Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍁 Epilog 🍁

Seisi ruang makan heboh dengan perbualan, gelak tawa dan lagaan kutleri masing-masing. Meja makan itu diisi oleh sembilan orang berlainan jantina. Hara tersenyum kelat tatkala pandangannya jatuh pada dua kerusi kosong di hujung meja.

'Kerusi tu sepatutnya diisi oleh Taehyung dan Nara' Jungkook yang menyedari tatapan kosong isterinya lantas menggenggam tangan kecil yang berehat manis di atas paha wanita itu.

"Sayang, okey?" wanita itu mengangguk dan menghadiahkan segaris senyum nipis pada pujaan hatinya.

"Sebelum eomma terlupa, eomma dan appa ada satu pengumuman" pasangan paruh baya itu tersenyum girang sebelum menatap Namjoon dan Sunny yang duduk bersebelahan di meja makan.

"Namjoon dan Seon-hee akan bertunang hujung bulan ni" Jungkook segera menyuakan segelas air kepada isterinya yang tersedak hebat dek pengumuman kilat itu. Rain dan Hana turut melongo memandang Sunny yang menundukkan wajahnya persis anak dara yang penuh tatasusila serta segan silu. Hakikatnya, gadis itu antara yang paling ganas antara mereka setelah Hara.

"Kau dahlah perosak alam semesta. Rabak anak orang nanti" dua ayat singkat itu membuatkan pipi para bujang memerah hebat. Seokjin turut tak terkecuali daripada berasa segan. Mungkin pemikirannya telah melayang kepada filem-filem yang ditontonnya beberapa hari lalu. Seokjin menggelengkan kepala bagi menepis adegan panas di bot persiaran antara Don Massimo Torricelli dan Laura Biel dalam filem 365 DNI yang singgah di benaknya.

Jungkook tersengih nakal sebelum mendekatkan bibirnya pada telinga kanan sang isteri.

"Watch out, baby girl. You know the consequences"

"I'll wait for my punishment patiently, rawr~" tujuh pasang mata menatap mereka hairan membuatkan mereka menyambung suapan yang tergendala sejenak.

💐💐💐

"Bawah sikit, sayang. Bawah lagi"

"Ah~ There" Jungkook memejamkan matanya, menikmati pijatan lembut isterinya pada pinggang yang terasa kaku. Hampir seharian dia dan Seokjin melakukan pemeriksaan pada dewan yang ditempah khusus untuk perkahwinan Namjoon dan Sunny. Tak sangka, masa berlalu pantas. Pasangan itu sudah bertunang hampir 6 bulan dan bakal mengakhiri zaman bujang di jenjang pelamin.

Bermula dari kawasan parkir sehinggalah tandas, semuanya diperiksa dengan teliti untuk memastikan tetamu yang hadir di hari bersejarah itu selesa. Mereka sudah pastinya enggan menuai kecaman dan kritikan jika berlaku kesilapan hujung minggu ini.

Kemeja-T putih yang terdampar di birai katil itu disarungkan pada tubuh kekar Jungkook semula. Tubuh genit isterinya ditarik kuat sehingga tersungkur di dada bidangnya.

"Sakit tahu tak?" wanita itu menggosok batang hidungnya perlahan.

"Hehe, maaf" hanya jelingan tajam dihadiahkan wanita itu sebelum melangkah ke meja solek untuk melakukan rutin kecantikannya. Jungkook berdiri tegak di belakangnya lalu bermain dengan rambut hitam ikal kegemarannya.

"Manja-manja macam ni, ada apa-apa ke?"

"Nak pergi berbulan madu, tak?" Hara membalikkan badan menghadap tubuh tinggi itu sebelum mencebik.

"Tak payahlah bazirkan duit. Tahun depankan awak nak mendaftar untuk program sarjana"

"Mana ada membazir, sayang. Lagipun, kita tak pernah berbulan madu secara rasmi sedangkan dah genap 5 tahun kita berkahwin. Awak pula akan ambil alih syarikat appa bermula minggu depan. Ini saja waktu yang kita ada untuk bermanja. Masa berlalu cepat, saya tak sangka yang kita dah berkongsi hidup selama itu" perut Jungkook yang dihiasi deretan otot keras itu ditampar perlahan oleh si singa kecil.

"Jiwang. Kalau itu yang awak nak, saya ikutkan saja. Pilihlah mana-mana negara yang awak teringin nak pergi. Saya ikutkan saja selagi ada awak di sisi saya" Jungkook mengulum senyum simpul mendengarkan bait-bait berbaur romantis yang meluncur lancar dari belahan bibir si isteri.






























































































































































































"Sikit lagi! Ah, encik sengaja nak kenakan saya, ya? Jangan sampai saya cabut tayar gerobak encik ni" lelaki berkumis nipis itu hanya tertawa walaupun tidak memahami walau sepatah ocehan wanita di hadapannya. Lelaki bertanda nama Ahmed itu setia mengusik pelanggannya terutama pelanggan dari benua Asia seperti Hara.

Jungkook terkekeh kecil di bangku berhampiran. Kamera digital yang berada di tangan diarahkan ke arah sang isteri lalu beberapa keping foto diabadikan. Lelaki kacak itu geli hati melihat aksi isteri genitnya yang berusaha mencapai dondurma, aiskrim khas Turki dari tangan Encik Ahmed.

"Ish, penat betullah. Nak beli aiskrim pun kena bergaduh dulu" adu Hara sebaik menghampiri Jungkook yang bersantai di deretan bangku taman tersebut. Aiskrim bertekstur sedikit kenyal itu digigit marah.

"Nasib baik sedap. Kalau tak, saya larikan gerobak dia" Jungkook mengusak rambut singa kecilnya sebelum menggandeng tangan mulus itu.

Langkah kaki mereka diatur ke sebuah monumen penting di Turki, Hagia Sophia. Keindahan seni ukiran dan hiasan dalaman masjid itu memukau dua pasang mata beriris gelap itu.

Seorang petugas wanita berbangsa Arab melilitkan sehelai selendang di kepala Hara. Tidak lupa juga sepasang kardigan longgar separas buku lali disarungkan ke tubuh genit itu bagi menghormati rumah ibadah penganut agama Islam.

Mereka berdua duduk sopan di penjuru Hagia Sophia sambil mendengar alunan ayat-ayat dalam bahasa Arab yang mereka anggap sebagai 'lagu'. Beberapa orang lelaki melakukan pergerakan-pergerakan khusus dalam ibadah bagi Muslim.

Hampir 2 jam mereka menghabiskan masa di dalam monumen itu, memerhati dan menghayati perbezaan budaya di negara yang terkenal dengan sejarah empayar Turki Uthmaniyyah itu.

"Cantikkan Hagia Sophia" Hara mengangguk sebelum menyisip kopi panas yang dibeli dari penjaja berhampiran. Mereka berdua berdiri di tebing tinggi, menikmati pemandangan matahari terbenam berlatar belakangkan ladang saffron yang indah.

"Saya harap kita akan kekal bahagia dan bersama sampai Tuhan menjemput salah satu dari kita. I love you forever, sayang" dahi yang ditutupi bangs hitam itu dikucup lama. Masing-masing memejamkan mata, menikmati momen kebersamaan mereka di kota romantis itu.

"Tapi saya lebih sukakan ungkapan 'I love you today'. Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak cintakan saya setiap hari. Jangan ucapkan cinta selamanya kerana kita hanya merancang. Mungkin saja kita berubah hati di masa hadapan. Jadi, saya akan tuntut ucapan tu pada setiap pagi. Kalau awak lupa, saya merajuk" hidung mancungnya ditarik kecil.

"As you wish, sayang. Selalu sertakan hajat untuk kesejahteraan hubungan kita dalam setiap doa awak. Semoga Tuhan kabulkan doa kita untuk sehidup semati"

























Tiada yang sempurna dalam kehidupan berumahtangga. Yang ada hanyalah saling menyempurnakan disaat ada cacat celanya dalam perhubungan. Saling menjaga dalam bahaya, saling menemani dalam sepi, saling menghibur kala duka. Jadikan kenangan manis sebagai memori indah, jadikan kenangan pahit sebagai pengajaran dan teladan.

Kerana hanya kita yang saling menyempurnakan. Sentiasa nyalakan api cinta supaya tiada insan lain yang menyalakan cinta yang telah terpadam.

Terima kasih kerana menyebut namaku di setiap doamu, mengingatiku dalam setiap nafas dan detak jantungmu menyebut namaku.

Suamiku, Jeon Jungkook. Saya sayang awak. 💜


















Dalam linangan airmataku, aku menanjatkan kesyukuran kerana hadirmu menyempurnakanku. Selalu berada di sampingku, menjadi pendengar yang baik dan menjadi sandaranku sepanjang masa.

Isteriku, Jeon Hara. Saya cintakan sayang. 💜

















━━━━▣━━◤◢━━▣━━━━━

In a rapturous memory
It's raining when I dance alone
By the time this mist clears
I'll be running with my feet wet
Hold me back then

Behind the faint smile that looked at me
I'm going to draw a beautiful purple
We may not be on the same page
But I want to walk this path with you
Still with you

-Jeon Jungkook-

━━━━▣━━◤◢━━▣━━━━━






















✧══════•❁❀❁•══════✧

The key of my fate that I gave to the sky
It’s in my hands again
I swallow in a long sigh and burn up my soul
So I can have you

The only person
To wipe my tears, to hold my heart
Like the season that comes again
After twelve months has passed
You will come to me as well

-Jeon Hara-

✧══════•❁❀❁•══════✧
























🍁Tℋℰ   ℰℕⅅ 🍁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro