Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01♥ GAGAL PULANG KE EPLÉ


Sukar.

Terlalu sukar baginya untuk tiba di Eplé dalam masa yang singkat.

Tiket ke Eplé yang kini ada di dalam genggamannya adalah tiket bertarikh sebulan daripada sekarang.

Wang emas yang banyak tidak mampu membantu dirinya untuk mendapatkan tiket dalam masa yang singkat. Tambahan pula kini adalah musim ribut petir sering melanda.

Apa yang lebih merungsingkan adalah kerana stesen kereta api Kerajaan Brynmor terbina di dalam hutan.

Ya, Stesen Brynmor berada di hujung Kerajaan Brynmor. Sepanjang landasannya pula akan meredah di dalam hutan.

Bagaimanakah sekiranya berlaku apa-apa malapetaka? Ia merbahaya.

Tetapi semua itu langsung tidak berada di dalam fikiran Skyelar. Dirinya nekad ingin pulang ke Eplé. Sebelum semuanya menjadi terlewat. Sebelum segalanya bertukar menjadi penyesalan yang hakiki.

Pelbagai rintangan dan kesukaran Skyelar sanggup tempuhi.

Dirinya telah berjumpa dengan pelbagai pihak memohon dan merayu agar benarkan dirinya untuk menaiki kereta api berwap menuju ke Eplé.

Sejumlah wang emas telah ditawarkan.Pelbagai tawaran telah disuarakan.Skyelar sungguh terdesak dan semuanya sia-sia.

Hatinya tidak henti-henti merintih. Memohon agar segala urusannya dipermudahkan.
Tiga hari sudahpun berlalu dan Skyelar masih gagal untuk tiba di Eplé.

Jelaslah, wang emas tidak membawa sebarang makna apabila Takdir menidakkannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro