Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📀 50 🌡

Ahli Hooligans Sq sedang 'mengisar bawang' di penjuru kelas. Mulai dari kes ular pokok hinggalah kes junior mereka, Kang Seolha yang digantung mandatori.

"Padanlah dengan muka. Siapa suruh cari pasal dengan kau? Duduklah rumah sampai mereput bontot kau" getus Sunny.

"Tapi aku paling suka tengok Hwayoung menjerit. Tak ubah macam siamang tercekik kasut" perumpamaan Rain membuatkan empat gadis itu tertawa lepas. Perhatian mereka beralih kepada Hana yang sibuk termenung. Adakalanya dia tersengih sumbing membuatkan ahli skuad berasa aneh.

"Woi, senyum-senyum!" Hara menepuk kuat bahu Hana sehingga tersentak gadis itu dibuatnya.

"Mana ada apa-apa pun" perbualan mereka terhenti apabila kelibat Puan Jang menapak masuk ke dalam kelas. Masing-masing memeriksa jadual mereka untuk melihat adakah jam 12 tengah hari merupakan waktu matapelajaran Kimia.

"Tak perlu periksa jadual kamu. Saya bukan masuk untuk mengajar melainkan nak minta bantuan kamu semua" seisi kelas menarik nafas lega.

"Pengetua mahu kamu semua ikut serta dalam membantu guru-guru menyediakan persiapan temasya sukan tahunan kita. Sila tukar seragam kamu kepada pakaian sukan dan berkumpul di padang untuk taklimat" sebaik wanita itu beredar, mereka mula merancang strategi supaya tidak perlu bekerja keras.

"Pastikan kita berada dalam pasukan yang sama dan pilih kerja yang paling ringan, kalau boleh" empat gadis itu mengangguk setuju dengan rancangan Hara sebelum mereka bergegas ke bilik persalinan.

S

K

I

P

"Yeay! Kita akan tolong Sir Park sediakan alatan untuk acara besbol" ujar Sunny gembira.

"Ish, jenuhlah kita nak angkat kayu besbol. Berat tahu tak?" rungut Hana kesal.

"Eh kau ni. Bersyukur sikit. Kau nak tukar dengan kumpulan Yeji? Diorang kena kutip sampah" gadis itu lantas menggeleng laju. Mengutip sampah bukanlah tugas mudah. Tugas mengutip sampah datang dengan pakej mengasingkan dan meletakkan sampah-sampah mengikut kategori di bilik kitar semula berhampiran pintu pagar belakang. Lebih renyah dari mengangkut kayu besbol.

Lima gadis itu berjalan laju ke kubikel milik Jimin di bilik staf. Kelibat lelaki berambut coklat gelap itu jelas kelihatan kerana dia saja yang berada di bilik staf. Hawa dingin bilik itu membuatkan gadis-gadis seperti mereka menggosok lengan sendiri kerana kesejukan. Ditambah pula dengan baju sukan berlengan pendek, ah, pasti bulu roma akan berdiri tegak.

"Sir Park" lelaki itu menurunkan cermin mata bulatnya dan tersenyum ke arah mereka.

"Puan Jang dah beritahu saya yang kamu semua akan jadi pembantu peribadi saya" lelaki itu mengekeh kecil sebelum menyerahkan kunci stor kepada Hara.

"Ini kunci stor. Tadi, Jungkook dan Hwayoung berada di sana untuk memeriksa alatan. Tapi, saya sengaja bekalkan kunci pendua. Mungkin saja mereka sudah keluar dari bilik itu" pernyataan Jimin membuatkan mereka terkedu lebih-lebih lagi Jeon Hara.

Berdua-duaan di stor sukan yang sempit dan terlindung dari pandangan orang lain. Pasti banyak kekacauan boleh berlaku di situ. Mereka semua bergegas ke ruangan tersebut walaupun belum mengambil lembaran tugasan dari Jimin.

Jimin yang baru sahaja mendapatkan lembaran tugas tercengang apabila kesemua gadis itu telah menghilangkan diri. Dia menjongketkan bahunya sendiri.

"Mungkin mereka sudah biasa dengan temasya sukan sekolah ni" Jimin menyambung tugasnya supaya dia dapat pulang awal hari ini.

🍹🍹🍹

Jungkook memegang kedua-dua bahu milik Hwayoung yang dilapisi blaus baldu merah.

"Y-young jangan macam ni. Kita di sekolah, Young. Kita keluar, ya? Kita keluar" belum sempat Jungkook memulas tombol pintu, tangan kasarnya ditahan oleh jemari berbisa milik Hwayoung.

"Tiada sesiapa di sini. Apa yang perlu kita risaukan? Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing" Hwayoung memainkan butang teratas kemeja lelaki itu dengan gaya sensual dan menggoda.

Bibir lancang wanita itu melekap pada kulit leher bersih milik Jungkook. Sensasi bibirnya yang lembap dan lembut membuatkan lelaki berketurunan Jeon itu tidak senang duduk. Tangannya mencengkam sisi seluar slek hitamnya erat.

Tanpa sebarang amaran, gigi rapi milik Hwayoung terbenam di kulit leher Jungkook dan meninggalkan kesan merah keunguan di situ.

"Ah~ Hwayoung, pedih" desahan laknat itu meluncur lancar dari belahan bibir milik Jungkook. Hara yang mendengar segala-galanya dari luar pintu stor sukan itu mencengkam dadanya. Rasa sakit itu tidak jelas dari mana datangnya tetapi begitu menusuk tangkai jantungnya. Sakit yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir, sakit yang tiada antidotnya, sakit yang begitu hina.

Gadis itu mengatur langkah laju ke bilik persalinan. Empat orang ahli skuad yang lain membiarkan Hara pergi menenangkan diri sendiri. Mereka tahu bahawa gadis itu punya cara sendiri untuk melepaskan beban di bahunya.

Hana, Nara, Rain dan Sunny berlari anak dan bersembunyi di sebalik tangga apabila tombol pintu stor dipulas dari dalam. Kelibat Jungkook yang termengah-mengah terpacul di pintu sebelum lelaki itu membuka langkah gergasi ke balai disiplin.

"Awak dah nampak kan, Hana? Betapa sialnya kelakuan Jungkook" pandangan mereka tertumpu pada Jimin yang baru turun dari bilik staf dan berdiri statik di tangga.

"Saya yakin Sir Jeon hanya terperangkap. Saya tahu dia ikhlas dengan Hara, tiada niat lain apatah lagi untuk mendua"

"Saya tak mahu menjadi antagonis dalam kisah cinta pasangan Jeon tu. Tapi, kalau awak sayangkan persahabatan awak, selamatkan Hara. Walaupun bukan saya yang akan ganti tempat Jungkook, saya akan gembira kalau Hara mendapat lelaki lebih baik. Mungkin mereka bahagia sekarang, tapi mungkin saja salah satu dari mereka menderita di masa hadapan" Hana terkedu seketika.

"Jadi, Sir Park masih menaruh harapan pada Hara?" getus hati kecil gadis itu yang mula membuka ruang untuk seorang Park Jimin menyelinap masuk.

Jimin melangkah ke stor sukan tersebut. Kelibat Hwayoung yang duduk sambil tersenyum di kerusi itu dipandangnya jengkel.

"Saya rasa tugas Cik Park dah selesai, bukan?" Hwayoung lantas berdiri dan melanggar bahu Jimin perlahan sebelum menapak keluar dari stor itu.

"Tch, tak guna"

🛡🛡🛡

Hara melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu perlahan. Kelibat Jungkook yang berada di atas sofa itu langsung tidak diendahkannya.

"Sudahlah balik tak ingat masa, suami yang duduk dekat sini pun dah tak nampak" ujar Jungkook dengan nada mendatar. Hara berdecak sinis sebelum membalikkan badannya menghadap 'sang suami'.

"Baru sekarang nak mengaku suami. I see" Jungkook lantas berdiri di hadapan Hara. Anak mata mereka saling menikam satu sama lain sehingga suasana menjadi tegang.

"Cantiknya tanda dekat leher. Kekasih buat hmm?" Jungkook menundukkan wajahnya.

"Dari dulu saya dah cakap. Jangan percayakan adik angkat awak. Sekarang dah terangkat kan? Seronok bercinta dengan dia, bercengkerama di stor sukan sampai tak ingat jawatan yang awak sandang? Dah tak ada tempat lain? Dah tak sabar sangat? Dah tak boleh menunggu?" soalan demi soalan menghujam pendengaran Jungkook.

Gadis itu menolak bahagian dalam pipinya menggunakan lidah. Sesekali dia menyeringai ketawa. Mengetawakan kebodohan diri sendiri.

"Pergilah penuhi impian liar dan nafsu awak pada perempuan jalang tu"

"JEON HARA!" seraya itu, pipi kanannya terasa panas dan kebas. Dipandangnya Jungkook yang mencuba untuk mengawal atur nafasnya sendiri. Cecair pekat berwarna merah yang melekat pada hujung bibir dilap kasar menggunakan ibu jari. Gadis itu bahkan ketawa diperlakukan sebegitu.

"Itu saja yang awak boleh buat huh? Tampar saya, pukul saya, seksa saya macam mana awak seksa hati saya. Baru awak puas kan? Kalau awak lebih percayakan adik angkat awak, teruskan. Saya takkan halang awak mulai saat ni, detik ni" Hara menutup pintu biliknya kasar.

Prang!

Jungkook lantas mendaki tangga untuk ke bilik yang telah menyaksikan pelbagai drama antara mereka itu.

"Hara, jangan buat kerja gila! Buka pintu ni!"
















































































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍














































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro