Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10

"Zayyin Insyirah! Kau sini!" 

Terhenti langkah aku nak masuk bilik yang berhadapan dengan bilik Zaydan. Mulut yang dah menguap aku tutup dengan tangan. Apa lagilah mamat ni nak. Cari pasal lagi ke? Malam-malam ni orang nak tidurlah. Mengantuk tahu tak!

"Hah, kenapa? Tak pernah-pernah awak panggil saya sampai kena masuk bilik ni."

"Aku kata sini, sinilah! Lembab sungguhlah kau ni! Siput babi lagi laju kot."

"Ewahhh...sedap je mulut awak eh. Saya kan dah pergi hadap awak ni."

"Sini! Rapat lagi!"

"Eh? Lain macam awak ni. Awak nak apa hah sebenarnya?"

"Aku nak tanya kau. Kau ada masuk bilik aku ke sebelum ni?"

"Ada...mestilah ada. Kalau tak, mana saya nak dapatkan baju awak time kat hospital hari tu?"

Apa punya soalan dah dia ni. Takkan benda simple tu pun tak boleh fikir kot? Hah! Entah-entah dia sengaja nak aku masuk bilik dia. Otak aku dah mula sengal dengan pelbagai andaian yang melalut.

"Kotak warna ungu atas ni...mana? Puas aku cari, takde. Kau ada usik ke?"

Gulp! Aku dah start telan air liur. Lagi-lagi bila aku perasan mata dia tajam memandang ke arah aku. Macam mata samurai, beb! Takut aku. Tapi..apahal Zaydan marah sangat? Ke dia malu sebab bagi aku hadiah baju tidur tu?

"Err...err..." Kepala aku menunduk pandang lantai. Gerunlah pula nak menghadap muka dia sekarang.

"KAU SENTUH KOTAK TU KAN?"

"AKU TANYA NI, JAWABLAHHH!"

Terhenjut bahu aku dibuatnya. Bergema bilik itu dengan sergahan Zaydan. Rasa lemah segala sendi lutut aku nak berdiri. Nak berbalas pandangan apatah lagi.

"Ssa...saya t...tak sengaja..." 

"DAMN IT!" Cermin meja soleknya ditumbuk, sekuat hati. Berderai cermin kaca itu dibuatnya.

Mata aku spontan terpejam. Air mata aku dah mengalir laju. Tak sanggup rasanya tengok tangan dia yang dah berlumuran darah. Aku tak tahulah, tapi aku dapat rasa darah tu terpercik kat kaki aku.

"SEKARANG AKU TANYA KAU. MANA KOTAK TU HAH!"

Zaydan dah seperti dirasuk. Matanya pula langsung tak lepas dari pandang aku. Suara aku bagai tersekat di kerongkong. Tak mampu nak jawab soalan tu. Macam mana aku nak bagitahu dia nih? Air mata menitik lagi.

"BILA AKU TANYA, JANGAN DIAM!" Tangannya mencengkam pergelangan tangan aku. Kukunya pula sengaja ditekan kuat pada kulit. Gigi aku ketap menahan pedih.

"Saya dah bu...buang."

Pang! 

Telapak tangannya laju hinggap di pipi aku. Badan aku terdorong ke belakang beberapa tapak. Kepala aku pening, terasa hendak pitam. Dapat aku rasa ada cecair merah mengalir di tepi bibir. Zaydan mencengkam pula kedua-dua pipiku.

"KAU MEMANG PEREMPUAN TAK GUNA LAHHH! SIAL!" Serentak dengan itu, kepala aku ditolaknya sekuat hati.

Zaydan terus menapak keluar dari bilik dengan hempasan pintu yang kuat. Badanku yang lemah, perlahan-lahan melorot jatuh. Air mata terus mengalir tanpa henti. Tepi bibirku pula tidak henti berdenyut-denyut. Darah semakin laju membasahi tepi bibir.

Jujur, hati aku bertambah sakit sekarang. Aku tak rasa aku boleh tahan lagi dengan semua ni. Apa ada dalam kotak tu, sampai Zaydan sanggup buat macam ni?

Dhiat, tolong... Aku tak sanggup mencintai dia lagi...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro