Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 💐

Prangg!!

Sebuah pasu antik pecah berderai sebaik sahaja mencium lantai mozek. Semua yang menyaksikannya terkedu diam tak terkata. Pasu itu merupakan pasu kesayangan sang permaisuri. Maka, orang yang menjadi punca perpecahan serpihan serpihan kaca tersebut bakal menerima impak yang dasyat.

Satu senyuman sinis terlakar di bibir mungil si gadis berambut brown. Dia duduk menyilangkan kaki di sofa. Tangannya memeluk tubuh.

"Sekarang pijak." Arah si gadis kepada si adik.

"Kenapa kau buat macam ni?" Soal Rella agak dingin. Sikit pun dia tidak takut untuk bertentang mata dengan si kakak.

"Haih engkau ni. Aku cakap pijak tu pijak ajelah! Pekak ke??!" Lantang Brina mengarah. Badannya sedikit ke hadapan kerana marah. Tangan kiri dan kanannya mencengkam kuat sofa. Dia marah kerana Rella tidak melakukan apa yang disuruhnya.

Satu sengih sinis terukir di bibir Rella tanpa dia sedari. Letih! Ya dia sudah lali dengan perangai si Brina yang tidak habis ingin menyakitinya.

"Kau!! Berani kau ingkar arahan aku!" Marah Brina. Jari telunjuknya naik mengarah ke muka Rella. Ketika itu jugalah satu arus api keluar lalu menyambar tubuh Rella.

Dia yang menyedarinya langsung tidak mengelak. Dia hanya membiarkan sahaja tubuhnya cedera dimakan api milik Brina. Ya, Brina merupakan penguasa api.

Baginya Brina lebih layak memegang gelaran si puteri berbanding dirinya. Brina memiliki wajah dan tubuh yang menarik. Dia juga mempunyai kuasa yang hebat.

Dibezakan dengannya, Rella memiliki bonggol di belakang badannya sejak dia dilahirkan lagi. Wajahnya tidak cantik. Terdapat tanda lahir yang agak besar di separuh wajahnya berwarna hitam. Jauh benar perbezaan mereka berdua.

Dia juga tidak tahu mengapa dia dilahirkan begitu. Sedangkan ibunya bukan lah seorang yang buruk melalui gambar yang ditunjukkan ayahandanya. Ibunya sangat cantik dan memiliki kuasa air. Ayahnya pula penguasa tanah. Cuma dia.. ah dia tidak mahu mengungkit tentang kuasa yang dimilikinya.

Tiba tiba bahunya ditolak seorang pengawal. Tubuhnya ditolak menghampiri tempat pasu yang pecah. Dia tidak melawan sekadar membiarkan dirinya dijahili.

"Pastikan kaki dia pijak kaca tu semua!" Arah Brina agak jahat. "Dasar makhluk hodoh! Sedar sikit kau tu tak layak ada dekat sini! Sampah!" Maki Brina tanpa segan silu. Hatinya puas memperlakukan Rella seperti itu.

Sebaik tiba di tempat pasu pecah, Rella diangkat lalu kakinya dibiarkan memijak serpihan serpihan kaca pasu. Darah merah mula mengalir membasahi lantai. Namun sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Rella. Dia sudah lali disakiti.

Brina bangkit dari duduk lalu berjalan mendekati Rella. Dia berdiri di belakang Rella.

"Ini baru sikit.." bisiknya perlahan di pendengaran Rella lantas terus bergerak ke arah pintu utama untuk ke akademi.

Sebaik bayang Brina hilang dari sebalik pintu, Pengawal dan dayang yang ada juga turut bersurai. Mereka mengerling ke arah Rella bersama senyuman sinis di bibir sebelum pergi. Puas dengan apa yang dilihat dan disaksikan.

Rella mengetap gigi kegeraman. Terjengket jengket dia melangkah ke dapur untuk membersihkan lukanya. Dia duduk di kerusi meja makan sambil memerhatikan sekelilingnya. Sebaik memastikan tiada sesiapa di sana, dia memandang tapak kakinya yang berdarah.

Tiba tiba kakinya diselaputi air yang entah muncul dari pada mana menyembuhkan lukanya. Sekelip mata kakinya kembali seperti sedia kala tanpa sebarang parut.

Dia menaikkan tangannya menyentuh perutnya. Satu gelombang air keluar lalu menyelaputi bahagian perutnya yang cedera teruk. Dia tersenyum kosong.

"Gembira ada kau, air."





**************************


Rella berjalan laju memasuki perkarangan akademi. Ketika itu tiada sesiapa lagi yang berada di situ. Senyap dan sunyi. Kerana semua telah bergerak masuk ke kelas masing masing memandangkan jam telah menunjukkan jam 9.30 pagi. Hanya dia sahaja yang lambat. Kalaulah dia tidak diganggu Brina sebentar tadi, tidaklah dia bakal lambat.

Sudahlah dia hanya berjalan kaki untuk ke akademi. Jarak akademi dan istana nya jugak agak jauh. Tidak seperti Brina, dilayan seperti anak raja. Dia ke akademi menaiki kereta yang diberikan khas untuknya. Sangat beruntung!

Rella tercungap cungap menahan nafas. Sebaik sahaja tiba di depan kelasnya, dia berhenti seketika untuk menstabilkan nafasnya. Setelah itu barulah dia mengetuk pintu lalu menolaknya ke tepi.

Kini semua mata memandangnya. Dia hanya menunduk diam.

"Again?" Soal si pengajar kasar. "Hari pertama akademi pun buat hal? Kalau beginilah perangai kamu, jangan datang akademi ini lagi. Akademi ni tak perlu kan seseorang seperti kamu!" Kasar puan Sina menegur. Baginya gadis itu memang layak diperlakukan sebegini. Hampir setiap hari gadis itu terlambat hadir kelas pada tahun sebelum ini. Masakan dia tidak marah?

"Maafkan saya puan." Ujar Rella tanpa mempedulikan kata kata pengajarnya itu. Hampir setiap hari dia diperlakukan begitu. Jadi dia langsung tidak peduli lagi. Yang dia tahu, dia perlu belajar untuk hidup.

Tanpa menghiraukan kata kata puan Sina, dia terus bergerak ke tempat duduknya di baris belakang sekali di penjuru kelas. Dia amat tersisih kerana tiada sesiapa pun yang ingin duduk bersama nya.

'sabar hati..'







***************************


"Berbalik pada perbincangan kita tadi, saya yakin semua disini telah mampu menggunakan kuasa kamu dengan sempurna..."

"Ops, bukan semua laa puan." Ujar satu suara secara tiba tiba memotong kata puan Sina. Gadis itu duduk di baris kedua kelas. Dia meletakkan tapak tangannya menutup mulut sambil tergelak kecil. Begitu juga dengan rakan rakan di sebelahnya.

"Sudahlah hodoh, lemah lagi!" Sambung suara yang lain. Kini satu kelas ketawa. Ada juga mata mata yang melirik ke belakang kelas. Ingin melihat reaksi orang yang di hina mereka. Namun hampa kerana Rella nampak kusyuk membaca buku tanpa mempedulikan kenyataan yang mereka katakan.

Namun sebenarnya, Rella mendengar sangat jelas apa yang diperkatakan rakan sekelasnya itu. Dia agak terasa namun buat buat tidak peduli. Dia tidak boleh nampak lemah. Dia takut sekiranya dia mengambil peduli, mereka akan makin menjadi jadi.

Tiba tiba satu gumpalan kertas mengenai dahinya. Dia menyapu dahinya perlahan. Dia menunduk menahan rasa.

"Hahahhahaha, padan muka kauu!" Kata salah seorang pelajar lelaki sambil tergelak besar. Rakan rakannya yang lain juga ikut sama termasuk puan Sina.

Akademi apa ini?

Hari pertama sudah dilayan sebegini.. macam mana aku nak lalui hari hari yang bakal mendatang?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro