Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📀 46

"Unit disiplin dah tarik balik penggantungan Hara. Jadi, dia berhak untuk ikuti sebarang program anjuran sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa. Aku yang suruh Jungkook tumpangkan Hara ke sini sebab dia tak dapat apa-apa maklumat tentang kem ni" lancar saja kata-kata itu keluar dari belahan bibir milik Yoongi.

Para pelajar dan guru-guru hanya mengangguk faham dengan situasi tersebut tanpa perlu dijelaskan untuk kali kedua. Mendidih darah Hwayoung apabila pembohongan Yoongi sungguh sempurna.

"Nampaknya lelaki ni bukan lawan yang mudah"

"Jungkook, hantarkan beg Hara ke bilik 704" ujar Yoongi selamba. Lelaki itu tahu bahawa Jungkook terlalu menggelabah apabila berdepan dengan wanita ahli sihir ini. Maka, dia perlu mencari akal untuk Jungkook dan Hara.

"Eh, pelajar lain boleh saja angkat beg sendiri. Kenapa--"

"Kau ni bodoh atau pura-pura tak ada otak? Berita tentang insiden pecah rumah Hara dah dimaklumkan dalam kumpulan Telegram rasmi sekolah. Dia pun baru sembuh. Boleh tak berhenti mempersoalkan tindakan kami? Kami tahu apa yang kami buat" Hwayoung hanya menggulingkan bebola matanya lantas kehilangan kata-kata. Daniel yang memasang telinga sejak tadi pula mengalami serangan panik.

"Daniel, kau okey?" soal Jihoon risau apabila melihat Daniel yang seperti tersentak akan sesuatu.

"Aku okey. Jom susun barang dalam bilik. Sekejap lagi kita ada aktiviti" mereka berdua mengikuti rombongan pelajar lain ke The Creek and Crust, tempat yang menjadi kediaman mereka sepanjang kem perdana ini berlangsung.

🍰🍰🍰

"Ah, penatnya! Kalau aku tahu, aku pura-pura pengsan saja tadi" keluh Sunny apabila kami tiba di bilik yang kami kongsi bersama. Aku juga merebahkan badan ke atas katil. Fuh, penangan senamrobik Sir Park, sakit badan aku dibuatnya.

"Orang tua tu makan apa hah? Bertenaga semacam saja malam-malam buta macam ni. Sakit betis aku dibuatnya. Kalau esok aku tak boleh berjalan, macam mana?" keluh Rain pula.

"Anak-anak dara sekalian, kecuali Hara. Sila mandi sekarang. Berlengas-lengas tapi dah berbaring atas katil" aku menjeling ke arah Hana apabila mendengar ayat yang dilontarkan olehnya. Sebiji bantal aku lempar ke perutnya.

"Kurang ajar kau" dia hanya tersengih sambil mengelap rambutnya yang masih basah.

"Weyh, gila bapak seksi laki kau, Hara" ujar Rain apabila dia melihat kelibat Jungkook dari balkoni. Aku bergegas ke balkoni sehingga terdorong Rain ke belakang. Dia pakai

























































































































































SELUAR PENDEK!

Aku segera mencapai telefon pintarku dari dalam kocek seluar. Namanya aku ketik di dalam aplikasi KakaoTalk. Pesanan ikhlas nan manja aku hadiahkan padanya.











Little Lion 💘
online

Jeon Jungkook 😤 ✅
09.30 p.m.

Ada apa, sayang?
09.30 p.m. ✔️

Tiba-tiba saja seru nama penuh saya ni. Rindu?
09.31 p.m ✔️

Saya nampak awak pakai seluar pendek 😡 ✅
09.31 p.m.

Pergi tukar cepat ✅
09.32 p.m.

Kalau tak.. 🔫😊 ✅
09.32 p.m.

Tapi, sayang. Panaslah kalau pakai seluar panjang 😭
09.32 p.m ✔️

Pergilah tayang paha awak tu dekat semua orang
09.33 p.m.

Biar semua orang tengok ✅
09.33 p.m.


"Alamak, Hara dah offline. Matilah aku nak memujuk dia" Jungkook berlari ke biliknya dan terus menukar seluarnya. Tahu pun takut. Cari pasal lagi dengan aku.

S

K

I

P

Jimin dan Hwayoung bertugas untuk menyediakan harness bagi aktiviti yang terkenal dengan adrenalinnya, zip lining. Mereka akan merentasi tasik yang terletak di antara platform 1 dan 2. Beberapa orang petugas khas membantu mereka untuk memakai harness serta memberi taklimat keselamatan kepada semua pelajar.

Hwayoung tersengih jahat apabila harness yang sepatutnya dipakai oleh Hara telah dipotong sedikit di bahagian tali utama.

"Satu potongan dah cukup untuk membuatkan anak itik macam kau jatuh ke dalam tasik tu"

"Baiklah, Shooting Stars, sila beratur dengan baik setelah memasang harness masing-masing. Shooting Stars lelaki yang akan mulakan dulu" semua pelajar Sekolah Tinggi Starlite mula berbaris, dikepalai oleh Daniel sebagai ketua pelajar.

"Sir, saya tak nak. Saya janji akan buat aktiviti lain dengan baik tapi saya tak nak buat aktiviti ni" raung Hana sambil memeluk kaki Jimin. Lelaki itu mati kutu melihat Hana yang menangis teresak-esak di kakinya. Bahu gadis itu dipegang lalu dipaksa berdiri.

"Saya naik dengan awak. Saya janji, saya akan pegang awak elok-elok" Hana tetap menggeleng sambil menyeka airmatanya sendiri. Ahli skuad yang lain hanya memerhati adegan itu tanpa berkata apa-apa. Semua aktiviti tertakluk kepada pengelola, maka mereka tidak mahu berlagak pandai di sini.

Jimin memeluk Hana yang masih menangis dan meminta petugas tersebut memasang harness berkembar untuk mereka. Jeritan Hana dan Jimin bergema di sepanjang tasik membuatkan suasana tidak lagi sunyi. Ahli skuad ketawa sendiri apabila melihat kemesraan guru mereka dengan Hana.

"Hana dah tak single" usik Rain sebaik saja Hana sampai di platform 2. Mereka berempat ketawa mengekeh sehingga Jungkook naik hantu.

"Ha, empat ketul yang sedang ketawa tu. Cepat sikit jalan, orang lain dah siap. Korang main-main lagi" Hara menjelirkan lidah padanya lalu berlepas dari platform 1.

Splash!!

Tak sampai 15 saat, Hara sudah pun terkapai-kapai di tengah tasik. Semua yang melihat terkejut besar begitu juga dengan petugas tersebut. Hwayoung berpura-pura pengsan apabila Jungkook membuka langkah untuk menyelamatkan Hara. Lelaki itu menyambut Hwayoung secara spontan membuatkan Daniel terus terjun ke tasik untuk menyelamatkan Hara.

Sebaik Hara di bawa naik ke salah satu jeti berhampiran, Jimin selaku guru bertugas terus memberikan bantuan kecemasan namun tiada sebarang respon dari gadis itu. Tanpa berlengah, bantuan CPR dari mulut ke mulut diberikan dengan segera.

Gadis itu memuntahkan air yang banyak dan terkulai lemah kerana kekurangan oksigen. Jimin terus menggendong tubuhnya ke sebuah bilik yang dijadikan bilik rawatan. Jungkook juga memutuskan untuk membawa Hwayoung ke bilik rawatan namun ditegah wanita itu.

"Tak apa, saya baik-baik saja"

"Kalau macam tu, Yeji! Tengokkan Cikgu Park. Saya nak ke bilik rawatan untuk periksa keadaan rakan sekelas awak" Yeji hanya mengangguk dan duduk di sebelah Hwayoung.

Jungkook pula berlari pantas ke bilik rawatan dan menangkap kelibat Jimin yang menunggu di luar.

"Macam mana keadaan Hara?"

"Joohyuk sedang memeriksa sama ada air tasik memasuki peparunya atau tak. Kalau ada air, kita mesti bawa Hara ke hospital dengan cepat" selesai saja Jimin berbicara, pintu bilik rawatan terbuka dan wajah Dr. Nam pun terpacul.

"Macam mana keadaan Hara, Hyuk?"

"Nasib baik korang selamatkan dia dengan cepat. Kalau tak, peparu dia akan berair. Tapi, syukurlah semuanya berada dalam keadaan baik. Biarkan dia berehat di biliknya terlebih dahulu. Kecualikan dia dari semua aktiviti hari ini" Jimin mengangguk dan masuk ke dalam bilik rawatan. Baru saja dia ingin menggendong Hara ke biliknya, Jungkook menahan tangan tersebut.

"Tak apa, Shooting Stars yang lain perlukan kau. Program di bawah dah tergendala. Biar aku saja yang bawa dia ke bilik" Jimin mengangguk dan menapak ke kawasan tasik semula.

Setibanya mereka di bilik 704, Jungkook membaringkan tubuh genit itu ke atas katil lalu menukar pakaiannya. Dahinya dikecup perlahan.

"Saya minta maaf sebab tak utamakan awak. Rest well, sayang"
























































































"Tak guna betul anak Park tu. Dia memang sengaja beri bantuan pernafasan pada Hara" getus Daniel geram. Hwayoung hanya menggulingkan matanya. Segugus kunci dilemparkan ke dada Daniel.

"Itu salinan kunci setiap bilik. Bilik 704 tu bilik Hara. Aku ada tugas untuk kau malam ni"




















































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍
























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro