Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 💐

Kelas pertama telah berakhir dan hanya diisi dengan memperlekehkan dirinya. Kelas kedua pula ialah kelas melatih unsur untuk bertambah kuat. Selama tiga tahun dia telah belajar cara menggunakan kuasanya dan semua sihir yang ada. Jadi untuk tahun yang terakhir mereka hanya akan diajar untuk bertambah kuat dan menguatkan unsur.

Kini mereka berada di dalam arena. Semua orang dibenarkan berpasangan namun tidak dirinya. Tiada sesiapa pun yang sudi menjadi pasangannya. Jadi terpaksalah dia berlatih bersendirian. Sebenarnya tak pernah ad sesiapa pun yang ingin berkawan atau berpasangan dengannya sejak dari tahun pertama lagi.

Dia tidak gundah namun tetap bersemangat. Dia berdiri di sudut arena jauh dari semua orang. Dia mula mengeluarkan kuasanya tanpa disedari sesiapa pun.

Tanah tempat dia berdiri mula bergegar perlahan. Dia meletakkan tangannya ke hadapan. Kuasanya cuba difokuskan ke arah tapak tangannya. Tak sampai beberapa saat, satu gumpalan tanah naik lalu berubah ke bentuk petak menuju ke tapak tangannya.

Dia tersenyum lembut. Gembira kerana dia telah mampu membuat satu gumpalan tanah berubah bentuk.

"Wauu, happy eh?" Satu suara tiba tiba memecahkan kesunyiannya.

Bongkah tanah yang dibuatnya jatuh ke tanah lalu hancur menjadi serpihan serpihan tanah. Dia terkejut kerana tiba tiba disergah sebegitu. Empunya badan dilihatnya. Dia terundur beberapa langkah ke belakang.

"Bongkah tu je kau mampu bina? Lihat ni." Si lelaki itu menapak mendekatinya lalu menggunakan kuasa tanah nya untuk membina Sebuah golem tanah yang agak besar.

Rella terkedu dengan kekuatan si lelaki. Setelah menunjukkan kuasanya, golem yang terbina tadi hancur perlahan lahan menjadi debu. Si lelaki menghulurkan tangannya ke arah Rella.

Rella yang agak terkejut menapak beberapa langkah ke belakang.

"Aku Rian." Ujar Rian sambil tersenyum ikhlas.

Siapa dia ini? Tak pernah dilihat di mana mana.

"Aku dari kerajaan Blue. Aku masih baru disini." Perkenalan dari Rian sedikit sebanyak membuatkan Rella maju. Dia menyambut tangan Rian perlahan.

Keterlambatan dirinya hadir ke kelas menyebabkan dia tidak tahu menahu tentang kewujudan Rian.

"Kau tak jijik..?" Soal Rella agak perlahan namun masih jelas di pendengaran Rian.

"Kenapa? Sebab semua orang hina kau aku kena jauhkan diri dari kau ke?" Soal Rian ingin tahu. Bukan dia tidak tahu tentang Rella yang tidak disukai oleh teman sekelasnya. Dia dengan jelas dengar apa yang diperkatakan mereka semua kepada Rella. Rakan di sebelah tempat duduknya jugak ada memberikan amaran agar jangan dekat dengan si Rella. Namun apa dia peduli?

"Aku..hodoh.." Rella menundukkan kepalanya kerana malu dan sebak.

"Kalau itu yang kau fikir.. tak apalah. Apa apa pun, cari aku kalau perlu." Ujar Rian. Dia mengusap kepala Rella perlahan sebelum pergi meninggalkan Rella yang masih terpinga pinga disitu.

Dia memegang kepalanya yang disentuh Rian. Untuk kedua kalinya.. ada orang yang mengusap kepalanya seperti itu selepas ayahnya.

Belakang tubuh Rian diperhatikannya lama sebelum tubuh itu hilang di sebalik rakan rakan sekelasnya yang lain.





*********************




Untuk mata pelajaran yang ketiga iaitu mata pelajaran terakhir sebelum mereka pulang, mereka perlu berlawan antara satu sama lain di dalam arena.

Setiap orang perlu berlawan bersama pasangannya antara satu sama lain. Pihak yang menang akan berlawan dengan pihak lain yang menang sehinggalah hanya seorang sahaja yang menang.

Rella sekadar memerhatikan seorang demi seorang rakan sekelas nya maju ke arena. Sehinggalah masuk ke gilirannya, dia bangkit lalu berjalan masuk ke arena. Entah siapalah lawannya yang agak bertuah itu.

Itu dia, mia. Gadis berambut biru si penguasa angin. Tidak dia sangka lawannya ialah si ratu kelas memandangkan dia mempunyai paras rupa dan badan yang agak cantik. Menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki di akademi itu.

"Buuuuuuuuuuuuuuu!!!!" Sorakan diberikan oleh rakan sekelasnya kepada dirinya.

Dia agak malu untuk mengangkat wajahnya. Kini dia berdiri tidak jauh dari Mia.

"Dalam banyak banyak orang, kenapa ye kau yang jadi lawan aku?" Soal Mia agak kesal. Dalam diam dia mengaktifkan kuasa anginnya. Di sekelilingnya muncul pusaran angin menerbangkan tanah.

Rella yang melihat kelihatan gusar. Dia tahu kuasanya tidak setanding Mia. Tapi, dia tetap perlu berlawan.

Dia mengendahkan pertanyaan Mia lantas cuba fokus pada kuasanya. Namun tak sampai beberapa saat, dia jatuh terpelanting ke belakang impak kuasa angin Mia. Dia jatuh tertiarap di atas tanah.

"Lemah!" Mia meludah muka Rella. Belakang tubuh Rella dipijak nya kuat.

Rella cuba melawan. Satu gumpalan tanah tiba tiba muncul lalu menghentam belakang Mia menyebabkan dia terjatuh di sebelah Rella. Sepantas kilat Rella bangkit namun kakinya tiba tiba tidak dapat bergerak. Sebaik menoleh dia mendapati Mia telah menggunakan kuasa anginnya untuk menahan langkah Rella.

"Dasar!" Mia bangkit lalu menggunakan kekuatan untuk melempar Rella sehingga tercampak ke dinding. Terdapat rekahan di sekeliling Rella menunjukkan impak balingannya sangat kuat.

"Ergg.." Rella mengerang kesakitan. Tubuhnya mula sakit sakit. Air mata keluar dari tubir matanya.

"Huh, baru sikit." Ujar Mia lalu menggunakan kuasa angin untuk menarik tubuh Rella menuju ke arahnya. Dia mengaktifkan jarum angin tanpa sesiapa ketahui kerana jarum anginnya sangat halus dan tidak kelihatan oleh mata kasar. Sebaik Rella tiba dihadapannya, dia terus menerbangkan kesemua jarum angin nya ke arah Rella. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

Tubuh Rella mula mengeluarkan darah dari setiap tempat mengejutkan semua orang kecuali Mia. Namun tindakan Mia itu langsung tidak dicegah oleh sesiapa pun termasuk guru mereka.

"Rella! Sir! Badan dia penuh darah!" Rian mula bersuara. Dia bangkit dari duduknya secara mengejut. Namun kata-katanya dihiraukan.

Mia yang masih tidak berpuas hati mula mengeluarkan lebih banyak jarum. Terus dibalingnya tepat menusuk ke tubuh Rella. Rella mengerang kesakitan. Tubuhnya dicampak ke tanah oleh Mia. Tak sempat dia meneruskan aksinya, tanah disekelilingnya mula bergegar hebat. 

Tubuh Mia tiba tiba dilonjak oleh sebuah tanah ke atas sehingga dia terkapai kapai diudara. Namun tak berapa jauh dia terpelanting, segumpal tanah besar mwnuju laju ke arahnya terus menghempap dirinya dari atas. Mia melawan dengan menggunakan perisai angin untuk melindungi dirinya.

Serangan itu patah lalu Mia mendarat ke tanah dengan kedua kakinya rapi. Dia memandang Rella, berfikir bahawa serangan mengejut tadi dibuat oleh Rella. Sebelum sempat dia melakukan serangan balas, satu suara mengganggu fokusnya.

"Berhenti! Jangan kau sentuh dia!!" Garang satu suara memarahinya. Namun suara itu bukan datang dari gurunya tetapi oleh sibudak baru hot itu!

Rian turun dari pada kerusi penonton lalu meluru laju ke arah Rella. Tubuh Rella yang dipenuhi darah sangat menyayat hatinya. Sampai hati Mia memperlakukan gadis itu seperti ini. Jarinya turun ke hidung Rella cuba mencari nafas. Dia menghela kelegaan apabila merasakan hembusan nafas Rella yang agak perlahan.

"Kau! Melampau! Kau cuba untuk bunuh dia ke apa??!" Marah Rian sambil menatap wajah Mia. jari telunjuknya menunjuk tepat ke wajah Mia. Wajahnya kemerahan kerana terlalu marah. Sudahlah hari pertama belajar disitu. Melihat pula sifat tidak berkeperimanusiaan manusia manusia di kelas nya itu. Setahunya ini kelas untuk mencari pemenang dengan hanya menjatuhkan pihak lawan ke tanah, bukan kelas untuk membunuh!

Mia hanya menjelingnya sekilas. "Sir sendiri tidak halang apa yang aku lakukan. Lagipun memang layak di-"

"Diam!!" Bentak Rian kasar. Mia menatapnya tajam.

"Kenapa kau membela dia? Dia sudahlah hodoh, buruk pula tu. Patutnya kau bela aku!" Ujar Mia memberontak. Dia tidak peduli tentang kecederaan yang dihadapi Rella. Apa yang dia ingin tahu, kenapa lelaki di hadapannya ini lebih tertarik kepada si hodoh itu.

Semua yang lain sekadar mendiamkan diri. Sedikit pun tidak terasa ingin menghentikan apa yang berlaku sebaliknya mereka juga merasa puas atas apa yang menimpa Rella.

"Kerja bagus, Mia." Ucap pengajar mereka sambil menepuk bahu Mia perlahan.

Melihatkan itu membuatkan Rian mengetap gigi kegeraman. Tanpa mempedulikan mereka semua, dia terus mendukung Rella secara Bridal style lalu menghilang apabila tanah di sekeliling tubuhnya naik menutupi tubuhnya dan Rella.

Semua yang terpegun.

Siapa Rian ini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro