06 ♥ YANG DISANGKA MATI, HIDUP
Keretapi berwap berhenti di perhentian stesen Kerajaan Brynmor. Daun-daun musim luruh bertebangan laju.
Ramai orang berpusu-pusu keluar.
Skyelar kemudian berdiri. Mana mungkin dirinya akan mendapat inspirasi dalam keadaan sibuk begini.
Mungkin dia harus pulang ke bilik pejabatnya dan sambung membuat lakaran dan juga bersiap sedia untuk mendengar bebelan daripada sahabatnya, Ahlvys.
Lelaki itu kemudian meredah di dalam kesesakkan orang ramai.
Kenapa terasa terganggu saat berjalan?
Hati Skyelar mula merungut. Terasa rimas sangat!
Semua orang main langgar-langgar bahunya. Memang kesilapan besar datang ke sini! Bukannya membawa sebarang ketenangan! Menyakitkan hati sahaja!
Entah kenapa tiba-tiba terasa terpanggil untuk ke sini pun dia tidak tahu.
Sedang dirinya berjalan tiba-tiba langkah Skyelar terhenti. Sesuatu telah menarik lengannya.
Siapa?
Perlahan-lahan Skyelar mengangkat lengannya. Pergelangan tangannya direnung. Sesuatu telah tersangkut pada jam tangannya.
Sehelai selendang milik seseorang.
"Maafkan saya, encik. Selendang saya."
Suara seorang gadis kedengran.
Skyelar tersentak. Biji mata lelaki itu terbuntang luas. Jantungnya mula berdegup kencang. Suara itu. Skyelar mengenali suara itu.
Pantas Skyelar menoleh.
Mear berdiri bertentangan dengan dirinya.
"Mear?"
Suara Skyelar tersangkut.
"Skyelar?"
Air mata Skyelar mengalir deras.
Gadis itu memanggil nama aku. Apa maksud semua ini? Bukankah Mear sudah mati? Tidak. Aku tak nak penjelasan buat masa ni. Apa yang aku nak hanyalah—
Terus Skyelar menghampiri Meariona dan mendakap tubuhnya. Erat. Mear turut membalas dakapan Skyelar.
Rindu terubat. Inilah keajaiban paling luar biasa pernah berlaku dalam hidupnya. Yang disangka mati, hidup.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro