14 💐
Rombongan diraja dari Kerajaan Blue yang melalui tengah tengah pekan membuatkan rata rata penduduk yang dilalui mereka menunduk tanda hormat. Ada juga beberapa gadis muda menjerit histeria apabila putera kacak dari kerajaan itu melambai lambaikan tangannya kepada mereka.
Wajah putera Edward tersenyum gembira penuh makna. Ratu melisa di sebelah nya turut gembira melihat senyuman anaknya itu. Tidak dia sangka anaknya sudah mahu berkahwin. Sangkanya, baru semalam dia melahirkan Edward. Fikirannya membuatkan dia menggelengkan kepalanya perlahan. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
"Ibu tidak apa apa?" Soal Edward risau apabila melihat ibunya mengeleng gelengkan kepala. Tangan kanan ibunya diraih lalu dipegangnya.
"Tiada apa apa. Bonda baik baik sahaja. Cuma tidak menyangka, bahawa anakanda bonda sudah mahu berumah tangga tidak lama lagi." Ujar ratu Melisa mesra. Sebelah lagi tangannya bergerak menepuk nepuk belakang telapak tangan Edward yang berada di atas tangannya.
"Jangan bonda risaukan anakanda. Anakanda berjanji tidak akan lupakan bonda dan ayahanda yang selama ini telah bersusah payah menjaga Edward. Ouh ya, bonda pernah berjumpa kah dengan puteri mahkota kerajaan White?" Soal Edward sambil memandang bondanya lama. Dia sebenarnya sangat berdebar debar untuk bersemuka dengan bakal isterinya.
Khabar angin tentang puteri mahkota Kerajaan White yang cantik dan lemah lembut telah membuatkan dia terdetik untuk menikahi gadis itu. Tidak berfikir lama, setelah diberitahu kepada ayahnya, terus kerajaannya menghantar utusan untuk datang meminang puteri mahkota kerajaan itu. Ayahnya tidak dapat hadir bersama kerana banyak hal rakyat yang perlu dia uruskan di kerajaannya. Jadi hanya ibunya dan dirinya sahaja yang hadir ke negara itu.
"Pernah dulu sewaktu dia masih kecil. Tetapi sekarang dia telah dewasa. Mungkin bonda juga sudah tidak dapat mengecam wajahnya. Apapun, bonda pasti dia tidak akan menolak lamaran anakanda yang kacak rupawan ini." Puji bonda nya sambil mengosok gosok ubun putera Edward.
"Bonda, janganlah begini. Edward sudah besarlah." Edward menurunkan tangan bonda nya. Namun tangan bondanya kembali naik ke atas kepalanya.
"Anakanda sudah besar." Gelak ratu Melisa lucu dengan karenah anaknya.
"Apa-"
Tidak sempat Edward membalas kata kata ibunya, pengawal pengiring yang mengetuai perjalanan mereka melaungkan suaranya kuat mengatakan mereka telah tiba di istana kerajaan White.
"Sudah sampai, bonda."
Pintu kereta kudanya terbuka. Dia turun dahulu diikuti ibunya. Tangan ibunya diraih agar tidak jatuh. Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam istana diikuti beberapa orang pengawal dibelakang mereka.
Kedatangan mereka disambut ramah oleh dayang dayang dan pengawal istana itu. Mereka dijemput masuk lalu dibawa oleh seorang dayang menuju ke ruang tetamu.
"Raja dan ratu akan turun sebentar lagi. Sila kan duduk dan beristirehat seketika di sini." Ucap dayang itu lalu menunduk hormat sebelum berlalu pergi apabila melihat ratu Melisa dan Putera Edward melabuhkan punggung mereka ke sofa. Pengawal mereka berdiri di belakang sofa tempat mereka duduk.
Tak lama selepas itu, muncul beberapa orang sambil membawa beberapa dulang. Meja khas yang berada di hadapan sofa mereka diletakkan beberapa jenis kuih dan air untuk tetamu terhormat mereka. Selepas menyapa hormat, mereka berlalu kembali ke tempat mereka.
"Ah, selamat datang ke negara beta." Ucap seseorang.
Lalu kesemua mata memandang ke arah tangga dimana seorang lelaki yang bermahkota emas turun dari situ. Dibelakangnya juga ada seorang wanita separuh usia yang cantik.
Ratu Melisa dan putera Edward terus berdiri lalu menunduk hormat kepada raja dan ratu kerajaan White itu.
"Terima kasih sudi menyambut kami dengan baik." Balas ratu Melisa ramah. Tangannya dihulur lalu raja Alex dan ratu Eina menyambutnya mesra. Begitu juga dengan Putera Edward. Dia juga bersalam dengan mereka tanda hormat.
"Jadi, inilah putera mahkota kerajaan Blue?" Raja Alex memandang Edward dari atas ke bawah. Bibirnya menguntum senyuman berpuas hati.
"Ya , saya yang mulia." Jawab Edward sopan.
Raja Alex menyuakan tangannya ke udara menyuruh mereka semua duduk.
"Tidak perlu terlalu formal. Lagipula kita bakal menjadi keluarga tak lama lagi. Panggil saja ayahanda." Ujar raja Alex.
Seorang dayang datang lalu menuangkan seteko air teh hijau ke dalam cawan yang disekelilingnya bercorak bunga orkid.
"Silalah menjamu minum petang dahulu. Mesti ratu dan putera penat setelah menempuh perjalanan yang jauh." Ratu Eina mengambil cawan berisi air di hadapannya setelah pelayan yang menghidangkan air tadi berlalu. Setelah itu, ratu Melisa dan Edward juga turut mencicipi air mereka.
"Berkenaan peminangan tuanku sekeluarga.." raja Alex memulakan ucapannya. "Beta pasti anakanda beta sudi menerimanya." Kata raja Alex agak yakin.
"Ah, puteri mahkota nya di mana?"soal Ratu Melisa ingin tahu. Sejak sedari tadi, kelibat dan bayang gadis itu masih juga tidak kelihatan.
"Dinda?" Raja Alex memandang ke arah isterinya. Menyerahkan hal itu kepada ratu Eina. Ratu Eina sekadar tersenyum lalu seorang dayang dipanggilnya.
"Perintahkan Puteri Brina untuk turun ke ruang ini." Ujar Ratu Eina sedikit tinggi membuatkan ratu Melisa dan putera Edward berpandangan mata seketika. Namun mereka sekadar membiarkan perkara itu.
Tidak lama selepas itu, dua gadis turun menuruni tangga lalu berdiri di hadapan mereka.
Cruella berdiri sedikit jauh di belakang Brina. Kalau boleh, dia tidak mahu terlibat dalam hal ini tetapi Brinalah yang terlalu mendesaknya agar turun menemaninya menghadapi bakal suaminya. Nak tak nak, sebagai kawan yang baik, dia sekadar menyetujui permintaan Brina.
Dari tadi dia perasan, mata lelaki itu yang tidak lekang dari wajahnya. Itukah putera yang bakal menjadi calon suami Brina? Dia cuba mengelak dari menjadi tontonan lalu berdiri sedikit dekat di belakang Brina.
Manakala Brina pula berasa kagum dengan wajah lelaki di hadapannya. Tidak dia sangka kata kata Cruela bahawa calon suaminya kacak dan muda agak benar. Dia tersenyum gembira apabila mendapati putera tersebut sedang memandangnya lama. Wajahnya merona merah.
Di situasi Edward pula, dia agak terpegun melihat gadis yang berdiri di belakang. Kecantikan nya tidak dapat diungkapkan. Rambutnya yang ikal mayang dan berkilat berwarna ungu sangat menarik perhatiannya. Mata merahnya bak buah delima yang ranum. Untuk pertama kalinya, dia betul betul melihat seorang gadis seperti pari pari. Begitu menawan.
"Ehem.." deheman ibunya menyebabkan dia tersentak. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tangan kanan nya naik mengusap belakang kepalanya. Pandang yang lain dihirau. Dia terasa agak malu sekarang.
"Yang mana satu puteri Brina?" Soal ratu Melisa apabila kedua gadis di hadapannya melabuhkan duduk di hadapan mereka. Wajah Cruela yang menawan juga menarik minatnya. Dalam hati, dia berharap gadis berambut ungu itu lah puteri Brina namun telahannya salah apabila gadis seorang lagi bersuara.
"Saya.." jawab Brina sambil tersipu malum dia mula yakin yang putera Edward telah jatuh cinta kepadanya melalui pandangannya sebentar tadi.
Keluhan kecil terlepas dari bibir Edward namun tidak disedari oleh sesiapa. Habis , siapa si cantik menawan itu?
"Kalau begitu, yang ini pula siapa?" Soal ratu Melisa lagi seolah olah memahami isi hati Edward. Matanya tertancap pada Cruela.
"Ini Cruela. Anak angkat saya." Jawab ratu Eina. Dia tersenyum mesra.
Cruela sekadar tersenyum menampak kan kedua dua belah lesung pipitnya. Membuatkan putera Edward tertawan. Dia memandang cruela lama. Ratu Melisa yang perasan terus berdehem lalu mula berbincang tentang kehadiran mereka ke situ.
Manakala Cruela tidak senang duduk apabila perasan mata putera Edward kejap kejap memandangnya. Dia menoleh ke arah Brina. Risau sekiranya disedari. Namun Brina mahupun yang lain sedikit pun tidak tahu menahu. Jadi dia sekadar mendiamkan diri.
Setelah selesai berbincang, maka tarikh pertunangan dan pernikahan putera Edward dan puteri Brina ditetapkan.
Puteri Brinalah yang paling nampak gembira akan perkara tersebut. Namun tidak bagi Edward. Dia mengeluh kecil lalu wajah Cruela dipandangnya sekejap.
Ratu Melisa dan putera Edward mula meminta diri untuk berehat. Mereka telah diberikan bilik khas di istana itu atas arahan raja Alex. Maka semua pun bersurai ke bilik masing masing.
*********************************
Hai guys. Thanks sudi baca sehingga ke chapter ini. Kalau anda rasa story ini menarik , vote 🙂
Dan kalau tak suka, sila keluar dari chapter ini dan jangan pernah membaca story aku lagi. Noted.
Terima kasih .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro