📀 48
"Siapa isteri kau?"
━━━━━━━━》❈《 ━━━━━━━
Jungkook menarik nafas dalam sebelum menggetarkan pita suaranya.
"Hara, isteri aku" Jimin diam tidak berkutik.
"Jungkook! Kenapa sampai jadi macam ni?" Hara dan ahli skuad yang lain bergegas ke khemah keselamatan apabila suara jerkahan Jungkook bergema di bangunan itu.
"Hwayoung beritahu saya yang Jimin masuk ke bilik awak" Hara menepuk dahinya lantas memukul dada Jungkook kuat.
"Awak percaya?" getus Hara kesal. Lelaki itu mengangguk dan menundukkan kepalanya. Gadis itu hanya mengurut pelipisnya.
"Kalau si Hwayoung tu yang cakap, memang awak percaya 100% kan? Kalau dia cakap saya perempuan tak baik, awak percayalah? Macam tu? Bukan Sir Park yang buat perkara terkutuk tu. Wangian lelaki tadi terlalu kuat sedangkan Sir Park tak sukakan bau minyak wangi" Jungkook masih diam. Dia tidak mampu mengangkat kepalanya dan menatap mata Hara yang dipenuhi rasa kecewa.
"Tch, aku ingatkan kita sama-sama mengenal hati budi masing-masing. Tapi, rupanya aku salah menilai kau. Kau lebih percayakan adik angkat kau yang muncul entah dari ceruk mana tu daripada aku yang kenal kau hampir 10 tahun" kini, Jimin pula meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Yoongi dan Hoseok yang baru tiba terus tercengang dengan luka serta lebam pada wajah dua lelaki itu.
"Aku dah cakap pada kau. Jangan percayakan nenek sihir tu. Tak nak dengar cakap aku, inilah padahnya" omel Yoongi.
"Arahkan Shooting Stars perempuan untuk kemas pakaian mereka malam ni juga. Aku akan beri arahan pada Shooting Stars lelaki. Tengah hari esok kita akan balik. Tak ada gunanya kita teruskan kem ni kalau semua dah tunggang-langgang macam ni" Hoseok mengangguk dengan arahan Yoongi. Mereka berdua bergegas ke dua blok berbeza untuk menjalankan tugas.
Hara menarik tangan Jungkook kasar untuk naik ke biliknya. Tubuh lelaki itu ditolak kasar ke atas katil bersaiz queen yang terletak ditengah-tengah bilik. Jungkook sedikit tersentak dengan sikap Hara terhadapnya.
"Hara, saya nak keluar. Kalau orang lain nampak, susah kita nanti"
"Saya dah tak peduli dengan kata-kata orang. Bukan mereka yang layari bahtera ni tapi kita" gadis itu datang dengan sebuah kotak kecemasan di tangannya. Luka pada bibir dan pipi kanan lelaki itu diubati tanpa sebarang kata.
"Saya minta maaf" Hara masih diam dan fokus dengan keligatan tangannya menyapu ubat. Akhirnya, satu keluhan terlepas dari belahan bibir pucat itu.
"Saya tak kisah kalau awak berbincang dengan baik. Keganasan takkan selesaikan masalah. Tolonglah, berhenti percayakan tuduhan dan omong kosong Hwayoung. Kita tak tahu apa niat dia dalam hubungan kita" Jungkook hanya diam supaya keadaan tidak bertambah keruh. Namun, jauh di sudut hatinya dia mempercayai bahawa Hwayoung tidak berniat buruk terhadap mereka.
🐚🐚🐚
"Oh, jadi perempuan tu cuba lagakan Sir Park dan Sir Jeon. Tunggu kau" Sunny tersenyum jahat dan mula merangka serangan balistik untuk membalas dendam. Nara dan Rain turut mengangguk dengan pemikiran Sunny.
Lain pula dengan Hana. Gadis itu menapak ke dalam khemah keselamatan untuk mendapatkan Jimin. Lelaki itu sedang berusaha menyapu cecair antiseptik pada bibirnya dengan bantuan cermin.
"Kalau tak keberatan, boleh saya tolong?" Jimin teragak-agak sebelum mengangguk. Kapas di tangannya dihulurkan pada Hana. Mata bundar gadis itu sangat khusyuk memerhati bahagian bibir Jimin yang luka sambil melarikan kapas berisi cecair kecoklatan itu di atasnya.
Gel penyejuk disapu perlahan-lahan ke atas lebam di pipi Jimin. Lelaki itu hanya diam dan memerhati setiap tindak-tanduk gadis itu.
"Comel" monolog Jimin di dalam hatinya. Tanpa dia sedari, dia telah menatap gadis itu layaknya harimau yang akan menerkam bayi kancil.
"M-maaf" ujar Jimin sebelum menundukkan pandangannya. Senyum tipis tercalit di bibir gadis itu.
"Terima kasih, Hana"
"Tak apa, ini sebagai tanda terima kasih saya sebab Sir Park temankan saya masa zip lining" Jimin mengangguk kekok.
"Awak masuklah tidur. Dah lewat malam, tak baik anak dara berembun"
"Ya, Sir Park pun. Saya harap Sir Park tak berdendam dengan Hara dan Sir Jeon. Mereka dah lalui pelbagai dugaan lebih-lebih lagi selepas kehadiran Cik Park. Carilah pengganti Hara. Jangan ganggu mereka berdua dan jangan sesekali terpengaruh dengan hati bernanah Cik Park. Dia terlalu bijak menyusun kata sehingga Sir Jeon kerap terjatuh dalam jeratnya. Saya harap pemikiran Sir Park lebih jernih dan bijak dari tu" Hana berlalu meninggalkan Jimin dengan kesan mendalam pada hati lelaki itu.
S
K
I
P
"ARGH! ULAR!" Hwayoung berlari dari kawasan pengumpulan bagasi pelajar dan guru ke tapak senamrobik berhampiran tasik. Semua Shooting Stars dan guru-guru mengalihkan pandangan ke arahnya. Tangan Jungkook menjadi sasaran wanita itu.
"Jungkook! Jungkook! Ada ular dalam beg saya" lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Hara namun tidak pula bertembung mata dengan gadis itu.
"Biar aku yang tolong kau. Kook, kau teruskan senamrobik" Hwayoung mendengus kasar seraya membontoti langkah Yoongi.
"Ah, sebelum tu. Saya perlukan dua orang pelajar untuk pegang guni dan uruskan ular tersebut" Sunny dan Rain lantas mengangkat tangan.
"Saya nak yang lela--"
"Kami boleh buatlah Cikgu Min. Percayakan kami. Kami lagi tough daripada pelajar lelaki" Rain mengangguk dan mengiyakan kata-kata Sunny.
"Kalau korang berdua menjerit, saya denda lari padang" dua gadis itu mencicit lari untuk ke kawasan pengumpulan bagasi.
"Mana ularnya?"
"Tadi ada dalam beg saya, yang warna merah jambu tu" Yoongi membuka bagasi tersebut dan mendapati seekor ular berwarna hijau muda sedang melingkari pakaian dalam Hwayoung.
"Dasar ular gatal" getus Yoongi sebelum meletakkan ular tersebut pada ranting pokok berdekatan.
"Kenapa tak bunuh saja?"
"Aku tak kejam macam kau, nenek sihir" Hwayoung menghentakkan kakinya geram.
"Eleh, ular pokok saja, Cik Park. Takkanlah nak terjerit-jerit sampai terkeluar anak tekak" Sunny dan Rain ketawa mengekek sambil memimikkan wajah kegelian Hwayoung.
🍛🍛🍛
Jungkook mengeliat perlahan sebelum menghempaskan punggung ke atas sofa di ruang tamu. Hara pula mencapai dua gelas seramik dan diisikan dengan air berais.
"Terima kasih" Jungkook meneguk air yang dihulurkan isterinya dengan rakus.
"Sekejap lagi masukkan bagasi awak dalam bilik saya. Mulai hari ni, kita duduk sebilik. Saya tak menerima sebarang bantahan" Hara menyengir senyum.
"Awak sebenarnya gatal kan? Awak nak intai saya mandi kan? Awak suka tengok saya berkemban, betul tak? Sebab tu awak nak saya sebilik dengan awak kan?"
"Eleh, saya dah tengok lebih daripada tu. Saya dah perhatikan semuanya dengan terperinci" Jungkook tersenyum bangga.
Hara mengabaikan lelaki itu lantas mengangkat bagasinya naik ke tingkat atas. Pintu bilik Jungkook dikuak dari luar.
"Ish, seluar dalam bersepah. Mahu saja aku sunatkan orang tua ni sekali lagi" dua helai seluar dalam berjenama Calvin Klein dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor. Kemejanya turut dibuka, meninggalkan singlet putih yang tersarung pada tubuhnya.
Sedang dia menyusun pakaiannya dalam almari milik Jungkook, sepasang tangan kekar melingkar di pinggang ramping milik gadis itu. Rambut panjang milik Hara dihidu dengan entusias sebelum bibirnya mendarat di bahu terdedah gadis itu.
"Dah lama saya rindu awak. Alang-alang esok cuti, jomlah kita merancang untuk kembangkan keluarga kita" kali ini, bibir mungil gadis itu pula diserangnya. Langsir ditarik sehingga keadaan bilik itu menjadi separa gelap seperti salah satu adegan filem Inggeris. Ya, mereka menikmati malam itu seumpama itulah malam terakhir mereka di dunia.
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro