Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Tiga tahun berlalu...

HARI ini abang bujang kesayanganku, Safiy, pulang ke tanah air. Setahun abangku itu mengikuti kursus di Tokyo, Jepun. Rindu tak usah dikatalah. Setahun kut abangku itu tak balik Malaysia. Sambut hari raya pun kat sana.

Aku mengerling jam yang membelit di pergelangan tanganku. Kalau ikutkan jadual, pesawat MH89 yang menerbangkan penumpang daripada Lapangan Terbang Narita, Tokyo akan tiba lebih kurang satu jam lagi. Sambil menunggu ketibaan abang, aku berjalan-jalan dulu di ruang legar. Penat berjalan, aku duduk di bangku bersama secawan minuman Starbucks.

Mataku memandang sekumpulan juruterbang dan pramugari yang berjalan megah sambil menarik beg bagasi mereka. Aku perhatikan wajah juruterbang-juruterbang tersebut. Hurm, biasa aje. Tak macam dalam novel atau drama melayu yang mereka sering mendeskripsikan rupa juruterbang itu kacak dan menjadi kegilaan wanita. Tak kurang juga gosip juruterbang yang ada skandal dengan pramugari seksi berkain singkat dan terbelah. Setakat ini, aku belum nampak lagilah juruterbang bermuka kacak macam dalam novel. Atau mungkin hari ini bukan luck aku kut nak dapat tengok juruterbang kacak.

Beberapa minit kemudian, telefonku berbunyi bip. Mesej daripada abang kesayanganku yang mengatakan bahawa dia sudah keluar dari balai ketibaan. Terkocoh-kocoh aku mengatur langkah mencari sosok abang. Namun tak semena-mena, aku terlanggar troli seseorang. Akibat dari pelanggaran itu, minuman yang aku pegang tertumpah ke tudungku. Habis!

"Ya Allah! I'm so sorry! Saya minta maaf! Saya tak perasan awak jalan depan saya tadi," telingaku menangkap suara wanita sedang meminta maaf kepadaku. Dalam situasi ini, aku rasa aku yang salah sebab berjalan laju tak tengok kiri kanan. Alahai, Saffa! Bilalah sikap cuai kau tu nak hilang?

"Tak apa. Saya yang salah," balasku sambil mengibas tudungku yang basah dan kotor. Sudah la pakai tudung warna cerah. Tertumpah pula air coklat. Dah macam peta dunia tudung aku dibuatnya.

"Tapi tudung awak..." wanita itu gigit bibir bawah. Mungkin dia rasa bersalah.

"Takpe, sikit je. Saya pergi dulu," aku lontarkan senyuman buat wanita tersebut lalu kembali menyambung langkah. Aku cuba menyorok bahagian tudungku yang kotor dengan jaket jeans yang aku pakai. Haih, aku baru nak melawa depan abang kesayanganku nanti.

"Abang!" beberapa meter di hadapan, aku nampak sosok abang sedang berdiri sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Aku rapati abang sebelum tubuh tegapnya itu aku dakap erat.

"Rindunya kat abang..." luahku. Perlahan-lahan terasa kedua-dua belah bahuku ditolak abang.

"Tak malu ke peluk orang dekat public?" abang mengecilkan matanya.

"Nak malu apa? Bukannya adik peluk boyfriend. Adik peluk abang sendiri kut." aku tersengih-sengih bila abang ketawa. Seketika tangan abang naik mengusap kepalaku.

"It's been a year. Dah buntal adik abang..."

"Hei! Mana ada!" aku tepuk tangan abang yang berada di atas kepalaku. Suka hati aje membuntalkan aku. Tak tahu ke berat aku dah turun lima kilogram semenjak dia pergi berkursus di Jepun?

"Kejap, tudung tu dah kenapa?" mata abang jatuh memandang tudungku yang kotor dengan air coklat. Punyalah teruja jumpa abang sampai aku tak ingat tudungku yang berpeta.

"Accident sikit tadi. Air tertumpah kena tudung," balasku sambil menayang gigi. Kepala abang tergeleng-geleng.

"Haih, careless!"

"Dah, tak payah bising. Jom balik. Mama dengan ayah dah tunggu kat rumah," aku rajinkan diri mahu menolak troli beg pakaian abang. Tapi, beratnya ya ampun! Aku tak tahulah apa yang abang bawa balik ke Malaysia selain daripada pakaiannya. Entah-entah...

"Adik buat apa tu?" alis kening abang hampir bercantum tatkala memandangku yang sedang membelek dua beg bagasi besar miliknya. Bukan setakat belek, aku siap ketuk-ketuk lagi bagasi itu.

"Spotcheck. Manalah tahu kut abang bawa balik awek jepun lepastu sorok dalam bagasi," ujarku. Spontan tangan abang mengetuk kepalaku dengan kekura jarinya. Sakit!

"Jangan nak merepek. Ingat abang ni psikopat ke nak lipat orang masuk dalam bagasi? Agak-agaklah!" terjegil mata abang. Aku ketawa besar. 

"Adik gurau ajelah. Let's go!" lengan abang aku peluk. Troli aku biarkan abang yang tolak sendiri. Tak kuasa aku nak tolak troli yang berat amat itu. Membazir tenaga aku aje.

***

JARANG-JARANG sekali kami empat beradik dapat berkumpul ramai-ramai. Iyalah, abang long dan kak ngah dah berkeluarga sendiri. Abang pula setahun duduk dekat Jepun. Jadi, tinggal aku sajalah di rumah menemani mama dan ayah. Itu pun hujung minggu baru aku lekat di rumah kerana aku bukan lagi penganggur terhormat.

Awal tahun lepas, Kak Aimi telah membuka sebuah lagi cawangan taskanya. Disebabkan aku sudah diajar tentang selok-belok pengurusan taska dan telah mengikuti kursus, Kak Aimi melantik aku sebagai pengurus di cawangan taskanya yang baru itu. Kiranya, akulah big boss dekat taska itu.

"Best tak Jepun?" tanya abang long.

"Mestilah best. Awek sana putih gebu kut," abang menyeringai nakal. Aku memutar biji mata ke atas. Urgh, dasar lelaki. Perempuan ajelah yang dia highlight sepanjang berada di tempat orang. Kutlah nak cerita fasal budaya orang di sana.

"Liar sungguh mata kau kat sana ya!" tempelak abang long. Bergegar-gegar tubuh abang ketawa.

"Abang pergi sana berkursus ke cuci mata?" tanyaku, jengkel.

"Alang-alang dah menyeluk pekasam kan? Biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dapat tengok awek jepun gebu-gebu, apa salahnya kalau kita tengok puas-puas. Buat bekal bila dah balik sini," balas abang. Geli pula telinga aku mendengarnya.

"Gatal!" cemuhku. Aku melemparkan pandangan ke arah skrin televisyen. Memandang drama melayu yang sedang ditayangkan. Geram pula aku tengok watak hero di dalam drama tersebut. Orang kaya, bincang projek berjuta-juta. Tapi bodoh tak reti menilai mana satu kaca dan mana satu permata. Isteri yang bertudung litup diragui keikhlasannya. Perempuan rambut blonde dan baju ketat boleh pula dipercaya setiap katanya. Aku rasa kebanyakan lelaki dalam dunia ni memang tak guna. Hidup pun tak beri manfaat dekat orang sekeliling. Huh.

"Dik!" aku tersentak bila suara abang sedikit kuat memanggilku.

"Hah?" terpejam-celik mataku memandang ke arah abang. Punyalah ralit tengok drama sampai aku tak sedar abang asyik memanggilku sedari tadi.

"Kau ni teringin nak masuk dalam tv ke? Nak jadi heroin dalam drama tu?" abang menyoal sarkastik.

"Boleh juga. Menyampah betul tengok heroin bawa watak lembik macam tu. Baik tak kena tempat. Kena fitnah dengan suami sendiri pun boleh aje diam macam orang bisu. Lepastu asyik nak menangis!" aku agak beremosi. Bagi aku, perempuan zaman sekarang sepatutnya tahu cara untuk mempertahankan diri sendiri. Bukannya membiarkan orang lain memijak maruah dan memperlakukan kita sesuka hati.

"Amboi, garangnya." terkelip-kelip mata abang. Aku menghela nafas panjang. Sudah, Saffa. Cukup-cukuplah kau terbawa emosi gara-gara drama melayu yang boleh menaikkan darah tinggi itu.

"Kerja dekat taska baru Kak Aimi tu okey ke?" soal abang.

"Okey je, alhamdulillah. Budak-budak okey. Staf pun okey buat masa sekarang," jawabku. Setakat ini jumlah kanak-kanak di taska adalah seramai tiga belas orang. Dua daripadanya bayi bawah setahun dan yang lainnya berusia dua sehingga ke empat tahun.

"Patutnya dulu masa belajar kau ambil kos cikgu tadika, dik." komen abang. Ya, aku pun terfikir begitu. Dulu masa zaman belajar dekat universiti, patutnya aku ambil course cikgu tadika. Bukannya ambil course multimedia. Tapi itulah, dulu aku tak sukakan budak-budak. Tapi bila dah bertahun membantu Kak Aimi uruskan taska, aku mula sukakan budak-budak walaupun kadang-kadang boleh hilang sabarku menghadap perangai mereka.

"Adik tak ada sesiapa lagi ke?" pertanyaan abang buat aku mengerutkan dahi seketika.

"Tak ada sesiapa apa?" tanyaku kembali. Masih belum faham maksud abang.

"Boyfriend la. Umur kau tahun ni dah dua puluh lapan tau, dik. Tak takut ke nanti orang panggil kau andartu?" soalan abang buat aku rasa macam nak sumbat mulut dia dengan kulit kacang.

"Zaman sekarang ni siapa yang peduli kahwin atau tak? Buat apa kahwin kalau nanti dapat suami spesis tak guna macam hero dalam drama tu? Lebih baik single jaga diri sendiri aje. Takde la sakit otak sangat," balasku. Aku tak pernah rasa mahu menamatkan zaman solo di saat usiaku sudah memasuki dua puluh lapan. Bukannya tak ada yang cuba menghulurkan salam perkenalan. Tapi aku yang menolak. Aku serik untuk memberi hati pada sesiapa lagi. Cukuplah sekali aku dilukai dan lukanya itu masih kekal sehingga ke hari ini.

"Mana boleh macam itu, dik. Kau tu perempuan. Kau tetap perlukan sosok seorang lelaki untuk jaga kau nanti." lembut suara abang. Aku hela nafas panjang.

"I don't need a man. Adik boleh jaga diri adik sendiri."

"Ke sebab adik masih tak boleh lupakan Hud?"

Setelah bertahun-tahun lamanya, nama itu kembali mengetuk pendengaranku. Tak semena-mena nafasku jadi sangkut. Dadaku jadi sempit seolah-olah dihempap sesuatu yang berat.

"Boleh tak jangan nak sebut nama dia?" aku mendengus lalu beredar meninggalkan ruang tamu. Kaki aku hentak ke lantai menunjukkan bahawa aku sedang marah. Sayup-sayup telingaku menangkap suara abang long dan kak ngah memarahi abang kerana bermulut capoi. Sudah tahu aku tidak suka dengar nama Hud, tapi tetap disebut-sebut juga! Urgh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro