Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📀 49

STRICT REMINDER 📣

Read after Iftar ONLY 📌

⚘~~~~~~⚘

"Sayang rasa dalam ni dah ada baby ke belum?" Jungkook menggeselkan hidungnya ke perutku dan menciumnya manja. Rambutnya aku mainkan dengan jemari runcingku seraya menggeleng.

"Saya tak tahu, Jungkook. Kita baru mencuba untuk kali kedua. Saya tak nak awak terlalu berharap. Banyak pasangan yang menanti bertahun malah belasan tahun untuk si cilik, penyambung legasi. Jadi, saya nak awak sabar dan terus positif. Pinky promise dulu" jari kelingkingku disuakan ke arahnya. Bibirnya dimuncungkan sebelum jari kelingking kami bertaut.

"Awak, barang dapur dah beransur habis. Jom kita ke pasar raya. Tak silap saya, sekarang ni ada banyak promosi sempena Hari Kebangsaan" aku menarik tangannya ke dalam bilik supaya dia dapat bersiap. Bukannya aku tak kenal dia. Hampir setahun kami bersama, membeli barang dapur adalah musuhnya.

Aku menyarung sehelai kemeja biru zamrud dari jenis satin dan dipadankan dengan sehelai jeans berpotongan slim fit. Sedikit pelembap bibir merah jambu aku calitkan di bibir dan ditambah dengan lip mousse berwarna merah koral.

Pandanganku terarah pada pakaian yang dikenakan oleh Jungkook. Semuanya baik-baik saja sehinggalah mataku tertancap pada seluarnya. Hanya tiga kata yang terlintas di benakku tika ini.

Ketat

Sendat

Padat

"Hei, siapa bagi awak pakai macam ni? Awak nak suruh makcik-makcik juruwang tu perhatikan awak ke? Euw, tukar! Tukar!"

"Nak ke pasar--"

"Saya tak nak pergilah kalau macam ni" punggung aku hempaskan di atas katil sambil menyilangkan tangan ke dada. Jungkook mencuit hidungku lantas berjalan ke almarinya.

"Yalah, yalah. Nak tukarlah ni" aku tersenyum kemenangan. Jungkook memang tidak pernah mengenal perkataan malu. Dengan selamba badaknya dia melondehkan seluarnya dihadapanku. Mujurlah kemeja T hitamnya agak labuh sehingga paras paha. Jika tidak, pemandanganku akan tercemar di pagi hari.

"Dah, dah. Jom pergi cepat. Kalau merajuk tu, muka macam badak sumbu" usikannya mengundang tumbukan padu pada bahu kanannya. Dia tidak mengaduh malah tersenyum sungging. Bilalah awak nak berhenti jadi kacak?

S

K

I

P

"Lama lagi ke awak nak beli barang" rengek Jungkook sambil menolak troli berisi barangan dapur itu. Sesekali dia memuncungkan mulutnya seolah-olah anak kecil sedang berpuasa.

"Banyak lagi, sayang" Jungkook memberhentikan troli itu secara tiba-tiba sehingga barangan di dalamnya tumbang satu per satu.

"Awak cakap apa tadi?"

"Tak ada apalah" aku memasang riak polos lalu memasukkan dua kotak bijirin sarapan ke dalam troli. Lelaki itu melepaskan pemegang troli lalu melangkah ke sisiku.

"Tadi kita dengar awak panggil kita sayang" ujarnya sambil menggigit sebatang biskut jejari. Bahunya aku tumbuk kuat.

"Ish, biskut tak bayar lagi. Siapa suruh makan?" Jungkook masih ligat mengunyah biskut tanpa mengendahkanku.

"Ulang balik apa yang awak cakap tadi. Baru saya berhenti makan" aku memutarkan bola mata malas.

"Ya, sayang. Jom kita cari bahan basah pula. Sayang nak ke makan biskut ni saja untuk sarapan sampai waktu makan malam?" Jungkook tersenyum kemenangan lantas menolak troli itu kembali.

Setelah selesai berbelanja, aku dan Jungkook beratur bersama pelanggan lain untuk tujuan pembayaran. Barang-barang yang berada di dalam troli itu diperiksa untuk kali terakhir supaya tiada yang tertinggal. Nanti tak pasal-pasal Jungkook membebel kalau terpaksa datang ke sini lagi.

"Kacaknya suami dia"

"Betul tu. Siap temankan isteri beli barang dapur. Kalau suami aku, memang selisih malaikat maut"

Aku menghela nafasku berat lantas menarik lengan Jungkook supaya merapatiku. Lengan berototnya aku peluk menggunakan tangan kananku membuatkan isteri-isteri gatal tadi mulai diam.

"Bukan salah saya kalau saya kacak" ujarnya dengan nada berbisik.

"Seronok ke orang puji hmm?"

"Pelanggan seterusnya!" laung juruwang membantutkan perbualan kami.

"Tunggu kita sampai rumah nanti" ujarku sebelum menolak troli yang seberat Jungkook itu ke kaunter. Dia pula hanya mengekeh tawa di belakangku.

🐠🐠🐠

Aku berjengket-jengket masuk ke kelas. Kelibat ahli skuad yang lain masih belum kelihatan, maka aku bercadang untuk membaca nota kilat yang Jungkook sediakan. Kata-katanya tempoh hari memaksaku untuk mendapat keputusan cemerlang.

"Kalau awak dapat keputusan cemerlang, saya akan bagi awak tunggang motosikal semula"

"Oh my God! Hara Kim baca bukulah!" jerit Daehwi dengan badan terliang-lentok. Beberapa orang rakan sekelasku yang lain turut mengalihkan perhatian ke arahku.

"Tak sangka otak udang macam kau ni ada hati nak belajar. Yuha, dia nak lawan ranking kau" kali ini, ketua kelas durjana itu cuba mengadu dombakan aku dengan pelajar terbaik sekolah, Dyo Yuha. Gadis itu kelihatan tenang dan tersenyum ke arahku.

"Pedulikan apa yang orang sekeliling katakan. Mereka tak berhak tentukan masa depan kita. Teruskan belajar dan capai cita-cita kau. Kalau kau nak, kita boleh ulangkaji sama-sama di perpustakaan awam" reaksi menjengkelkan aku terima dari Daehwi kerana Yuha menyebelahiku.

"Hari ni masa pertama dan kedua akan kosong. Guru-guru ada mesyuarat untuk acara sukan tahunan" getus Daehwi lalu beredar ke kelas sebelah yang menempatkan rakan sekunyitnya.

Lain pula ceritanya di bilik seminar. Semua guru sedang bertungkus-lumus merangka aktiviti dan acara bagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah Tinggi Starlite. Jimin selaku setiausaha pada kali ini mencatat minit mesyuarat dengan teliti. Pandangan Jungkook yang berada di penjuru meja diabaikannya.

"Sekarang, kita akan cabut undi untuk tentukan tugas. Sila buat cabutan kemudian catatkan tugasan pada ruangan di sebelah nama masing-masing" ternyata, Jungkook, Jimin dan Hwayoung mendapat tugasan yang sama iaitu memeriksa peralatan untuk temasya tersebut.

"Cikgu Jeon! Berjodoh betul kita ni kan? Saya satu pasukan dengan Cikgu Jeon dan Cikgu Park" ujar Hwayoung ria tetapi hanya dibalas senyuman nipis oleh Jungkook.

"Korang berdua pergilah dulu. Aku perlu taip minit mesyuarat. Tinggalkan seksyen bola untuk aku periksa" Jimin melangkah keluar dari bilik seminar untuk ke kubikelnya. Seharian ini, dua jejaka rebutan Malaya itu masih belum bertegur sapa.

Jungkook dan Hwayoung menapak masuk ke stor sukan itu. Lampu pendafluor dihidupkan. Hwayoung menutup pintu stor rapat.

"Kenapa tutup pintu?"

"Supaya tak sesiapa ganggu tugas kita" Jungkook mengangguk dan mula memeriksa kayu besbol. Beberapa kayu besbol yang retak dan patah dimasukkan ke dalam kotak untuk dibuang.

Hwayoung pula sibuk memerhati Jungkook dari belakang. Bahu lebar, lengan berotot, pinggang ramping dan paha berisi membuatkan wanita itu menelan ludah payah. Ditambah pula dengan lengan baju yang disinsing menampakkan urat-urat kehijauan yang timbul di lengan lelaki itu.

Wanita bermarga Park itu menggigit bibir apabila mata miangnya turun ke pinggul Jungkook. Lelaki yang sedang tekun memeriksa raket badminton itu didekatinya.

"Ah, maaf. Saya cuma nak tolong" Hwayoung menarik tangannya yang mendarat di atas tangan Jungkook. Lelaki itu mengangguk dan bersegera memeriksa alatan lain. Dia hanya ingin keluar secepat mungkin kerana rasa janggal antara mereka berdua. Di ruangan tertutup, macam-macam insiden boleh berlaku jika terlepas kendali.

Tali lehernya ditarik membuatkan Jungkook tersentak. Tubuhnya disandarkan pada pintu stor yang tertutup rapat. Hwayoung pula dengan miangnya melarikan jari dan melukis bulatan secara rawak pada dada berotot itu.

"Y-young kenapa ni?" jarinya diletakkan pada bibir empuk milik lelaki itu.

"Shhh~ Jangan bising-bising, nanti kita akan tertangkap"













































































































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍














































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro