💣9
Aku melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan langkah longlai. Dalam bas tadi ramai gila orang. Sampai jadi tin sardin. Ketiakku menangis meraung. Kalau balik sekolah nanti, tak tahulah bau apa. Mengaum baunya.
Beberapa orang pelajar yang lalu-lalang memandang aku pelik. Apa? Tak pernah tengok orang cantik ke sebelum ni?
Sebaik aku meletakkan beg silangku ke dalam locker, dua orang pelajar perempuan berdiri di belakang aku.
"Weyh, kau tengok tu. Bad girl sekolah pakai stokin panjang! Kena bagitahu satu sekolah ni" jerit Minjee.
"Kenapa kau tergedik-gedik ni? Teman lelaki kau ada spare part baru ke?" kata-kataku membuatkan gadis itu mengetap giginya. Kepantangan dia kalau orang burukkan teman lelakinya.
"Kau ni kan!" dia cuba mencapai rambut aku. Malangnya, tangan pendeknya tidak memberi kerjasama membolehkan aku mencapai rambutnya terlebih dulu. Bermulalah perang tarik rambut.
Rakan sekongkolnya, Suzy sudah beredar dari situ. Selang beberapa minit, aku terlihat kelibat Suzy yang datang bersama Bambam, teman lelaki Minjee.
"Woi, kau lepaskan Minjee aku!" dia meleraikan genggaman tanganku ke atas rambut Minjee. Bambam cuba mencekikku namun aku tangkas menendang celahan kangkangnya dengan kuat. Biar kau mandul terus.
"Sorry, bro. Kau bukan tandingan aku" aku mengatur langkah untuk masuk ke kelas. Minjee dan Suzy memapah Bambam ke bilik rawatan. Semoga keturunan kau berakhir. Baru saja beberapa langkah aku menapak, namaku diseru.
"Kim Hara!" ah, seruan bala dah datang.
"Minjee kata kau sepak alat sulit Bambam?"
"Apa kaitannya dengan kau?"
"Ikut aku pergi balai disiplin"
"Tak! Masalahnya, salah aku ke? Betina tu yang kacau aku" aku dah penat dipersalahkan. Kalau bergaduh, mesti aku yang kena. Orang yang sepatutnya kena, terlepas begitu saja.
"Nanti kau bincang dengan cikgu. Cepat ikut aku" aku mengikuti ayunan langkahnya dari belakang. Lantaklah nak jadi apa pun. Dah malas nak fikir. Aku meminta Sunny dan ahli skuad yang lain untuk mengambil beg sandangku di locker.
"Sir. Sir free tak sekarang?" soal Daniel sebaik kami tiba di balai disiplin.
"Ya, saya free. Kenapa? Hara buat hal lagi" Daniel mengangguk pelan. Keluhan berat terlepas dari dua ulas bibir merah jambu Jungkook.
"Apa pula yang dia buat kali ni?"
"Dia tendang kemaluan pelajar lelaki"
"Suruh dia masuk. Awak boleh masuk kelas" Daniel keluar dan panggil aku. Aku pun masuk dengan gaya cool dan memasang riak wajah tak bersalah.
"Kim Hara. Kenapa awak masuk sini?"
"Tak tahu"
"Awak tahu tak? Tendang kemaluan pelajar lelaki itu dikira satu buli?" aku menggulingkan bebola mataku. Bambam tu saja yang lembik. Sir Jungkook bangun dan membuka laci di belakang kerusinya. Sesampul kertas diletakkan di hadapanku.
"Saya nak kamu siapkan semua soalan Sains ni. Kalau tak faham, boleh tanya saya. Jangan keluar rehat atau balik sebelum semua ni siap. Faham?" aku menjeling kertas tersebut. Baru tengok, dah serabut otak. Dan ketebalannya, bukan main-main.
🐍🐍🐍
'Budak ni faham semua soalan ke? Langsung tak tanya aku pun. Meragukan ni' Jungkook mula mengangkat punggung dari kerusinya. Hara masih dalam keadaan tegak. Tapi, matanya tertutup rapat.
Jungkook mengambil salah satu kertas soalan yang dia berikan pada gadis itu. Masih kosong. Dia mengambil pula kertas-kertas yang berada di bawah lengan Hara. Jungkook membuntangkan matanya apabila terlihat apa yang ditulis oleh Hara.
Jung Hara to-be
Jung Hoseok x Kim Hara
Cikgu Hoseok kacak
Kuda fabulous abad 21
Jungkook kecilkan mata melihat lukisan kecil Hara di hujung helaian itu. Sepasang kekasih sedang menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi pantai. Karakter gadis berambut panjang dilabel sebagai 'Jung Hara' manakala karakter lelaki disebelahnya dilabel sebagai 'Jung Hoseok'. Jungkook menggelengkan kepala.
"Budak ni memang tak makan saman. Dia ingat aku cetak semua ni murah ke? Kim Hara! Bangun" Jungkook menggoncang bahu Hara lembut. Hara mengecilkan matanya kerana sinaran lampu yang menyilaukan matanya.
"Kenapa awak tidur? Saya suruh awak siapkan-- Eh, awak okay tak ni?" bibir Hara bergetar hebat. Gadis itu memegang dahinya yang berpeluh.
"U-ubat saya"
"Dekat mana saya nak ambil? Apa nama dia? Macam mana rupa dia?"
"S-s-sunny tahu"
Jungkook berlari ke kelas 5 Galaksi. Pelajar perempuan berambut pendek di dalam kelas itu menjadi sasarannya.
"Sunny! Mana ubat yang Hara selalu makan?" mujurlah guru matapelajaran belum tiba ke kelas mereka.
"Kenapa dengan Hara, sir? Dia baik-baik saja, kan?"
"Saya tak ada masa nak layan temu ramah awak. Cepatlah! Bagi saya ubat tu" Sunny membuka zip pada poket beg Hana. Sebotol ubat dihulurkan kepada Jungkook. Lelaki itu kemudiannya berlari ke balai disiplin untuk memberi ubat tersebut kepada gadis bermarga Kim itu.
•
•
•
•
•
•
•
Sir Jungkook memerhatikanku dengan tatapan mata helangnya. Tahulah mata anda bulat, tapi jangan pandang macam tu.
"Awak dah okey?"
"Dah. Tapi, ni semua salah sir. Kalau sir tak suruh saya buat set-set soalan tu, saya tak jadi macam ni tahu?"
"Eh, hello! Awak jadi macam ni sebab tak makan. Tak adanya orang mati sebab buat latihan Sains. Jom saya hantar awak balik"
"Tak apa. Saya balik sendiri" aku mencapai beg yang dihantarkan oleh Sunny sebentar tadi. Jam di dinding aku kerling sekilas. Tak guna betullah! Mana nak cari bas waktu-waktu macam ni?!
"Awak jangan degil boleh tak? Kawasan rumah awak tu ramai perogol bersiri. Kalau jadi ap--"
"Okey! Saya ikut" aku berjalan sambil menghentak kaki ke lot parkir kakitangan sekolah. Aku hanya memerhati Sir Jungkook yang berjalan lenggang kangkung dengan briefcasenya ke arahku. Aku dengan selambanya melempar beg sandangku ke tempat duduk penumpang belakang.
"Ewah! Awak ingat saya ni pemandu awak? Duduk depan, teman saya" ish orang tua ni! Aku baru nak layari saluran Youtube kumpulan K-pop kegemaran aku. Kacau daun betullah.
Perjalanan kami berjalan lancar tetapi dihiasi kesunyian yang mencengkam. Mungkin, tak ada yang menarik untuk diceritakan? Sesampainya aku dirumah, wajah gembira eomma seolah-olah menyambut kepulangan aku. Eh, iyakah?
"Terima kasih, sir. Nanti saya belanja sir makan aiskrim"
"Awak ingat saya ni budak-budak macam awak ke?"
"Kalau tak nak, tak apa. Saya masuk dulu" kereta tersebut terus meluncur laju melepasi kawasan rumah agamku.
Eomma masih tidak lekang dengan sengihannya yang kelihatan seperti kerang wangi pada pandanganku. Siap iring aku masuk ke dalam rumah lagi. Kenapa hari ni semua orang perangai pelik-pelik? Hari ni Hari Manusia Pelik Sedunia ke?
"Hara, sayang. Sekejap lagi, lepas mandi, turun bawah. Eomma ada perkara yang nak dibincangkan" aku anggukan sahaja permintaannya dan meluru ke bilik untuk mandi.
"Eomma tak rasa bersalah ke?" soal Seokjin.
"Nak bersalah buat apa? Untuk kebaikan dia juga, kan? Kamu tengok tak adik kamu tu macam mana? Rambut warna-warni. Pakai pengilat kuku hitam. Pergi sekolah pakai kasut Converse. Pening eomma. Mana ada orang pergi sekolah gaya macam tu. Eomma tak kira. Keputusan eomma muktamad. Tak ada bantahan, faham? Kamu jangan nak pertahankan adik kamu" Seokjin hanya mengangguk lemah.
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro