13 💐
Lima tahun kemudian.
Brina melemparkan tubuhnya ke atas katil. Dengusan kasar dilepaskan. Lampu besar di atas dipandangnya lama sehingga menyilaukan mata. Lalu dia mengalihkan pandangan ke arah lain lama.
Ketukan di pintu menarik perhatiannya. Lantas dia bangkit lalu membukakan pintu. Wajah rakan karibnya menghiasi pandangan. Terlakar senyuman manis di bibir gadis itu. Segera dia mempelawa gadis itu masuk ke dalam biliknya.
"Kau okey?" Soal Cruela sambil melirik ke arah Brina. Dia baru sahaja melabuhkan punggungnya ke birai katil bersebelahan Brina. Wajah monyok Brina membuatkan dia tersenyum.
"Okey apanya? Ayah aku nak kahwinkan aku kut." Jawab Brina agak malas. Dia membaringkan tubuhnya ke belakang.
Thena tersenyum. "Kau kan puteri mahkota. Umur kau sudah sesuai untuk berkahwin." Pujuk Cruela.
"Kau apa tahu? Cuba kau duduk di tempat aku? Sudahlah aku tidak kenal bakal suami aku itu. Entah muda atau tua?" Keluh Brina agak sedih.
Sebentar tadi sewaktu makan malam, ayah nya baru sahaja mengumumkan bahawa esok bakal ada rombongan meminang untuk dirinya. Terus terbantut niatnya untuk makan. Sebaliknya dia terus membantah lalu naik ke biliknya tanda mogok. Semestinya kehadiran Cruela ke biliknya untuk memujuknya. Bukan dia tidak tahu yang ibunya sangat menyayangi Cruela seperti anaknya sendiri. Malah Cruela sendiri selalu akur akan kata kata ibunya. Haish, dengan rakan baik sendiri aku dianak tirikan.
Memikirkan itu, bibirnya mengukir senyuman kecil namun cepat dihapuskan kerana takut Cruela menyedari. Wajahnya dimasamkan semula.
"Ayah dan ibu kau itu bukannya muda lagi. Dia buat semua itu untuk kebaikan kau juga. Sekurangnya, sekiranya berlaku apa apa kepada mereka, kau ada suami untuk membela kau. Tentang muda atau tua, mustahil sekiranya mereka mencari yang tua kerepot untuk kau. Aku yakin bakal suami kau seorang putera raja dari kerajaan lain." Pujuk Cruela lagi cuba meyakinkan Brina. Tetapi apa yang dikatakan nya ada juga benarnya kerana Raja kerajaan White itu bukanlah semakin muda malah semakin tua tahun ke tahun!
Setelah mendengar kata kata Cruela, Brina mula terpujuk. Dia memikirkan kata kata Cruela.
"Betul jugak tu." Brina mulai bersetuju. Dia bangkit dari baringnya lalu duduk bersila di sebelah Cruela.
"Semua ibubapa nak kan yang terbaik untuk anak anak dia." Sambung Cruela lagi membuatkan Brina tersenyum.
Brina meraih tangan Cruela lalu menggenggam nya erat.
"Terima kasih sebab selalu ada di sisi aku selama lima tahun ni. Tanpa kau siapalah aku." Ucap Brina, ikhlas.
Thena tersenyum kecil. "Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri. Aku sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan kau. Tanpa kau juga, aku mungkin taade dekat sini." Luah Cruela perlahan. Namun senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya.
"Aku sayang kauu, Cruela." Brina terus memeluk Cruela lama.
"Aku pun sayang kau." Balas Cruela. Tubuh Brina dipeluknya erat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro