Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23

Awal pagi lagi aku dah bangun. Selepas solat subuh semua, kaki melangkah ke dapur. Tengok-tengok, Zaydan tengah pakai apron sambil pegang senduk kayu. Aik? Dia nak buat apa tu? 

"Assalamualaikum. Ai, awalnya bangun?" Aku dah duduk atas kerusi.

"Waalaikumussalam. Aku ada meeting dekat Melaka hari ni. Itu yang kena gerak awal." Kepala aku angguk-anggukkan mendengar penjelasan lelaki itu.

Zaydan berpusing menghadap aku. Muka dia sememeh je aku tengok. Dah mandi ke belum mamat ni? Rambutnya pun kusut masai, tak smart langsung macam suami Zayyin Insyirah!

"Could you make me an omelet, please? Aku try buat, tapi dah hangus." Dia sengih tayang gigi.

Cepat-cepat aku pergi tengok keadaan kuali aku. Mak aih! Hitam legam sungguh ni! Habislah...kena pergi beli kuali baru aku lepas ni. Takpe, minta Zaydan ganti rugi je nanti. Aku pandang Zaydan balik.

"Kenapa awak tak minta je saya buatkan?"

"Aku nak cepat. Lagipun, kau kan selalu bangun lambat. Tengok ni hah, rambut aku pun tak sempat sapu pomade lagi."

Sentap sekejap aku dekat situ. Apalah aku ni. Bangun lambat je tahu. Macam mana nak jaga makan minum suami ni? Rasa bersalah pula dekat Zaydan sebab terpaksa lalui benda macam ni time awal-awal pagi.

"Okey. Awak pergi naik atas dulu, siap-siap semua. I'll make your breakfast." Dia angguk lalu terus pergi naik ke atas.

Memang Zaydan minta omelet, tapi aku buatkan sekali dengan scramble egg dan kacang panggang. Nak pergi Melaka kot, jauh tu. Bagilah perut makan banyak sikit. Tak lama kemudian, Zaydan turun.

"Dah siap? Pergi makan sana."

"Woah! Siap ada tambahan lagi. Susahkan kau je pagi-pagi ni."

"Small matter, bro."

Aku duduk menghadap Zaydan sambil tu teman dia sarapan. Zaydan makan je, tanpa banyak cakap. Mungkin sebab dia pun takut terlambat kot. Pinggan dibawanya ke sinki selepas habis makan lalu dibasuh. Macam dah nak gerak je ni.

"Awak! Sini sekejap."

"Kenapa?"

"Tie awak tu meh saya ikatkan."

"Errr...kau tahu ke cara nak ikat?"

"Of course! Ini Zayyin Insyirah tau! Trust me."

Zaydan dah teragak-agak nak menghampiri aku. Tangan dia menghulurkan tie biru yang sedari tadi hanya dilingkarkan di batang leher. Aku pakaikan dari awal sampai habis. Dan...siap! Purrrfect gituh! Aku tepuk tangan perlahan. Lama kot tinggal benda ni. Tak sangka ingat lagi.

"Hmm...not bad. Anyway, thank you! For a special breakfast and the perfect tie!"

"See a leg lah bro. Lain kali, jangan segan-segan ketuk pintu bilik saya. Tak naklah ada scene kuali saya hangus lagi."

"Haha. Sayang sangat kuali kau tu."

"Huishh...gila tak sayang! Nyawa saya tu!"

Dia dah tergelak sambil geleng-geleng kepala. Jam di tangannya dilirik. Kemudian, Zaydan kembali memandang aku.

"Got to go. Assalamualaikum..."  Tangan Zaydan aku capai kemudian dicium lembut.

"Waalaikumussalam. Drive safe ya..." 

Bermula daripada kejadian itulah, aku start bangun awal setiap pagi. Kalau boleh, lagi awal sebelum Zaydan bangun. Sebab apa? Nanti aku boleh terus prepare sarapan untuk dia. Lagipun, aku kan tak kerja.

Waktu petang pula, sementara menunggu Zaydan balik, aku sediakan minum petang. Biasanya aku tanya dulu dia nak makan apa. Kadang-kadang aku buat kek, tak pun kuih. Zaydan makan je. Dia pun tak memilih sangat.


--------


Hari ini weekend day. Sedang aku lepak-lepak depan televisyen, Zaydan datang duduk di sebelah aku. Aku buat donno je. Janganlah dia ajak aku keluar hari ni. Doa tu aku baca berulang kali dalam hati. Malas betul aku rasa hari ni.

"Zayyin." Dia dah panggil.

"Jangan ajak saya keluar mana-mana. Malas." Laju je aku potong.

"Kemas rumah jom."

Time ni, serius aku rasa nak hentak kepala dia dekat sofa. Memanglah dia tak ajak keluar, tapi kemas rumah tu lagilah aku tak nak! Malas aku tengah capai tahap kritikal tak boleh dibantu dah ni. Aku memang nak rilek-rilek je hari ni.

"Awak kemas dululah. Esok saya sambung."

"Banyak cantik muka kau. Ah takde, takde. Sekalilah kemas rumah sama-sama."

"Tapi...saya malas! Penat! Takde benda lain ke yang kita boleh buat?"

"Benda lain? Hmm...jap eh." Zaydan dah bangun dari sofa. Pergi mana entah aku pun tak tahu. Tahu-tahu je, depan mata aku dah ada berlambak gambar.

"Awak nak buat apa ni?"

"Aku nak kau tolong aku buat scrapbook." Scra-what? Scrapbook? Aku tak salah dengar kan?

"Scrapbook? Not interested." Awal-awal lagi aku dah angkat tangan.

Tanpa banyak cakap, Zaydan terus tarik tangan aku supaya join dia duduk atas lantai. Terjatuh sofa aku dibuatnya. Boleh pula dia biarkan je aku jatuh. Sepatutnya, sambutlah! Nampaklah sweet sikit.

Dalam banyak-banyak album yang ada, mata aku tertancap pada sebuah album yang dihias cantik seperti menyimpan sesuatu yang istimewa. Album yang berada tak jauh dari aku tu aku ambik.

Ini bukan ke...album kahwin?

 Aku terus buka dan tengok satu-satu gambar dalam tu. Mata aku terhenti pada satu gambar Zaydan yang di bawahnya terdapat satu tulisan tangan.

"Forever this is my love. May Allah keep us till Jannah." -Zaydan&Huda

Tanpa sedar, air mata aku menitik. Satu demi satu. Ya Allah, peritnya rasa ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro