Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03 ♥ KOT BEWARNA HITAM

"Berkabunglah..."

Ujar Millard dingin.

Satu perkataan itu telah membuatkan jantung Skyelar seolah-olah direntap kasar.

Berkabunglah...

Biji mata Skyelar terbuntang luas. Kini dirinya faham kenapa Millard telah melemparkan kot bewarna hitam itu terhadap dirinya.

Bibir Skyelar terkunci. Jiwanya kini diselubungi dengan kehibaan yang luar biasa.

Berkabunglah...

Jiwa dan hatinya bagaikan mati mendengar perkataan itu.

Ini bermakna Meariona sudah mati.

Perlahan-lahan air matanya mengalir. Namun, ia tidak kelihatan kerana air hujan telahpun membawa ia pergi.

Sang Gerimis.

Kenapa wahai sang gerimis.

Sang Gerimis yang telah membawa air mata berlalu pergi. Namun, ia tidak mampu membawa perasaan hiba dan sedih itu pergi. Ia akan kekal ada dalam jiwa.

Kekesalan ini tidak mampu dijelaskan.

Tanpa mempedulikan Skyelar, Millard kembali melangkah masuk ke dalam kereta api.  Millard hanya sekadar ingin singgah. Bukan ingin menjemputnya pulang ke Eplé.

Skyelar hanya terkedu memerhatikan Millard yang melangkah pergi begitu sahaja. Kereta api berwap perjalanan pergi dan balik. Ingin sahaja dirinya melangkah masuk dan menyertai perjalanan pulang ke Eplé itu.

Bibir Skyelar terketar-ketar cuba ingin menghalang. Bahkan seluruh tubuhnya terasa menggigil.

Skyelar cuba ingin melangkah. Cuba ingin menghalang pemergian Millard. Cuba ingin merayu agar membawa dirinya pergi sama.

Kereta api telahpun mula bergerak. Meninggalkan Kerajaan Brynmor. Bermakna telah pergi juga harapan.

"Mear-"

Suara Skyelar tersangkut.

Lelaki itu akhirnya menangis seorang diri ditimpa air hujan yang semakin lebat.

Biarkan. Biarkan sang gerimis menyembunyikan air matanya.

Dan biarkan dirinya menyembunyikan perasaan sedih dan hiba di dalam jiwanya. Namun, mampukah dirinya menyembunyikannya.

Lutut Skyelar akhirnya rebah di atas tanah.

Rebah bersama kekecewaan dan perasaan hiba.

Kot hitam yang sudahpun basah di atas tanah digenggam erat oleh jari-jemarinya yang terketar-ketar.

Wahai gerimis. Timpalah dunia ini. Timpalah diri aku juga dengan lebih lebat. Lenyapkanlah segala kesepian malam dengan bunyi gerimis menyentuh segalanya.

Aku tiada tempat lain ingin pergi dan meluahkan rasa hiba dan kesal ini. Aku terlalu lemah untuk meneruskan langkahku.

Sembunyikan air mata aku.
Sembunyikanlah air mata dan bawalah ia mengalir sama.

Wahai gerimis,
Turunlah dengan lebih lebat. Aku merayu.

Biarkan hanya bunyi gerimis  yang lebat kedengaran.

Tenggelamkan segala kesepian malam.
Tenggelamkanlah tangisan aku.

Aku hanya ingin meraung sekuat hati.

***This story is completed. You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro