17 💐
Perkahwinan putera mahkota kerajaan Blue dan puteri mahkota kerajaan White bakal berlangsung sebentar lagi. Ketika ini, puteri Brina yang telah siap didandankan kehulu kehilir seperti kematian anak di dalam biliknya. Dia telah memakai sepasang gaun berwarna putih yang agak cantik. Di hujung kainnya terdapat beberapa bentuk bunga mawar putih melambangkan kerajaan White. Manakala di keseluruhan gaunnya, terdapat butir butir berlian yang berkilauan cantik.
Di kepalanya terdapat mahkota yang melambangkan dirinya sebagai seorang puteri mahkota kerajaan itu. Namun, wajahnya tidak menggambar kan kegembiraan sebaliknya kegusaran.
Kelibat Cruela yang menghilang sejak semalam agak merisaukan dirinya. Tidak pernah pernah Cruela menjauh darinya selama itu. Paling tidak pun sekadar dua tiga jam mereka tidak bersama. Tetapi, sejak pagi semalam selepas dia memberitahu ingin membaca di perpustakaan, dirinya langsung tidak kelihatan.
Dia telah menggesa pengawal pengawalnya untuk mencari Cruela di sana namun bayangnya langsung tidak dapat ditemui. Hanya bahan bacaan nya sahaja yang kelihatan di atas meja. Malah, pengawal perpustakaan juga tidak dapat ditemui.
Kehilangan mereka sangat mengganggu fikirannya.
"Kamu sudah bersedia?" Soal ratu Eina. Dia muncul dari sebalik pintu. Dirinya juga sudah lengkap berhias untuk menghadiri upacara perkahwinan anak kesayangannya.
"Ibu.." Brina terus menerpa ke arah Ratu Eina. Wajahnya kelihatan sangat runsing.
"Kenapa ni?" Ratu Eina memegang kedua dua belah bahu Brina. Wajahnya kelihatan hairan.
"Cruela..hilang dari semalam." Adu Brina. Wajahnya terselit kerisauan.
Mendengar itu, wajah ratu Eina tersenyum. Fikirkan apa lah tadi. Cruela rupanya.
"Jangan risau, mungkin Cruela sekarang sedang menyendiri memandangkan sahabat baiknya bakal bersuami sebentar lagi. Cuba Brina fikir, selepas bersuami, semestinya Brina akan berpisah dengan Cruela. Brina akan mengikut suami Brina ke kerajaannya. Semestinya Cruela akan bersedih." Pujuk Ratu Eina ingin menyedapkan hati Brina. Bahu Brina dipeluknya rapi.
"Tapi-"
"Sudah. Jangan fikir bukan bukan. Cruela ada sahaja. "Pujuk ibunya lagi.
Brina yang mulai terpujuk mengangguk kepalanya perlahan. Pelukan ibunya dibalas.
*******************************
Puteri Brina berdiri betul betul di hadapan pintu dewan. Di sebelahnya berdiri raja Alex. Puteri Brina memaut lengan ayahandanya erat. Wajah ayahnya dipandang bersama senyuman manis.
"Sedia?" Soal Raja Alex.
"Sedia." Jawab Brina yakin.
Pintu dewan dibuka seluasnya apabila raja Alex menganggukkan kepalanya kepada pengawal yang menjaga pintu tersebut.
Kini semua mata tertumpu ke arah mereka. Kebanyakkan tetamunya datang dari kerabat kerabat diraja. Selain itu, terdapat juga rakyat rakyatnya yang telah dijemput.
Perlahan lahan raja alex dan puteri Brina melangkah masuk ke dalam dewan melusuri orang ramai yang masih memandang mereka. Di telapak kaki mereka jelas terdampar karpet biru dihiasi bunga bunga yang kelihatan sangat cantik.
Mata Brina memandang kehadapan. Matanya terpaku pada seseorang iaitu putera Edward yang sedang tersenyum kepadanya. Melihatnya, senyumannya semakin melebar.
Setelah tiba di hadapan putera Edward, raja alex melepaskan tangan Puteri Brina lalu membiarkan puteri Brina memaut lengan putera Edward. Lalu dia berdiri tidak jauh dari mereka.
Kemudian mereka meneruskan langkah menuju ke atas pentas. Kelihatan seorang paderi telah menunggu mereka disitu.
"Saya tak sangka..kita akan disatukan sekejap lagi." Tutur Puteri Brina perlahan. Namun cukup dapat didengari putera Edward. Putera Edward sekadar tersenyum. Matanya masih memandang ke hadapan.
"Aku pun tak sangka.." edward berkata perlahan. Tiba tiba wajahnya mendekati telinga Brina. Brina yang terkejut terus merona merah wajahnya.
Namun suara Edward yang agak berlainan menghairankan dirinya. Dia menoleh seketika ke arah Edward.
"Kau akan mati hari ni." Ucap Edward berbisik di pendengaran Brina.
Brina yang terkejut tidak sempat berbuat apa apa apabila perutnya tiba tiba terasa sakit yang amat sangat. Malah, kesemua yang berada di dewan itu juga turut terkejut dengan apa yang mereka lihat.
"Edwardd!!!!" Jerit ratu Melisa. Dia kini telah berdiri diikuti mereka yang lain. Sungguh dia terluka dengan tindakan Edward yang telah menikam Brina.
Brina yang kesakitan jatuh ke lantai. Dia mengerang kesakitan.
"Edward?" Soal 'Edward' sambil tersengih sinis menampakkan gigi gigi nya yang tajam.
Suara Edward yang telah berubah lain menyebabkan Ratu Melisa terdiam. Dia seperti berfikir seketika. Wajahnya berkerut kerut.
Tubuh Brina yang terbaring didekati Raja Alex. Wajahnya kegeraman. "Kau!!" Jari telunjuknya naik menunjuk ke arah Edward. Namun Edward hanya membalas dengan ketawa panjang.
"Hahahahahahaha."
"Dia.." tubuh Ratu Melisa hampir terjatuh ke belakang. Kakinya tiba tiba melemah.
"Ratu tak apa apa?" Soal seorang pengawal yang sempat menangkap tubuh ratu Melisa dari terjatuh.
"Dia bukan Edward!"
Kata kata Ratu Melisa membuatkan semua orang tergamam. Mata mereka kini terarah ke Edward yang masih berdiri. Jikalau dia bukan Edward, siapa dia?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro