6 💐
Selama tiga hari Rella menghuni rumah milik Rian. Selama tiga hari juga dia dilayan dengan baik oleh semua orang gaji di situ. Mereka langsung tidak mempedulikan tentang keburukan dirinya. Dia dianggap betul betul seperti tetamu.
Hari ini hari terakhir dia berada di situ kerana dia telah memberitahu kepada Rian yang dia perlu pulang ke rumah serta pergi belajar ke akademi seperti biasa. Sudah dua minggu dia tidak menghadirkan dirinya. Ah, bukan mereka peduli aku hadir atau tidak!
Dia juga langsung tidak memberitahu kepada Rian tentang identitinya kerana dia tahu itu tidak penting. Cukuplah Rian sudi menjadi sahabatnya. Sudah membuatnya gembira.
Semua orang gaji disitu amat sedih apabila dia mengatakan ingin pulang ke rumah. Mereka siap mempelawanya lagi untuk tinggal disitu dua tiga hari lagi. Namun Rella tetap Rella. Dia menolak dengan baik dan berjanji akan selalu melawat mereka selepas ini. Walaupun berat hati untuk melangkah, dia tetap pergi.
Dia keluar dari rumah Rian sewaktu Rian hadir ke akademi kerana dia takut Rian akan mempelawanya untuk dihantar pulang. Dia tidak mahu Rian tahu tentang dirinya.
Sepulangnya dia kerumah, pandangan jijik semua pengawal dan dayang diberikan kepadanya. Dia hanya tersenyum.
Sebaik sahaja kaki kanannya menapak menaiki satu anak tangga, rambutnya tiba tiba sahaja direntap dari belakang. Dia tertarik ke belakang sehingga jatuh ke lantai mozek. Dia duduk bersimpuh di lantai. Kulit kepalanya terasa sangat sakit.
"Kemana kau selama dua minggu ini?" Satu suara garau menengking tinggi. Rambut Rella dicengkam kuat.
"A..ayah.." menitis air mata Rella kerana diperlakukan sebegitu.
"Aku tanya, kau pergi mana?!" Soal Raja Alex tinggi. Tangannya masih kemas mencengkam rambut Rella. Sikit pun tiada belas kasihan buat anaknya itu.
"Dia pergi menyundal dengan jantanlah, apalagi? Dasar anak tak sedar diri." Ujar seseorang. Dia turun menuruni tangga dengan tertib. Sebaik tiba di anak tangga ketiga terakhir dia berhenti. Wajah Rella dipandangnya meluat.
"Ma..mana ..a..adaa.. R..rellaa-"
"Diam!" Tengking Raja Alex. Wajah Rella ditamparnya kuat.
Rella mengetap gigi menahan kesakitan. Pipinya yang ditampar mula memerah. Air mata semakin deras mengalir. Kedua tangannya naik menyentuh tangan ayahnya yang masih memegang rambutnya.
"Ke..kesian..kan..Rell..Rella..a..ayah-"
"Kau tak layak! Kau sudah malukan keluarga ini! Selama dua minggu kau menyundal dengan budak miskin tu sekarang kenapa kau balik?!" Soal permaisuri Eina angkuh. Dia masih berdiri di tempatnya.
"Apa maksud dinda?" Soal Raya Alex lembut. Agak berbeza sewaktu berbicara dengan Rella. Rella semakin terasa hati.
"T..takk..a..apa makcik..mengarut..?" Soal Rella perlahan. Dia memandang wajah ibu tirinya sayu. Kenapa..?
"Kau kan perempuan sundal? Jadi tak ada apa pun yang mengarut dari kata kata bonda aku tu. Mengaku ajelah. Kenapa susah sangat?" Brina yang baru sahaja pulang dari akademi menyampuk. Dia berjalan menuju ke sofa lalu melabuhkan punggungnya di situ. Kakinya disilangkan. Begnya dicampak ke sebelahnya. Dia mengambil buah epal di dalam bakul yang berada di atas meja lalu mengunyahnya perlahan. Matanya masih memandang ke arah Rella.
"Kalau ayah nak tahu, anak kesayangan ayah ni pergi keluar dengan budak lelaki akademi. Bermalam rumah lelaki itu pulak tu. Tak reti malu! Sudah puas baru mahu pulang. Heh! Menyampah! Sudahlah hodoh! Tidak sedar diri!" Menyumpah Brina kepada Rella. Dia menjeling Rella tajam.
Rella yang mendengar hanya mengetap gigi.
Kenapa..?
"Kau...dasar anak tak sedar diri! Aku bela kau sampai kau besar! Aku jaga kau! Ini yang kau balas?! Kau sedar tak kau anak siapa? Kau sedar tak?" Ayahnya mula berang lalu menampar pipi Rella berulang kali. Rella hanya mampu menangis.
"Dia memang tak pernah sedar diri!" Tambah permaisuri Eina lagi. Dia puas melihat suaminya memperlakukan Rella sebegitu. Dibibirnya terselit senyuman sinis.
"Kalau aku tahu macam ini perangai engkau, waktu kau lahir lagi aku pijak kau sampai kau mati! Dasar anak takguna!" Maki Raja Alex tanpa teragak agak. Kemarahan menguasai dirinya. Tubuh Rella dipijak tendang oleh nya.
Kenapa nasib aku begini?
"Patut kau mati dengan mak kau!"
Kenapaa??
Raja Alex menarik rambut Rella lalu menyeretnya ke tangga. Tubuh Alexa berdarah apabila dia diseret naik ke atas.
Rella meraung kesakitan meminta dilepaskan namun dihiraukan oleh ayahnya. Dia diseret sehingga tiba di hadapan biliknya. Pintu bilik ditendang
kuat. Sejurus itu tubuhnya dilempar ke tepi katil. Rella menangis teresak esak. Tubuhnya sakit.
Kenapa begini..?
Raja Alex keluar dari bilik itu lalu menuju ke biliknya. Sebaik mengambil apa yang diinginnya, dia terus kembali ke bilik Rella. Pintu ditutup rapat dengan kuat.
Rella yang nampak dengan jelas apa yang dipegang ayahnya mula menyeret tubuhnya ke belakang.
"Takk..ayahhh!" Sayu Rella memohon. Dia menggelengkan kepalanya berkali kali.
"Kau patut mati!" Jerkah Raja Alex lalu terus melibas cepati ke tubuh Rella.
Kenapaaaaaaaaaa??????
Rella meraung kuat. Tubuhnya menggelupur apabila disebat berkali kali oleh cepati itu. Badannya mula dipenuhi lebih banyak darah namun itu tidak dapat menghentikan perbuatan Raja Alex kepada dirinya.
Manakala permaisuri Eina dan anaknya bersorak gembira atas kemenangan mereka. Jeritan Rella umpama muzik yang mampu menenangkan fikiran mereka. Semua pengawal dan dayang hanya mampu diam menikus walaupun dalam hati juga terbit perasaan puas atas apa yang menimpa Rella.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro