📀 53
Minjoo berura-ura untuk keluar dari perut kereta yang dipandu oleh Jungkook apabila mereka telah tiba di perkarangan rumah agam Kim. Sisi lengan baju Minjoo ditarik perlahan oleh anak lelakinya yang berada di kerusi pemandu.
"Kook takutlah, ma" Minjoo membetulkan bangs anaknya berjuntai di dahi licin lelaki itu.
"Tak apa. Cubalah bincang baik-baik. Sampai bila korang nak tinggal berasingan macam ni. Kan tak baik?" Jungkook mengangguk dan berjalan seiringan dengan ibunya. Bel rumah agam itu ditekan sebanyak tiga kali sehingga kelibat seseorang berlari ke pintu lut cahaya itu kelihatan.
Deg!
Jantung milik Hara seperti berhenti berdetak apabila wajah Jungkook terakam di benaknya. Pedihnya tamparan tempoh hari seperti dirasakan kembali di wajahnya. Tangan Minjoo diraih gadis itu lalu dikucup perlahan.
"Eomma apa khabar? Sihat?" Hara hanya berbicara dengan Minjoo sementara kehadiran Jungkook dianggap sebagai lalat hinggap sahaja.
"Eomma sihat saja. Menantu eomma macam mana?" soal wanita paruh baya itu tatkala punggungnya berlabuh di atas salah satu sofa empuk milik keluarga Kim.
"Hara sihat. Ada apa eomma datang mengejut macam ni? Kalau eomma beritahu awal-awal, mesti Hara boleh siapkan makan malam" tangan kecilnya lantas diraih secara tiba-tiba oleh sang mertua membuatkan gadis itu sedikit tersentak.
"Maafkan eomma, sayang. Eomma tahu, ini semua salah eomma. Kalau dari dulu eomma berterus terang tentang siapa Hwayoung sebenarnya, mesti kamu dan Jungkook tak bergaduh besar disebabkan dia. Eomma minta maaf bagi pihak Jungkook sebab dia berkasar dengan kamu. Jangan risau, eomma dah pukul dia, tarik telinga dia. Maafkan dia, ya?" Hara tersengih kerana kelucuan ibu mertuanya itu.
Dia hanya berdehem kecil sebelum mengangguk perlahan. Jungkook yang tersipu-sipu itu dijelingnya sekilas membuatkan lelaki itu cemberut.
"Terima kasih, sayang. Kalau macam tu, eomma balik dulu. Kook, kau duduk di sini. Minta maaf dengan isteri dan selesaikan semuanya baik-baik. Nanti Ahjusshi Han akan jemput eomma" sempat lagi pasangan menantu-mertua itu berpelukan sebelum Minjoo melangkah keluar dari istana itu.
"Tch, tak gentleman langsung. Awak ingat saya nak maafkan awak ke kalau eomma yang datang minta maaf bagi pihak awak?"
"Alah, sayang. Tolonglah maafkan saya. Saya bodoh, tak dengar cakap awak. Saya menyesal sangat lepas dengar cerita eomma. Saya janji, saya tak buat dah lepas ni"
"Tidur dekat luar malam ni. Jangan berani-berani dekat dengan saya kalau tak nak kena pukul sampai lunyai" Jungkook menatap kaki langit yang semakin beransur gelap, menandakan matahari akan berlabuh dan diganti dengan rembulan.
"Haih, apalah nasib aku dapat isteri garang macam singa"
🎲🎲🎲
Jungkook menyantap makan malam yang disediakan oleh isterinya. Hanya mereka berdua yang tinggal di rumah, ahli keluarga Kim yang lain masih sibuk dengan pelantikan Namjoon sebagai ahli lembaga pengarah.
Mereka duduk bertentangan di meja makan dan menyumbat makanan ke dalam mulut masing-masing. Tidak sampai lima minit, gadis itu sudah pun bangun dan membersihkan mangkuk-mangkuknya.
Jungkook yang masih berada di meja makan itu mengunyah makanannya perlahan. Rasa sedih bertandang di hati ketika gadis itu melangkah ke tingkat atas, mengabaikan suaminya yang masih menyantap makanan dengan rasa kesal.
S
K
I
P
Yejeong menapak naik ke tingkat atas sebaik pulang dari mesyuarat. Pelantikan Namjoon sangat menguras tenaga. Meyakinkan para pemegang saham dan ahli lembaga pengarah yang lain memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan manipulasi yang tinggi.
Kelibat menantunya yang sedang bersila di atas lantai kayu jati itu menarik perhatiannya. Sesekali, menantunya itu menggosok hidungnya dan bersin dengan kuat.
"Eo, Jungkook-ssi. Kenapa bersila depan pintu bilik?" Jungkook menatap Yejeong sayu dengan hidung yang memerah.
"Eomma~ Hara tak bagi Kook masuk"
"Ha mengadulah, mengadu" sergah Hara yang membuka sebahagian kecil daun pintu itu. Yejeong menggelengkan kepala melihat kelakuan pasangan itu.
"Hara, tak baik buat suami macam ni. Bagilah Jungkook masuk. Kasihan pada dia, dah selsema dibuatnya" Hara menggulingkan mata kesal.
"Jomlah. Tutupkan pintu. Lambat, duduk luar" tergopoh-gapah lelaki itu masuk ke dalam bilik tersebut. Suhu pendingin hawa diturunkan supaya lelaki itu tidak diserang demam panas.
"Sayang juga awak pada saya kan?" kata Jungkook sambil melabuhkan punggung di sisi kiri katil itu.
"Tak payah sengih-sengih macam tu. Pergi tidur" Hara merebahkan badannya membelakangi Jungkook lantas melelapkan matanya pantas.
"Nak peluk boleh tak? Sejuk~" rengeknya perlahan namun tiada sebarang balasan dari sang isteri.
"Kalau diam maknanya setuju" gadis itu masih tidak bereaksi. Maka, Jungkook dengan tangkas melingkarkan tangan kekarnya di sekitar perut hingga ke pinggang gadis itu. Tubuh genit itu ditarik ke dalam pelukan hangatnya sehingga tersandar pada dada bidangnya. Hara Jeon pula tersenyum nipis dalam tidurnya.
"Padan muka! Seronok kenakan dia. Siapa suruh cari pasal dengan aku?"
🍯🍯🍯
Semangkuk bubur abalone dan segelas air dibawa masuk oleh Hara ke dalam bilik itu. Tangan kecilnya lantas memegang dahi Jungkook lembut.
"Panas" gumamnya perlahan lalu sehelai kain lembap diletakkan ke atas dahi lelaki itu. Jungkook meringis kecil apabila sensasi sejuk menyentuh kulitnya yang membahang.
"Jungkook, bangun. Awak kena sarapan, sekejap lagi nak makan ubat" bahu lebar lelaki itu digoncang perlahan membuatkan matanya terbuka separa. Sebiji bantal digunakan untuk menampung kepalanya pada kepala katil.
Hara meletakkan sesudu bubur dibibirnya untuk memastikan ianya tidak terlalu panas buat Jungkook. Sudu itu dihalakan ke bibir Jungkook namun pantas wajahnya dialihkan.
"Saya tak nak. Tekak saya sakit" ujarnya dengan suara yang serak dan parau.
"Makanlah sikit, nanti macam mana nak makan ubat? Saya dah haluskan bubur ni betul-betul. Telan dengan air pun tak apa, janji awak makan" sesudu bubur selamat masuk ke dalam mulut Jungkook mengundang ekspresi tidak baik darinya.
"Sakitnya" sedikit air disisip dari gelasnya.
"Saya dah tak nak"
"Sikitnya awak makan. Macam mana nak baik cepat?" Hara hanya mengalah dengan kedegilan lelaki itu dan menyuapkan cecair ubat demam ke dalam mulutnya.
Tubuh sasa suaminya dibaringkan lantas kemeja-T lelaki itu disingkap sedikit. Minyak daun limau dioleskan pada pinggang, bahagian tulang belakang dan bahu lelaki itu. Bahagian-bahagian itu diurut lembut untuk mengurangkan sengal. Semua orang pasti tahu bagaimana rasanya sengal badan sewaktu demam.
Baju lelaki itu dibetulkan semula. Duvet yang diperbuat daripada bulu angsa itu ditarik separas dada.
"Nak peluk~~" rengek Jungkook dengan mata yang tertutup mengundang senyuman kecil di bibir Hara.
"Manja" Hara turut menyelubungkan tubuhnya di dalam duvet tebal itu lantas memeluk Jungkook. Tangannya dilingkarkan di pinggang lelaki itu manakala kepalanya direhatkan di dada bidang kegemarannya.
Yejeong dan Seobyul yang mengintip pasangan itu dari celahan pintu tersenyum kecil. Mereka melagakan tapak tangan tanda berjaya.
"Akhirnya, berbaik juga budak berdua tu"
📷📷📷
Hara membuka matanya perlahan apabila suhu bilik terasa menggigit kulitnya. Jungkook yang menitiskan airmatanya itu membuatkan Hara panik.
"Jungkook, bangun. Kenapa ni?" tiada jawapan malah kata maaf meluncur tak henti-henti dari belahan bibir lelaki itu.
"Jangan tinggalkan saya, sayang. Saya takut" Hara lantas memeluk leher lelaki itu erat dan menghadiahkan beberapa kucupan hangat di ubun-ubunnya.
"Saya dah maafkan awak, sayang. Dah, dah. Jangan menangis. Saya ada disini"
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro