Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📀 55

"Yeolhee, kenapa buat keputusan tak berbincang dulu dengan ahjumma?" cincin yang terletak elok di dalam bekas baldu merah itu ditenung seketika.

"Yeolhee rasa, hubungan ni takkan bertahan lama. Yeolhee tak yakin untuk teruskan hubungan ni. Ianya seperti bertepuk sebelah tangan, beria-ia seorang diri. Sedangkan anak saudara ahjumma tak sukakan Yeol" ujarnya sendu. Blaus indigo separas paha yang tersarung di tubuhnya menjadi pusat tumpuan matanya.

Segan.

Dia segan dengan keluarga Ahjumma Hwan. Mereka banyak membantu Yeolhee sehingga dia sanggup menjadikan dirinya sebagai galang-ganti untuk membalas jasa mereka.

"Aku takkan lepaskan kau macam tu saja" sergahan dari pintu utama rumah teres itu mencuri perhatian dua wanita itu.

"Senang-senang saja kau nak tinggalkan aku. Habis tu, aku macam mana? Kau nak bayar balik harga hati aku yang kau curi?" rasa malu menyerbu wanita itu apabila mendengarkan pengakuan seorang Min Yoongi, lelaki yang dianggapnya tidak serius. Yeolhee berdecit kecil sebelum bangun dari duduknya.

"Kata-kata tu mungkin saja terbit dari akal pemikiran, bukannya hati. Saya nak kita selesaikan segalanya malam ni. Saya tunggu awak di rumah inap"



































































































































"Hoi! Beranganlah tu. Tersengih-sengih macam kerang busuk sejak tadi" sergah Hoseok dari belakang membuatkan lelaki dengan mata monolid itu terkejut besar. Hanbok yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan sedikit. Jungkook hanya tertawa kecil melihat gelagat duo sahabat baik itu.

"Macam Tom dan Jerry saja mereka berdua ni"

"A-aku nak kahwin minggu depan" ujar Yoongi dengan telinga yang memerah hebat. Mata Hoseok pula jangan ditanya, seperti akan tercabut keluar dari soketnya sahaja.

"Kenapa mendadak sangat, hyung? Bukan ke majlis sepatutnya lagi 3 bulan. Sepatutnya hujung Disember kan?"

"Aku ter--"

"Kau dah cucuk dia kan? Kan? Ish, dah majulah kawan aku ni. Dasar cikgu tak berdisiplin" Hoseok menyenggol bahu Yoongi berkali-kali membuatkan wajah lelaki itu bertambah merah.

"Aku takut dia mengandung. Aku kan handal" Jungkook terkekeh kecil mendengarkan pengakuan Yoongi yang berunsur bangga diri dan riak itu.

"Tak boleh jadi ni. Kalahlah aku kalau Yoongi hyung dapat anak dulu. Balik nanti, aku nak minta pada Hara. Tak kira, nak juga!"

🎐🎐🎐

Tembakan pistol oleh Pengetua Song menandakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Tinggi Starlite Kali Ke-100 sudah membuka tirainya.

Kontinjen rumah sukan dan para atlet sekolah diarak masuk dengan gilang-gemilang, diiringi kumpulan pancaragam dan kibaran megah bendera rasmi Korea Selatan.

Kontinjen guru-guru tidak terkecuali dari perarakan tersebut. Mereka mengenakan hanbok bertemakan musim luruh, sentuhan istimewa tangan emas nenek Jungkook, Jeon Hansoo atau lebih tepat lagi pemilik J.E.D Couture.

Hara yang duduk di kerusi penonton bersorak ria apabila Jungkook melambai ke arahnya dan ahli skuad yang lain.

"Kacaknya suami aku"

"Suami orang memang kacak" semua pandangan tertumpu pada Nara yang mencelah entah dari mana.

"Apa? Salah ke aku cakap?"

"Selamat datang ke Temasya Sukan Tahunan Sekolah Tinggi Starlite Kali Ke-100 bersama hos anda, Kang Daniel dan--"

"Dyo Yuha!" sorakan gemuruh menggegarkan stadium apabila melihat gandingan dua pelajar terbaik sekolah itu disatukan di atas satu pentas berprestij.

"Tanpa melengahkan masa, mari kita alihkan tumpuan ke gelanggang besbol di sayap Barat stadium. Para pemain sudah bersedia dengan kedudukan masing-masing" ujar Kang Daniel.

"Betul tu, Daniel. Sebaik wisel ditiupkan lontaran bola akan dilakukan oleh pelontar dari pasukan Green Warrior. Park Taeil pula akan menjadi pemukul pertama bagi lontaran tersebut dan kita sangat menantikan homerun dari jaguh besbol tersebut" ujar Yuha riang.

FWEET!

Tiupan wisel oleh pengadil perlawanan memberi isyarat kepada Myu Hansol, pelontar pertama untuk melakukan lontaran. Lontaran tersebut sungguh laju sehingga sukar dilihat oleh mata kasar. Mujurlah terdapat skrin untuk ulang tayang aksi tersebut di sayap Barat stadium.

Tack!

Taeil memukul lontaran kencang itu ke arah kerusi penonton. Atau lebih tepatnya lagi menuju ke arah kawasan tempat duduk Hara.

"Ya, itu yang aku mahu" Hwayoung tersenyum bangga melihat bola itu mula melayang keluar dari kawasan permainan dan menuju ke arah bangku penonton.

"Oh, sial!" Jimin yang terduduk melutut di hadapan gadis itu mengundang sumpah seranah dari mulut bangkai Hwayoung. Bola keras itu sudah pun menghentam bahagian bahu kiri Jimin membuatkan lelaki itu kehilangan keseimbangan. Seisi stadium tersentak dengan kejadian di luar jangkaan itu.

Kumpulan paramedik terlatih daripada Hospital Mugunghwa berlari masuk ke dalam stadium dan mula menangani Jimin. Fikiran Hara berkecamuk melihatkan tindakan berbahaya Jimin untuk menyelamatkan dirinya.

Jungkook yang baru tiba itu memeluk erat tubuh sang isteri dan memeriksanya sepintas lalu. Tindakannya mengundang bisikan daripada para guru dan pelajar di dalam stadium. Kini, pasangan itu menjadi perbualan bahkan Jimin juga telah ditolak tepi.

"Encik, kami perlu bawa pelajar ni ke hospital untuk pemeriksaan. Mungkin saja dia mengalami trauma" Jungkook mengangguk dan mengiringi gadis itu keluar dari stadium.

🌷🌷🌷

Sinaran lampu suluh menerpa masuk ke retinaku membuatkan aku mengedipkan mata berulang kali. Aroma sarung tangan getah yang dipakai doktor ini membuatkan aku loya. Beberapa perkara dicatatkan ke dalam laporan kesihatanku sebelum Jungkook dipanggil masuk ke ruangan itu.

"Encik ni guru kepada pelajar?"

"Saya suami dia" doktor itu sedikit tersentak sebelum mengangguk.

"Isteri encik tidak mengalami trauma yang teruk dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuba elakkan sebarang kejutan sama ada dirancang atau pun tidak. Ianya akan memburukkan keadaan" Jungkook mengangguk sebelum mengusap juraian rambut hitamku.

"Isteri encik tak perlu ditahan di wad. Pihak kami cuba untuk tidak mempreskripsikan sebarang ubatan untuk mengelakkan pesakit daripada bergantung dengan ubat. Kalau rasa tak boleh tidur, gunakan minyak lavender, minum teh hijau atau teh pudina. Ianya boleh menenangkan" Jungkook berjabat tangan dengan doktor muda itu sebelum dia beredar meninggalkan kami berdua.

"Awak boleh jalan?" soalnya perlahan lantas aku membalasnya dengan anggukan. Bahunya aku tepuk perlahan sebelum bergeser turun dari katil rawatan.

"Saya tak cacatlah" selorohku membuatkan dia tersenyum kecil.

"Senyum pun. Daripada tadi asyik pasang muka macam nak telan orang saja"

"Yalah, siapa saja tak risau kalau isteri dia masuk hospital? Cuba bagitahu saya" ujarnya lalu menggeselkan hidungnya pada hidungku.

"Ish, dekat hospitallah! Jom pergi melawat Sir Park" lambat-lambat dia mengangguk kerana dia masih belum berbaik dengan lelaki bertubuh tak kalah kekar itu.

S

K

I

P

Jimin tersenyum ke arah Hana yang sibuk membebel sejak tadi.

"Sir jangan angkat benda berat, jangan ambil makanan dan minuman sejuk, jangan bergerak lasak-lasak. Kalau perlu, saya dan skuad saya akan bantu sir. Eomma saya pesan, kena minum susu supaya cepat baik--" bebelannya terhenti apabila jari mungil milik Jimin hinggap di bibir nipisnya.

"Ya, saya tahu Cik Hana. Saya nak awak temankan saya, bukan bebelkan saya" wajah Hana berubah cemberut serta-merta.

"Orang nasihat untuk kebaikan dia. Kalau tak nak dengar, tak apalah" beg galasnya diambil dari sofa lantas langkah gergasi dibuka untuk keluar dari wad. Hara dan Jungkook yang baru tiba ke wad tersebut tercengang dengan perkara tersebut.

"Comel saja kalau marah"

"Tadi tu bukan ke Hana?" soal Hara kepada Jimin.

"Ya, ahli skuad bawang awak" Hara tersipu malu sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan.

"Saya datang ni nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada sir sebab selamatkan saya. Kalau sir tak ada, mesti saya yang terlantar di hospital"

"Saya bukannya nak selamatkan awak. Saya nak ajak Hana makan tengah hari selepas waktu sekolah. Saya mana berani nak selamatkan isteri orang. Nanti encik suami marah" sinis Jimin mengundang jelingan dari Jungkook.

"Kau tak payah nak sindir aku. Aku tahu aku salah" ujar Jungkook tidak mahu kalah.

"Korang berdua ni patut malu dengan saya sebagai anak murid. Tak malu ke cikgu-cikgu bergaduh depan pelajar"

"Yalah, yalah. Aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku termakan kata-kata Hwayoung"

"Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku rasa aku nak maafkan kau, aku maafkan"

"Hara! Tengok cikgu awak ni!"


































































































📦 Promuovere 📦

by: Hachan_V

👒 Michin •kth•

👒 Psycopath •jjk•









































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro