8 💐
Istana kerajaan Red.
Beberapa lelaki dan perempuan yang sedang berlatih pedang di halaman istana bersorak riang.
Dua dulang yang berisi roti dan air dihantar oleh dayang kepada mereka. Mereka bersorak gembira kerana telah tiba waktu berehat. Mereka duduk di atas rumput sambil menjamu makanan mereka.
"Hebatlah kau Zita." Puji Zack merangkap sepupu kepada gadis bernama Zita.
"Baru tahu ke?" Bangga Zita mendabik dada. Dia tersenyum gembira. Roti disumbat kemulut lalu dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan.
"Tetap tak boleh kalahkann Rian." Ujar zakuan pula kembar kepada Zack.
Sebenarnya mereka sedang melatih Zita untuk mahir berlawan memandangkan dia telah berusia 15 tahun. Itu pun atas arahan pakcik mereka iaitu ayah kepada zita merangkap raja kerajaan itu.
"Memanglah, abangkan kuat." Balas Zita memuji Rian. Dia telah menghabiskan makanannya.
"Eh, laju betul makan?" Soal Zakuan apabila melihat Roti milik Zita telah habis.
"Haha mesti-"
Percakapannya terhenti apabila angin tiba tiba menyerbu laju melanggar mereka. Angin yang tiba tiba kencang membuatkan mereka bersiaga.
Sekumpulan debu tiba tiba muncul dihadapan mereka lalu membentuk manusia.
Seorang lelaki yang sedang memangku seorang gadis yang berlumuran darah diperhatikan mereka seketika. Setelah mengenal pasti, Zita bergerak laju mendapatkan mereka dihadapan nya.
"Rian..?" Duga Zakuan untuk seketika.
"Abang? Apa yang berlaku?" Zita memegang kedua dua bahu abangnya. Rian teresak perlahan. Dia meletakkan Rella di hadapannya sebelum dia jatuh terduduk.
Zack dan zakuan mampir ke arahnya. Lalu cuba menenangkannya. Zack memegang lengan Rella yang terkulai, cuba merasai nadinya. Beberapa detak nadi yang perlahan mengejutkannya.
"Gadis ni..hidup!"
****************************
Setelah berjaya menenangkan emosi Rian dan menidurkannya, si ratu bergerak menuju ke bilik rawatan khas diraja yang terdapat di dalam istana suaminya. Di dalam bilik itu terbaring seorang gadis yang dipenuhi wayar berselirat diseluruh tubuhnya.
Dikiri dan kanan katil terdapat raja Shin , Zita, Zakuan dan Zack.
"Sudah kenal pasti siapa gadis ini?" Soal ratu Ana memecahkan kesunyian. Dia memegang lengan suaminya lembut.
"Ikut daripada maklumat yang Zack dapat, perempuan ni dari kerajaan white. Nama dia Cindy Rella. Berumur 18 tahun dan hari ini merupakan hari kelahiran dia. Tapi identiti dia kosong. Hanya nama dan umur sahaja yang tertulis." Ujar Zack tanpa teragak agak. Dia memangku komputer ribanya sambil menekan nekan papan kekuncinya laju.
"Persilakan doktor." Aju raja Shin.
Doktor Shua menggangguk kan kepalanya perlahan tanda faham. Dia maju mendekati katil Rella.
"Melalui kesan luka ditubuhnya, didapati cik ini telah dipukul dan disebat menggunakan sesuatu objek tajam. Lukanya agak dalam. Lihat ini.." doktor Shua mengangkat selimut yang menutupi lengan Rella. Terdapat beberapa garisan panjang yang agak dalam sehingga mampu memperlihatkan tulangnya.
Menitis air mata Zita melihat keadaan si gadis. Ratu Anna pula menutup mulutnya menggunakan sebelah tapak tangannya.
"Terdapat tindihan luka disini. Bermaksud cik ini dilukai di tempat yang sama berulang kali." Dia menutup semula lengan itu menggunakan kain selimut.
Doktor itu maju pula ke kepala Rella.
"Dikepalanya juga terdapat bekas hentakan. Mungkin kepala nya dihentak ke benda keras ataupun dihentak oleh objek keras. Apa yang saya pasti, pelaku betul betul ingin membunuh cik ini." Ujar doktor itu sambil melihat si raja dan ratu.
"Wajahnya pula mengapa?" Soal Zita ingin tahu. Jari jemarinya naik membelai wajah gadis dihadapannya. Sedikit pun dia tidak takut untuk menyentuh.
"Itu tanda lahir yang kekal sejak dia dilahirkan. Begitu juga dengan bonggol yang terdapat di belakangnya." Jawab si doktor rapi.
Si ratu menggangguk perlahan. Sungguh derita apa yang dihadapi gadis dihadapannya.
"Mungkin apa yang dihadapinya disebabkan oleh fizikal tubuh badannya.." ucap Zakuan tiba tiba. Dia memeluk tubuh sambil matanya tak beralih memandang si gadis.
"Rian bagaimana?" Soal si Raja sambil memandang isterinya.
"Dia mungkin terkejut dengan apa yang dilihatnya. Mungkin gadis ini rakannya kan. Tapi tak apa, dinda sudah menidurkannya." Jawab si ratu sambil tersenyum.
Sang raja hanya mengangguk faham. Gadis di hadapannya dikerling nya seketika. Dia jatuh kasihan pada gadis itu.
"Selidik tentang kerajaan White. Beta perlu tahu apa yang terjadi pada gadis ini."
Sekarang, mereka hanya perlu tunggu sehingga Rian sedar untuk mengetahui jalan ceritanya.
*******************************
Sewaktu mereka semua berura ura mahu keluar dari bilik yang menempatkan Rella, satu cahaya biru tiba tiba muncul di telapak kakinya. Pergerakan mereka semua terus terhenti. Perasaan hairan dan ingin tahu mula memenuhi fikiran mereka.
Masing masing berada dalam posisi berdiri sambil menghadap ke arah Rella.
"Apa-"
Raja Shin meletakkan jari telunjuknya ke mulut Zita membuatkan Zita terdiam. Matanya masih tidak teralih daripada tubuh Rella.
Cahaya kebiruan mula bergerak dari kaki perlahan lahan ke seluruh tubuh Rella. Tubuh bercahaya Rella terangkat ke udara.
Tak sampai beberapa minit, tubuhnya yang bercahaya kembali turun ke katil. Lalu cahaya tersebut beransur ansur hilang sehingga menampakkan tubuh Rella yang kini telah sembuh tanpa sebarang luka. Semua yang berada di situ terkejut dengan fenomena ajaib yang berlaku di hadapan mata mereka.
"Air penyembuhan?" Soal Ratu Anna agak terkejut. Dia mampir mendekati Rella. Jari jemari Rella dipegangnya.
"Pelik..?" Zakuan agak hairan. Jari telunjuk dan ibu jarinya memegang dagu.
"Setahu beta, kuasa penyembuhan unsur hanya dewa sahaja yang memiliki. Tetapi..mengapa gadis ini juga mempunyai kuasa seperti ini?" Pertanyaan raja Shin mengejutkan semua di situ kecuali ratu Anna kerana dia juga telah mengetahui tentang perkara itu.
"Ada sesuatu tentang gadis ini..yang kita perlu cari tahu.." ujar ratu Anna perlahan namun jelas di pendengaran semua mereka disitu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro