Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22

Ting, tong! Ting, tong!

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam...mama! Ya Allah, rindunya Zayyin dekat mama!" Terus aku peluk Mama Zaydan ketat-ketat, kuat-kuat bagai tak nak lepas. Mama pun layankan je. Aku kan menantu kesayangan. Hiks!

"Ehem. Peluk mama je? Papa ni siapa nak peluk?" Papa yang berdiri di sebelah mama dah tunjuk aura tak puas hati. Aku dengan Zaydan tergelak je.

"Kalau papa, mama je boleh peluk!" Giliran Zaydan pula membalas. Papa dah buat muka. Tak puas hati dengan jawapan Zaydan agaknya. Mama dah jeling papa siap bagi pandangan membunuh. Haha.

"Wah...orang Scotland sudah mari!" kata Zaydan waktu nampak Kak Zara dengan suami dia, Abang Ijat baru keluar dari kereta. Kak Zara sengih je. Zaydan bersalaman dengan Kak Zara dan suami dia. Aku pun turut bersalam dengan Kak Zara.

Selepas menjemput tetamu masuk, terus aku bawa mereka ke meja makan. Masing-masing dah teruja tengok lauk di atas meja. Aku berdebar juga ni, yelah first time nak bagi mama dan papa rasa air tangan aku. Tapi, apabila tengok muka confident Zaydan, tak jadi terus aku nak berdebar segala.

Bila fikir balik...Zaydan nak berdebar kenapa? Bukan dia yang masak! Dia tolong aku je pun. Tapi, tu pun macam tak membantu sangat. Mana taknya, dia tolong rasa apa yang aku masak. Bila ditanya okey ke tak, semua dia angguk. So kesimpulannya, kalau masakan aku tak sedap hari ini semuanya salah Zaydan!

"Hmm...sedap nasi tomato dengan ayam merah ni. Pandai Zayyin buat!" Mama dah puji. Lubang hidung aku terasa kembang seinci.

"Takde apalah mama. Biasa-biasa je Zayyin buat ni. Zaydan pun tolong tau!" Aura dengki Zaydan dah menjelma. Sengaja merendahkan akulah tu!

"Hai...time mama masak dekat rumah tu, tak ada masanya pula you tolong. Isteri you masak baru terhegeh-hegeh tayang muka ek?" Shoot!  Dah kena sekali. Aku pandang dia, sambil tu tahan senyum.

"Itu pun sebab Zayyin yang paksa, ma. Kalau tak, mana mahunya dia nak tolong." Sengaja aku sakat dia lagi. Rasa seronok pula buat macam ni. Lagi-lagi, bila aku sedar Zaydan dah malu.

"Huh! Kak Zara dah agak dah. Zaydan tu mesti ada sebab baru dia nak tolong. Tak pernahlah dia bagi perkhidmatan percuma secara sukarela ni."

Semua dah pakat gelakkan Zaydan. Aku pun join sekali. Bukan selalu dapat chance macam ni!

Tiba-tiba terasa ada orang siku tangan aku dari sebelah. Aku pandang Zaydan sambil jongket kening. Dia bisik something.

"Suka eh gelakkan orang. Dia yang paling kuat pulak tu."

"Haha. Bukan selalu..."

Habis dinner, masing-masing pakat lepak depan ruang tamu. Aku bawa buah anggur yang baru dibasuh lalu dihidangkan di atas meja kopi di hadapan televisyen. Mata aku mencari-cari tempat kosong untuk duduk. Macam dah penuh. Duduk bawah jelah.

Baru aku berkira-kira nak duduk berlutut, kelihatan Zaydan memanggil aku sambil tepuk ruang kecil sebelah dia. Nak tak nak, aku pergi juga. Yelah...tempat isteri kan di sisi suami. Tak gitu?

"Ijat dengan Zara nak cakap sikit ni. Memandangkan semua dah ada sekarang." Abang Ijat dah pandang kita orang semua satu persatu.

"Apa bendanya Ijat? Macam penting je papa tengok." Mama pun angguk sekali. Setuju dengan apa yang papa cakap.

"Sayang...bagitahulah." Abang Ijat main pass-pass pula dekat Kak Zara. Aku dengan Zaydan saling berpandangan dengan tanda soal besar di atas kepala. Apa bendalah yang dia orang berdua nak bagitahu ni? 

"Mama dengan papa...dapat jadi atuk dengan nenek tak lama lagi!"

"Woah..! Betul ke ni? Alhamdulillah..." Terjerit mama dan papa dibuatnya. Aku yang mendengar pun tak sangka. Betullah, rezeki tu datang pada waktu yang paling tepat.

"Tak sabarnya nak jadi aunty... Anyway, cograts mom-to-be! " Tangan Kak Zara aku capai. Kak Zara balas dengan senyuman lebar. Gembira sungguh!

"Tahniah, bro! Finally, you're gonna be a father." Zaydan dah tepuk bahu Abang Ijat. Abang Ijat tersenyum bangga. Nampaklah tak sabar nak jadi ayah. Hampir empat tahun kahwin kot, baru lekat!

"Takpe...Zayyin dengan Zaydan pun tak lama lagi kan?" Kak Zara dah tanya soalan yang paling aku tak nak jawab.

Aku tunduk je pandang bawah. Tak sanggup nak pandang sesiapa.

"Insha-Allah...we're coming soon. Right, sayang?" 

Tangan Zaydan dah peluk bahu aku. Mata aku hinggap pada wajah selamba dia. Zaydan balas pandangan itu sambil mengenyitkan sebelah mata. Keningnya turut dimain-mainkan tanda mengusik. Apa lagi, merah terus kulit muka aku.

Confuse sekejap. Siapa yang nak buat siapa jatuh cinta ni? Aku ke dia?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro