BAB 24
"Zayyin kau..."
Zaydan yang sedang sibuk memegang gunting tiba-tiba berpusing menghadap aku. Cepat-cepat aku lap air mata di pipi. Geram pula aku. Air mata ini pun satu.Time macam inilah nak keluar banyak-banyak.
"Wait. Are you crying?" Kantoi!
Melihatkan aku yang tak menjawab soalan, Zaydan berusaha mencari jawapan sendiri. Sehinggalah...mata dia melekat pada album yang berada di tangan aku. Sebaik terbaca tulisan itu, laju je dia tutup balik album kahwin tu. Zaydan pandang muka aku.
"Aku...minta maaf." Tak lama kemudian, kepalanya menunduk.
"Bukan salah awak. Saya faham. Awak layak untuk merindui dia. Kak Huda isteri awak."
"It's my past. Now until forever...you're my wife."
Terharu je aku dengar. Terus hilang rasa sedih tadi diganti dengan rasa malu. Mana taknya, sekarang dia tengah renung aku dalam-dalam. Sesak nafas aku rasa. Memang macam ini ke rasa jatuh cinta?
Cakap pasal jatuh cinta, dia dah jatuh cinta ke belum dengan aku ek? Kalau tengok sejak solat berjemaah tu, nampaklah usaha dia nak get along dengan aku. Takpe, nanti kita test.
"Okey, sekejap. Awak dah buat saya sedih. So, awak kena bawa saya jalan-jalan sepanjang hari ni."
"Eh...tadi dia yang punya malas macam badak air tak nak keluar." Ewah, badak air dia panggil aku?
"Nak gembirakan hati, pergi keluarlah. Plus, ini dikira macam ganti rugi jugalah."
"Ganti rugi? Setahu aku, kuali terbakar hari itu aku dah ganti dengan kuali baru yang lagi mahal. Takkan tak cukup kot?" Zaydan dah tak puas hati. Rilekla brader!
"Mr. Zaydan, awak nak tahu tak yang awak dah bazirkan air mata saya? Sepatutnya air mata ni keluar untuk benda yang happy-happy je tau!"
"Okay, okay fine! You win! Where would you like to go, queen?"
Amboi...queen terus kau! Tak main dah princess-princess ni. Aku dah pandang dia sambil main angkat-angkat kening. Zaydan pula pandang aku dengan question mark.
Then you will know, king.
-------
Guess what? First of all, aku heret dia masuk tempat boling. Dekat situ, baru aku tahu Zaydan tak tahu main boling weh! Gelak guling-guling je aku di situ. Mana taknya, bola boling tu sepatutnya lempar dari bawah. Zaydan buat dari atas macam nak main netball je gaya. Buat sakit perut aku gelak. Sempat juga aku rakam video dia.
Sebab fikir dia suamilah aku ada lagi dekat situ. Kalau tak, memang dah lama aku tinggal. Muka hensem, kerja gaji boleh tahan, benda simple main boling pun tak tahu. Zaydan...Zaydan.
"Lepas ni, pergi mana pula? Shopping, huh? "
"Aip! Shopping awal-awal lagi out of the list. Benda tu saya boleh buat sendiri. Hari ini, saya nak buat aktiviti yang kita boleh buat sama-sama."
"Ouh...kira tengah dating la ni?"
"Of course! So, give me your hand."
"Nak buat apa?"
"Pegang tangan. Orang tengah dating mana ada jalan jauh-jauh macam kita. Dia orang pegang tangan." Tangan kanan dia aku capai.
"Like this!" Aku tunjuk tangan kita orang yang dah bercantum.
Dia angguk perlahan. Tak lama kemudian, aku sedar Zaydan kemaskan pegangan dia .Tangan aku digenggam, lagi erat. Aku sorok senyum dalam hati. Bahagianya!
Sebelum balik, kita orang lepak McD untuk lunch. Habis makan main dish, aku minta Zaydan order aiskrim. Sambil makan-makan tu, kita orang berborak pasal macam-macam benda. Waktu macam ni, tiba-tiba aku rasa nak ambil tahu pasal suami sendiri.
"Bila awak start kenal saya?"
"Honestly, waktu kita kahwin."
"Seriuslah? Mama tak pernah cerita apa-apa dekat awak ke?"
"Takdelah pulak. Why? Is it interesting to know?"
"Mestilah! Saya partner awak time main kahwin-kahwin masa kecil dulu tau!"
"Haha. Ya ke? Wah, tak sangka sekarang kau dah jadi partner kahwin betul-betul aku."
Aku sengih je dengan apa yang Zaydan cakap. Ya tak ya jugak. Aku pun tak terfikir. Jodoh, nak buat macam mana? Tak tahulah, tapi mata aku ni tak lepas pandang muka Zaydan. Apahal comot sangat mamat ni makan?
"Eee, comot! Makan aiskrim pun susah ke?" Jari aku dah cucuk bahagian pipi dia yang terkena aiskrim.
"Eleh, cakap je tahu. Tolonglah!"
"Tisu takde, macam mana nak tolong?"
"Guna tangan kaulah."
"Hesy, tak kuasa saya nak buat drama dekat sini." Mata aku pandang sekeliling. Cari benda yang boleh diguna. Mata aku tiba-tiba terpandang hujung tudung bawal yang aku pakai sekarang.
"Awak, kepala tu tunduk bawah sikit." Terus aku tarik hujung tudung aku, lap pipi comot dia. Zaydan terkedu. Dia pandang aku tak berkelip.
"Okey, siap. Dah tak comot." Bibir aku mengukir senyuman nipis. Zaydan tengah pandang aku lagi.
"Kenapa? Fall in me,huh? " Soalan itu aku bisikkan perlahan. Sempat kening aku main angkat-angkat. Sengaja nak tengok reaksi dia.
Macam yang aku jangka, Zaydan terus menoleh ke tempat lain. Eleh, pipi merah-merah tu. Malulah tu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro