BAB 12
"Mama dah siap mekap ke belum tu?"
Jam tangan aku pandang. Haih...mama aku ni. Kita nak pergi kenduri kahwin orang, bukannya mama aku tu yang kena kahwin! Aku awal-awal lagi dah siap. Simple-simple sudahlah. Lebih-lebih, siapa nak layan?
"Okey, I'm ready! Let's go babe." Mama dah tarik tangan aku masuk kereta bahagian driver. Lah...aku ke yang kena drive? Ni yang rasa nak hantuk kepala kat stereng ni.
"Ai Mama, lama bebenor siapnya. Alih-alih, sama je. Takde yang gorgeous pun."
"Hey...mulut tu! Mama cili karang."
"Hahahaha...gurau jelah, ma. Mama nampak cantik sangat hari ni."
Lepas je aku kata macam tu, aku pusing tempat lain. Buat gaya nak muntah. Menyampah! Tahu-tahu je rasa peha aku kena cubit. Auch!
"Tak ikhlas eh?"
Aku sambung gelak sambil tu gosok tempat mama cubit tadi. Uuu..boleh tahan pedih juga. Kenapalah aku tak mewarisi cubitan padu mama tu ek? Kalau aku ada, awal-awal lagi aku dah praktikkan kat Zaydan Tenuk tu.
"Zayyin ada tak tanya khabar family Zaydan?"
Soalan mengejut mama membuatkan aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Lama jugalah aku macam tu.
"Zayyin, walau apa pun yang jadi, you're still a part of their family. And...Zaydan is still your husband. Remember that. Mama tak ajar anak mama jadi kacang lupakan kulit."
"Ye mama, Zayyin tahu. Zayyin takde dendam pun kat mama dan papa Zaydan. Dia orang layan Zayyin baik sangat. But...after all of this, Zayyin rasa malu. I'm just...not ready yet."
"I understand your feeling. But, taking too much time can make things getting worst you know."
Mulut aku tak terasa nak membalas. Hanya diam dan cuba untuk memahami apa yang cuba mama sampaikan. Sehinggalah...
"Zayyin...what about Zaydan?"
"Hmm?"
"Jangan buat-buat tak faham apa yang mama nak cakap."
Aku mengeluh perlahan.
"Apa nak jadi, jadilah ma. Zayyin serah bulat-bulat pada Allah. DIA yang lebih tahu."
"Tak nak buka buku baru?"
"Buat apa, ma? Buat apa kalau kat buku baru tu nanti hanya tertulis kisah lama yang akan berulang sekali lagi? Zayyin dah penat ma...penat sangat. Tak sanggup rasanya nak mencintai dia yang tak pernah hargai perasaan ni."
"Zayyin...cintakan Zaydan lagi?"
"Isteri mana yang tak cintakan suami dia, ma?"
Memang itu pun hakikatnya. Pedih. Aku rasa nak gelakkan diri sendiri sebab aku rasa aku ni bodoh sangat. Still lagi simpan rasa cinta hanya untuk Zaydan. Padahal, aku ada pilihan lain. Boleh je aku buka ruang untuk Dhiat. Aku tahu, Dhiat tunggu aku dah lama. Entahlah, biarlah masa yang menentukan.
Suasana di kenduri kahwin Izza, roommate aku kat UiTM Shah Alam dulu meriah sungguh. Izza pun nampak cantik dengan busana pengantin dia. Tiba-tiba, aku teringat antara kenangan manis waktu aku bergelar isteri kepada Zayd Aidan.
"Pengantin boleh dekat sikit...lagi, lagi..okey! Kakak pandang abang, abang pun pandang akak. Pandang satu sama lain."
Time ni nak buat photoshoot untuk letak dalam album kahwin. Malu gila aku waktu tu. Tapi, dalam malu tu suka sangat! Pandang lama-lama pun aku sanggup. Zaydan pula, mukanya tak menunjukkan apa-apa perasaan pun. Cuma aku je yang over.
"Okey, abang cium dahi akak."
Aku perasan Zaydan macam teragak-agak nak pegang dagu aku. Dalam terpaksa, dia buat juga macam yang disuruh. Zaydan cium dahi aku, lama. Itu pun sebab cameraman yang suruh. Walaupun dia macam tak rela, aku menghayati sangat detik-detik tu. Syahdu je rasa. Macam waktu lepas akad nikah.
Selepas dapat tahu perkara sebenar malam tu, baru aku dapat relate confession dia dengan perlakuan tak rela dia. Sedih, bukan? Selama ni memang aku bertepuk sebelah tangan. Macam bodoh sangat rasanya sebab lambat perasan semua ni.
Betullah...cinta tu kadang-kadang tak guna. Angkara cinta, mata kita buta.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro