18 💐
Pengawal istana kerajaan White mula mengepung Edward. Masing masing menghunuskan pedang ke arahnya. Dia tergelak kecil.
"Mana Edward?!" Jerit Ratu Melisa marah. Dia terus berdiri cuba mendekati Si lelaki yang menyamar namun dihalang oleh ratu Eina. Dia memegang bahu ratu Melisa erat.
"Hmm.. kejap aku fikir.." ujar lelaki itu sambil memegang dagunya. Matanya melorot ke atas. Tak lama kemudian dia tersenyum. "Dekat dapur istana kut. Mungkin tukang masak korang tengah goreng dia?" Jawab lelaki itu sambil tergelak.
"Kau-"
Tak sempat ratu Melisa membalas, satu bebola api tiba tiba terbang mengenai perutnya menyebabkan dia terpelanting ke belakang. Malah, ratu Eina yang berada di sebelahnya juga turut terlempar akibat impak tolakan yang kuat. Mereka sama sama terhempas ke dinding. Retakan kecil di dinding tercipta. Ratu Melisa dan ratu Eina jatuh ke lantai lalu pengsan.
"Bising." Kata lelaki itu. Tangan kanannya yang terjulur ke hadapan ditiupnya perlahan. Dia menarik sesuatu dari wajahnya. Wajah palsu dilempar ke tanah. Maka, terlihatlah seorang lelaki yang dipenuhi parut.
"Pengawal, tangkap dia!" Arah raja Alex. Dia telah berdiri untuk pergi mendapatkan isterinya dan Ratu Melisa.
"Jangan ganggu kerja aku." Ujar lelaki itu lalu beberapa jarum kecil berupa api muncul terbang ke arah setiap pengawal yang cuba menyerangnya. Satu demi satu pengawal jatuh lalu mati.
Seorang pengawal cuba menggunakan unsur airnya untuk menyerang lelaki itu namun hampa kerana kuasanya tidak dapat dikeluarkan. Dia memandang lelaki berkuasa api itu dengan perasaan terkejut.
Jarum api yang banyak terbang ke arahnya lalu menembusi dirinya membuatkan dia mati disitu dengan mata terbeliak.
Tetamu yang ada mula melarikan diri dari dewan itu.
Lelaki itu mula memulakan langkah mengejar langkah sang raja. Dia membuat tombak daripada api lalu melempar ke belakang raja itu. Namun serangannya berjaya dielak. Sebuah dinding tanah muncul melindungi tubuh raja itu.
Raja Alex membangunkan golem tanah miliknya. Golem itu terus menuju ke arah Lelaki itu. Sekali tetakan menggunakan pedang api, golem itu hancur berkecai. Raja Alex tercengang dengan kekuatan lelaki itu. Namun dia tidak menyerah. Dia memunculkan beberapa tanah naik ke udara lalu melemparkan semua nya laju meluru ke arah lelaki itu.
Lelaki itu cuba mengelak satu persatu. Namun disebabkan kelajuan tanah itu menyebabkan dia dirempuh. Dia terpelanting ke belakang. Debu debu tanah berterbangan apabila tanah yang mengenai tubuhnya hancur. Dia jatuh ke lamtai tetapi sempat menongkat tubuhnya menggunakan sebelah lututnya.
Darah merah yang mengalir di hujung bibir diseka kasar. Sengih kecil tercipta.
"Boleh tahan." Puji dia kepada raja Alex.
Raja Alex yang melihat serangannya mengenai lelaki itu terus bergerak mendapatkan isterinya. Bahu ratu Eina ditolak perlahan cuba menyedarkannya.
"Brina..?" Soal ratu Eina selepas terjaga dari pengsannya.
"Brina ad-" kata kata raja Alex terhenti apabila melihat tubuh Brina yang terbaring di hadapan pentas telah hilang. Hanya darah merah sahaja yang kelihatan.
Dia memerhatikan sekelilingnya. Lalu menyedari lelaki berparut itu juga telah hilang. Bermakna, lelaki itu telah melarikan Brina!
"Ah, takguna!" Jerit raja Alex kuat. Disisinya, ratu Eina yang menyedari kehilangan putrinya menangis teresak esak. Manakala ratu Melisa masih tidak sedarkan diri.
Kawasan dewan itu kini hanya dipenuhi darah. Sebahagiannya juga telah hancur. Debu debu tanah banyak berterbangan di semua arah. Raja Alex memeluk ratu Eina cuba menenangkannya.
"Beta akan cari Brina. Beta akan bunuh si durjana itu!"
*************************************
Hai guys. Hmm i think story ni mungkin akan tertunggak sikit sebab sis dah nak mula kerja. Banyak kerja sis yang tertunggak 😭 omg! I stress.
Sis punya homework pun banyak tak disiapkan lagi. Then teacher sis only give 2 week untuk siapkan kerja yang ada. Arhh. Dengan kerja lagiii. Study lagiiii 😥
But i akan cuba update story ni kalau ad masa lapang. Please faham condition saya. 🙏 Tq untuk yang memahami 💐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro