Sepatutnya, semalam aku dengan Zaydan pergi jumpa doktor. Tapi, terpaksa cancel last minute. Zaydan semakin teruk muntah dia dan kepala pun rasa berpusing tak larat nak
drive. Aku nak bawa kereta pun tak boleh sebab keadaan aku sekarang pun dua kali lima je dengan Zaydan.
Disebabkan kita orang masih lagi stay di rumah mama aku, mamalah yang terpaksa jaga. Kesian mama. Nak buat macam mana, dah dua-dua sakit serentak.
"Sayang dah okey?" Zaydan yang tengah baring di sebelah tanya aku. Tengok tu, asyik risau pasal aku je. Diri sendiri tak kisah langsung. Aku pula yang risau pasal dia.
"Tak. Abang ni asyik..."
Tak sempat aku nak menghabiskan ayat, kaki laju berlari ke bilik air. Bluek! Bluek! Memang segala isi perut terpaksa dikeluarkan. Pedih!
Tak lama kemudian, Zaydan turut sama muntah di dalam sinki bilik air. Bluek! Bluek! Time ni, serius aku kata bau muntah dah semerbak dalam bilik. Lagi kembang tekak aku. Rasa nak muntah lagi. Sedaya-upaya aku cuba tahan.
Malangnya, tak boleh.
"Bluek..!" Aku muntah dan terkena baju Zaydan. Aku dah rasa nak nangis. Suami aku dahlah tengah sakit, boleh pula aku buat hal.
"Sayang, are you okay?" Zaydan pandang aku dengan riak risau. Kemudian, baju T-shirt dia yang dah kotor dibersihkan dengan air paip. Aku turut membasuh mulut daripada sisa muntah yang berbaki.
"Abang, sorry susahkan." Pipi aku dah basah dengan air mata. Bibir pucat Zaydan melempar senyuman lemah.
"It's just nothing, sayang. Sayang pun sakit kan?" Tangan dia bertindak menggosok-gosok kepala aku. Sebak pula aku rasa.
"Abang buat Zayyin rasa bersalah. Jangan risaukan Zayyin. Abang pun sakit juga."
Zaydan perlahan-lahan membawa aku keluar dari bilik air. Langkah kakinya pun lemah je aku tengok dengan sebelah tangan lagi masih tak lepas memegang perut. Sakit sangatlah tu.
"Abang jaga Zayyin, Zayyin jaga abang. Kita jaga sesama kita. Boleh kan, sayang?"
Kepala dianggukkan perlahan.
"Nanti, bila kita dah okey sikit kita pergi klinik eh?"
"Alright, sayang."
----------
Petang itu syukur, aku dengan Zaydan dah okey sikit. So, bolehlah kita orang pergi ke klinik. Lega sikit hati aku. Yelah, takkan selamanya nak menghadap muntah tu? Aku pun dah tak larat.
"Mama, Zayyin dengan Zaydan pergi klinik dulu ek?" Aku cium tangan mama sebelum keluar. Zaydan pun berbuat perkara yang sama.
"Hmm...yelah. Risau mama tengok kau orang dua ni. Muntah tak habis-habis."
"Mama doakan yang baik-baik jelah untuk Zayyin dengan Zaydan."
"Insya-Allah, mama doakan. Takde apalah."
Kita orang berdua turut mengukir senyum. Dalam hati, mengharapkan benda yang sama. Semoga semua baik-baik sahaja.
----------
"Doktor, kenapa? Saya dengan isteri saya keracunan makanan kan?"
Zaydan tak sabar-sabar nak tahu. Aku pun sama. Tapi, tak mampu nak bersuara buat masa sekarang sebab aku tengah tahan rasa nak muntah yang tiba-tiba saja datang.
"Sekejap. Sebelum tu, saya nak tanya. Awak ada buat apa-apa ke dekat isteri awak?"
Kening Zaydan hampir nak bercantum. Pelik dengan soalan luar alam daripada doktor separuh abad ini.
"Buat apa-apa? Buat apa ni doktor? Isteri saya kot. Takkan saya nak buat benda yang bukan-bukan?"
"Bukannya apa, saya tanya sebab isteri awak ni dah terkena sesuatu," balas doktor dalam nada separuh berbisik. Tak pasal-pasal aku pula yang meremang.
Siapalah yang bermusuh dengan aku ni?
"Cara doktor cakap macam bomohlah pula. Ini saya nak tanya. Rasa-rasanya, siapa yang buat isteri saya jadi macam ni?"
"Saya rasa, awaklah orang yang buat isteri awak sampai jadi macam ni."
Mulut aku dah terlopong. Orangnya Zaydan? Dia pula dah tak senang duduk apabila dituduh begitu.
"Saya? Kenapa pula saya? Saya sayangkan isteri saya. Takkanlah saya sanggup buat macam tu dekat dia." Zaydan dah bengang. Doktor tu pula dah tersenyum sinis.
"Kalau betul awak tak sanggup, takkan sampai boleh jadi macam ni?"
Serentak dengan itu, sekeping gambar hitam putih diletakkan di atas meja. Betul-betul di depan aku dengan Zaydan. Gambar tu dilihat tak berkelip. Lama jugalah macam tu.
"Apa benda ni, doktor?" Zaydan tanya soalan yang langsung tak patut pada waktu-waktu macam ni.
Aku dah rasa nak hentak kepala dekat pintu klinik. Takkan tak faham lagi, bang oi?
Doktor tu sendiri pun terkedu dengan soalan Zaydan. Tak sangka kot ada juga orang macam ni.
"Abang! You're father-to-be."
Terbeliak terus mata dia. Mulut pun dah terlopong. Wajahku dipandang bagaikan tak percaya. Kepala aku anggukkan berkali-kali tanda membenarkan segala yang didengarnya tadi.
Zaydan bangkit memeluk aku bagai tak mahu dilepaskan. Doktor di depan kami dah tersenyum-senyum. Malulah pula.
"Thanks sayang. Abang happy sangat!"
Bibir aku pun ikut tersenyum macam Zaydan. Patutlah sejak kebelakangan ni lain macam je aku rasa. Sekejap nak nangis, sekejap nak muntah, sekejap nak makan, sekejap nak manja-manja...macam-macam lagilah!
Rupa-rupanya, ada Zayyin dan Zaydan junior dekat dalam ni!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro