIQAL menilik jam tangannya. Sudah setengah jam dia bersandar pada keretanya menunggu adiknya habis kelas. Nasib baik semalam dan hari ini saja dia jadi pemandu peribadi tak berbayar Aleeya. Kejap lagi mereka akan ke bengkel untuk ambil kereta pula. Matanya sentiasa meliar terutama dari arah foyer bangunan utama itu. Manalah tahu boleh nampak kelibat Aleeya.
"Mana budak ni? Kata pukul dua." Haiqal menilik jamnya lagi. Dia mengeluh untuk kali yang entah ke berapa.
"Kalau aku tahu, aku pergi makan dulu tadi. Biar dia balik naik Grab. Haish! Lepas tu aku kena bebel dengan Mummy. Dia ingat aku abang mithali ke nak tunggu adik kesayangan habis kelas." Dia membebel sendirian. Hatinya cuba dipujuk agar lebih bersabar.
Sekejap dia berjalan mundar-mandir di situ. Sekejap dia bersandar pada keretanya. Kepala didongak ke atas melihat daun-daun yang bergoyang ditiup angin lembut. Tiba-tiba ada jeritan kecil dan menarik perhatiannya untuk menoleh.
Haiqal amati dua orang perempuan yang melangkah laju dan dikejar oleh seorang lelaki. Lengan salah seorang perempuan disambar untuk menghentikan langkahnya.
"Lepaslah Fahim!"
"No! I tak akan lepaskan you sampai you faham perasaan I dekat you!"
Haiqal melepaskan tawa kecil melihat adegan itu. Dah macam sinetron tak pun telenovela. Tapi dia terperasan sesuatu.
"Bukan ke tu... Minah mulut tak ada insurans semalam?" Haiqal bersandar pada keretanya dan memerhati dari jauh. Berminat juga untuk dengar.
"Perasaan? You dah ada Shima lah. Gila ke apa?"
"I dah tak ada hati dekat dia. I sayang you je sekarang ni,"
"Eh senangnya kau buat hati orang macam tu je. Sebab perangai gila kau ni lah, makwe ahli sihir kau tu tak habis-habis cari pasal dengan Wina."
Haiqal mengangguk. Dia sudah boleh agak jalan ceritanya. Melihat cara gadis itu yang betul-betul tidak suka dengan situasi yang dihadapinya, hati Haiqal terdetik untuk menolong. Kaki diatur ke arah mereka. Tangan Awina dan tangan lelaki itu dipegang sekejap. Haiqal meleraikan pegangan Fahim pada tangan Awina bersama renungan tajam.
"Aku tak rasa kau pekak untuk dengar dan faham apa yang dia kata, kan?" sinis Haiqal.
"Kau siapa nak sibuk?" Fahim menyoal.
"Syed Haiqal. Aku-"
"Boyfriend I!" Laju Awina menambah.
Serentak Haiqal dan Fahim pandang Awina. Begitu juga Syafina yang sedikit terlopong.
Awina pandang Haiqal dengan senyuman yang penuh keyakinan. Dia merapatkan sedikit tubuhnya pada Haiqal. Matanya pandang Haiqal dan berharap yang lelaki itu boleh berlakon untuk seketika.
"Kenapa tak bagitahu nak datang?"
Haiqal faham.
"Saja surprise! Tapi tak tahu pula sayang dapat gangguan makhluk halus," kata Haiqal sarkastik. Pandangannya beralih pada Fahim pula.
"Sampai sini faham, kan?" kata Haiqal lagi penuh makna supaya lelaki itu berhenti ganggu Awina. Wajahnya juga ketat tanda dia serius.
Haiqal mundur beberapa langkah sambil menarik tangan Awina dan bawa wanita itu pergi. Sampai di kereta Awina, terus wanita itu tarik balik tangannya daripada pegangan Haiqal pula.
"Dahlah tu. Melebih pula." Awina menyahkunci kereta.
"Saya melebih? Awak yang melebih sampai mengaku saya boyfriend awak. Tak tahu bersyukur betul perempuan ni. Aku campak kau balik dekat mamat tu kang," ugut Haiqal geram.
"Ha-ha-ha terima kasihlah sebab jadi hero saya hari ni. Harap lepas ni kita dah tak jumpa dah. Okay, bye!" Awina masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Haiqal berdecit geram. Kalau dia tahu, dia biarkan saja Awina selesaikan sendiri masalahnya tadi. Dia kembali ke keretanya dan nampak Aleeya sudah terpacak di situ dengan wajah cemberut.
"Where have you been?" soal Aleeya.
"Jadi unsung hero sekejap," jawab Haiqal lalu menyahkunci keretanya.
"Ha?"
"Dah jom. Berpeluh ketiak tunggu kau tadi," kata Haiqal dan masuk ke dalam kereta.
***
"SERIOUS?"
"Serius 500%. Ada jaminan yang mamat gila tu ganggu kau dah," kata Syafina sambil menepuk perlahan bahu Awina.
"Kau ingat mamat gila tu makan saman ke? Kau tak ingat dulu masa aku cakap yang aku dah ada boyfriend... Dia tak percaya babe," bidas Awina.
Suasana malam di I-City Shah Alam tak pernah mengecewakan walaupun pemandangan hanya pokok-pokok dihiasi lampu neon berwarna-warni. Saja jalan-jalan memandangkan Ain dan Zulaikha baru saja tiba. Jadi meriah sikitlah.
"Tapi mungkin kali ni dia akan percaya sebab boyfriend tipu-tipu kau jadi kenyataan." tambah Zulaikha pula.
Awina menggeleng. Kalau itu boleh jadi kenyataan, sekarang juga dia buat sujud syukur.
"Macam mana rupa dia? Student kat situ juga ke? Nak intai juga. Sebab kalau kau tak nak, aku nak." Amira meluru ke depan Awina dan mula menggedik.
"Bukan student tapi kalau tak salah, dialah mamat yang tak pergi sekolah memandu tu. Yang tiba-tiba salah jalan lepas tu aku pula kena bagi laluan dekat dia dulu. Cis!"
Syafina gelak, "Kenapa kau tak cakap dengan aku. Itu ke mamat tu? Kalau kau tengok Mira, confirm kau jadi watak antagonis yang nak rampas daripada Wina. Tinggi, matang, ada misai jambang semua tu... Handsome! Aku syak umur dia dalam 30 macam tu."
"Macam pakcik je. Eii! Tak payah susah-susah rampas. Ambil je, aku bagi." Awina menggeleng. Kalau diberi secara percuma dia tak mahu.
Dari jauh dia perasan ada tiga orang lelaki berdiri sahaja dan seakan merenung mereka semua dari jauh. Langkah yang semakin dekat ke arah ketiga orang lelaki itu buatkan Awina seperti dapat mengecam wajah salah seorang daripada mereka.
Oh no! Mamat tak guna tu ke? Desis hati Awina. Mereka semakin dekat dan Awina hanya selamba. Berharap yang Syafina tidak perasan akan lelaki itu.
"Dekat sini pun boleh terserempak. What a small world, kan sayang?" Haiqal terus menegur sebaik saja sekumpulan gadis itu lalu di sebelah.
Tak guna! Awina pejam mata. Dia pusing menghadap lelaki itu yang sudah tersenyum sinis.
"Wanna have a date?"
"No, thanks. Jumpa awak pun dah terasa malang." Awina beri jelingan dan berlalu pergi.
Haiqal hanya melihat saja Awina pergi. Tak sedar yang bibirnya mengukir senyuman. Tapi tak lama bila Thaqif bersuara.
"Seriously bro?"
"What?"
"Kali terakhir kau berperangai macam ni dengan perempuan masa dengan Maira." ujar Thaqif.
Bahu Haiqal dipeluk oleh Arshad.
"Yes! Mata kau bersinar-sinar masa nampak dia. Muka kau glowing... Macam ada blink-blink. Kau dah move on kan?" tambah Arshad. Tapi Haiqal melepaskan pelukkan tangannya.
"Merepeklah korang ni. Dah jom." Haiqal mendahului langkahnya.
Thaqif dan Arshad saling berpandangan dan masing-masing buat muka yang difahami. Orang cakap tak percaya. Mereka mengejar Haiqal yang semakin jauh.
Haiqal pula termenung sambil melangkah perlahan. Cuba menghadam kata-kata Thaqif tadi. Betulkah? Dia sendiri tak perasan yang dia agak dingin dengan perempuan sejak putus dengan bekas teman wanitanya dulu.
Tiba-tiba pula jumpa Awina Aleeya terasa ada sesuatu yang hidup dalam dirinya. Dia lupa untuk menjadi dingin dan rasa seronok pula bergaduh dengan wanita itu.
"... Kau dah move on kan?"
Dia teringat soalan Arshad tadi. Masa memudarkan perasaannya dan kekecewaan telah menjadi parut yang akan dia ingat sampai bila-bila.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro