9 💐
Rian yang telah sedar terus berlari keluar dari biliknya. Semua orang yang dihadapannya dilanggar begitu sahaja. Meskipun dia jatuh dia tetap bangkit semula lalu terus berlari. Bilik ayahandanya dituju. Tanpa ketukan dia terus menyerbu mengejutkan kedua ibu bapanya yang sedang berbual.
Tercungap cungap Rian di hadapan pintu bilik itu. Wajah ayahnya dipandangnya lama.
"Di bilik rawatan.." ujar ibunya seakan tahu jawapan untuk pandangan kosong anak sulung nya itu.
Tanpa berkata apa apa dia terus berlalu pergi ke bilik rawatan. Langkah nya sangat tergesa gesa. Nafasnya turun naik. Dia takut. Air matanya mengalir tanpa dia sedar.
Imbasan ketika dia menjumpai tubuh Rella yang terbaring kaku memenuhi fikirannya.
Setibanya di bilik rawatan, dia terus menerjah masuk. Satu susuk tubuh terbaring tidak sedarkan diri dilihatnya. Dia segera menghampiri gadis itu. Kelihatan, dada gadis itu turun naik bernafas.
Terjatuh terduduk dia di lantai sebelah katil Rella.
Doktor Shua yang melihat nya menghampiri. Bahu Rian ditepuknya perlahan.
"Dia masih hidup. Jangan risau."
Segera tubuh Rian dibantunya untuk naik duduk ke kerusi.
"Boleh aku tahu kenapa kau nampak risau sangat tentang gadis ni?" Soal Doktor Shua hairan.
Sebenarnya usia doktor Shua tidaklah terlalu tua. Malah dia hanya tua 6 tahun dari Rian. Disebabkan itulah bahasa mereka agak biasa. Kerana Rian juga mencegah dia memanggilnya dengan gelaran tuan.
Rian sekadar menggelengkan kepalanya. Dia tidak ingin berbicara sekarang. Doktor Shua yang memahami segera meminta izin untuk pergi dari situ meninggalkan Rian bersendirian bersama Rella yang masih terbaring.
Rian memandang wajah Rella yang masih tidak berubah seperti sebelum ini. Perasaan hiba mula menyelebungi dirinya. Dia kasihan. Mengapa gadis sebaik ini perlu ada nasib sebegini? Andailah dia dapat lakukan sesuatu untuk nasib Rella..
Tiba tiba matanya membesar. Dia seperti dapat memikirkan sesuatu.
"Mungkin boleh.. tapi kau kena sedar Rella."
*******************************
Hujan renyai diluar diperhatinya lama. Perasaan hiba mula hadir mengisi hati. Tanpa dia sedar, matanya mula berair namun sebelum butir mutiara jatuh dia laju menyeka. Pintu bilik yang diduduki nya diperhatinya sekilas. Risau kalau kalau ada yang melihat keadaan dirinya sekarang.
Dia cuba untuk bangun dari pembaringannya. Namun badannya lelah. Mungkin telah terlalu lama tidak bergerak? Entah, dia juga tidak tahu sudah berapa lama dia terlantar di situ.
Wayar yang berselirat disekitar tubuhnya diperhati lalu dicabut perlahan satu persatu. Tiub di tangannya dicabut lalu dilempar ke tepi. Dia cuba bangun dari baringnya lalu duduk di tepi katil. Rasa sakit di sekitar tubuhnya dibiarkan. Malas dia mahu melayan rasa sakitnya itu. Bukan dia tidak biasa.
Tangannya naik memegang kepalanya yang tiba tiba merasa pusing. Dia berfikir sejenak. dimana ini? Siapa yang telah menyelamatkannya?
Sebelum sempat otaknya berteka teki, pintu bilik itu tiba tiba terbuka lalu muncul seorang lelaki berkot putih. Wajahnya kelihatan terkejut apabila melihat wajah Rella yang bingung.
Tak menunggu lama, dia keluar semula dari bilik itu. Dia kembali bersama beberapa orang yang tidak Rella kenali. Kecuali seorang.
"Rian..?" Panggil Rella cuba mengenal pasti. Rasanya matanya tidak rabun lagi untuk tidak mengenali lelaki tersebut.
Dia sekadar membiarkan lelaki yang bername tag Shua itu memeriksa keadaan dirinya. Matanya masih tidak lekang memandang Rian meminta penjelasan. Dia kini pasti bahawa Rian telah menyelamatkan dirinya.
Rian datang berdiri di sebelahnya lalu mengenggam tangan kirinya kuat.
"Baguslah kau dah sedar. Lama aku tunggu." Rian tersenyum.
"Berapa lama aku tak sedar?" Soal Rella ingin tahu. Dia memandang doktor Shua sekilas namun berpaling semula menatap Rian.
"Hmm..351 hari? Mungkin." Ujar Rian sambil memandang doktor Shua. Doktor Shua mengiyakan kata kata Rian.
Rella terpegun seketika. " Hampir setahun?"
"Sewaktu tiba disini, keadaan cik sangat teruk dan parah. Tetapi cik tetap sembuh. Cuma, kecederaan cik tu mungkin yang menyebabkan cik tidak sedar selama itu." Jawab doktor Shua memberikan jawapan. Dia tidak dapat memberitahu bagaimana gadis itu telah sembuh kerana perkara itu dilakukan oleh tubuh gadis itu sendiri.
"Rian?" Panggil seseorang membuatkan semua mata terarah ke arah tuan empunya suara.
"Ouh, hampir terlupa. Perkenalkan, ayah dan ibu aku. Raja Shin dan Ratu Anna. Yang kecik molek ni adik aku, Zita. Dan kembar tu pula sepupu aku. Zack dan Zakuan. Ini doktor Shua. Orang yang bertanggungjawab memberikan kau rawatan. Kau patut berterima kasih pada dia." Rian memperkenalkan setiap mereka yang berada di situ.
Rella yang terkejut sekadar menganggukkan kepalanya lalu tunduk memandang lantai. Baru dia sedar yang ada orang lain juga di bilik tersebut. Dia jadi malu tiba tiba mengenangkan fizikal tubuhnya yang buruk itu. Tapi tidak dia sangka bahawa Rian merupakan anak raja. Eh? Kalau ibu bapanya disini ini bermaknaa..
"Kau bawa aku lari ke negara kau..?" Soal Rella sambil memandang Rian.
"Ini aje tempat selamat yang mampu aku fikirkan."
"Tak mengapa Rella. Kami berdua sangat mengalu alukan kehadiran kamu disini." Ucap si raja tersenyum.
"Salam berkenalan , raja..ratu.." sopan Rella memberikan tunduk hormat.
"Abang telah menceritakan semuanya kepada kami. Kalau kak Rella tak kesah, tinggal lah disini." Rita menarik tangan Rella secara tiba tiba. Dia berdiri bersebelahan dengan Rian.
"Err ..tapi.."
"Kau tinggal sini." Kata Rian mendatar.
Wajah Rella nampak bingung namun tak berapa minit dia menggangukkan kepalanya. Mungkin sedar, hanya disini sahajalah tempat dimana orang sudi bercakap dan berteman dengannya.
"Selamat berkenalan Rella." Ucap Zack seikhlas hati sambil menghulurkan tangannya ke Rella. Rella menyambutnya lambat lambat.
Perlahan lahan senyum kecil terukir dibibirnya. Namun segera dihapuskan agar tidak terlihat oleh sesiapa.
"Dan..aku ada sesuatu untuk dibincangkan." Rian menatap mata Rella tajam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro