Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

📀 45

Aku melangkah turun ke ruangan bawah tanah untuk memeriksa peti surat dan mendapatkan surat khabar harian untuk Jungkook. Sepucuk surat dari Sekolah Tinggi Starlite terselit di dalam peti surat unit kondominium kami.

Senaskhah surat khabar dan juga surat itu aku capai lalu mendaki tangga ke tingkat lima. Sekali-sekala menggunakan tangga untuk bersenam. Lagipun, beratku sudah mencapai 49 kilogram. Fuh, dah gemuk aku rupanya.

Terkuak saja dedaun pintu, kelibat Jungkook sedang melahap bibimbap air tanganku terlihat dengan jelas. Terima kasih kepada Encik Google kerana membantu.

"Amboi, sedap ke isteri awak masak?" ujarku sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengannya.

"Tak sedap sangat pun. Saya lapar, sebab tu lahap sikit" aku menggulingkan bebola mataku jengkel.

"Mestilah sedap, isteri saya yang masakkan" aku tersenyum simpul sambil menuangkan air berais ke dalam gelasnya.

"Kalau dipuji, baru dia nak tuangkan air untuk kita"

"Ah, saya ada jumpa surat dari sekolah. Mungkin itu surat untuk awak" aku menghulurkan surat itu kepadanya. Sampul surat dirobek kasar sebelum isinya dikeluarkan dengan cepat. Senyuman tertampal di bibirnya membuatkan aku curiga dengan isi kandungan surat itu.

"Ini surat awaklah, sayang" aku mengerutkan dahi sebelum menyambut hulurannya. Aku berdehem untuk membetulkan pita suaraku sebelum mula membacanya baris demi baris.

"Selamat sejahtera kepada ibu bapa atau penjaga bagi murid dari kelas 5 Galaksi, Kim Hara. Pihak sekolah memohon maaf di atas tindakan melulu badan disiplin terhadap jagaan tuan atau puan iaitu dengan menggantung persekolahan jagaan tuan atau puan. Kami telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa pelajar di atas tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Disiplin Sekolah 2001 dan boleh memulakan persekolahan pada tarikh berikut serta menyertai aktiviti tahunan sekolah"

Aku memandang surat itu lama. Tanda tangan yang diturunkan di hujung surat itu adalah tandatangan Cikgu Min, ketua guru disiplin.

"Yeaaaayy! Aku dah cakap, aku tak salah" aku mengibas rambutku sebelum kembali melabuhkan punggungku. Jungkook hanya melihatku dengan tatapan aneh sebelum menyuapkan bibimbap ke dalam mulutnya.

"Sekarang awak percayakan saya tak?" soalku untuk menguji Jungkook.

"Yalah, saya salah" aku tersenyum kemenangan melihat wajahnya yang masam mencuka.

🌭🌭🌭

Jungkook menyilangkan tangan ke dada dan bersandar di bingkai pintu. Matanya tertumpu pada beg galas besar yang sedang diisi dengan pakaian dan kelengkapan peribadi yang lain. Kakinya menderap masuk ke dalam bilikku perlahan. Kepalanya dilentokkan di atas bahuku.

"Kenapa ni? Awak dah kemas barang-barang awak?" hanya anggukan yang aku terima.

"Awak tak payahlah pergi. Aktiviti di sana semuanya lasak-lasak. Kalau awak dan anak saya cedera macam mana?" perutku diusap lembut yang mengundang tumbukan padu dariku.

"Jangan nak mengarut sangat, Jeon Jungkook. Saya tak rasa apa-apa pun. Tak ada maknanya nak mengandung" Jungkook mencebik dan memelukku erat.

"Saya nak peluk awak sekejap. Kalau dah sampai di tapak kem nanti, saya sibuk. Nak berjumpa pun macam mustahil saja" aku mengangguk dan membiarkan saja dia berbuat demikian. Setelah hampir 5 minit, aku meleraikan pelukan tersebut.

"Jomlah hantar saya ke sekolah. Awak pun perlu ambil kelengkapan berkhemah kan?" dia mengangguk dan mencapai beg galasku. Tiba saja di garaj kereta, beg-beg kami dimasukkan ke dalam but kereta.

"Awak naik dengan saya sampai ke tapak kem"

"Tapi--"

"Jangan pedulikan orang lain. Kita tak tahu apa yang akan terjadi kalau awak jauh dari pemerhatian saya. Mungkin salah satu ahli skuad awak pun boleh makan kawan"

"Ish, takkanlah mereka nak buat macam tu. Saya kenal diorang dah hampir 5 tahun" ujarku sambil memasang tali pinggang keledar.

"Apa-apa sajalah Puan Jeon. Duduk dalam kereta diam-diam apabila kita berada di sekolah nanti. Kalau perlu, pakai cermin mata gelap dan topi" aku mengangguk sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Ah, nyamannya. Sudah hampir seminggu aku terperuk di rumah setelah insiden tempoh hari. Baru hari ini aku dapat melihat kembali pepohon yang mula menghijau. Mungkin taburan hujan kebelakangan ini membuatkan tanah di kota Seoul subur dan dipenuhi tanaman.

Telefon pintarku dinyahkunci sebelum ikon yang tertulis nama Sunny aku ketik perlahan. Satu pesanan aku berikan kepadanya.



Aku ke tapak perkhemahan dengan Jungkook
11.50 a.m. ✔️

Terus naik bas, jangan tunggu aku
11.50 a.m. ✔️

Jumpa di sana 😝
11.51 a.m. ✔️

Baik bos 🙈
11.52 a.m.





Merekalah yang paling gembira apabila penggantunganku ditarik semula. Aku juga tak sabar untuk bertemu mereka lagi.

🐥🐥🐥

"Jungkook, aku nak tumpang kau nanti. Kereta aku masih di bengkel" Jungkook mengangguk dan menandatangani beberapa surat untuk perkhemahan tersebut.

"Cikgu Jeon, saya nak tumpang juga boleh?" ujar Hwayoung yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Jungkook dan Yoongi. Lelaki berkulit putih susu itu memandang jengkel kepada pakaian Hwayoung.

"Perempuan ni nak berkhemah atau nak ke kelab malam"

"Tak boleh, kereta Jungkook dah penuh dengan khemah pasang siap. Kau naik bas dengan pelajar lain" Yoongi dan Jungkook terus berlalu pergi ke lot parkir.

"Ouh, patutlah kau tak pelawa Hwayoung. Ada Puan Hara rupanya" Yoongi mengekeh ketawa tanpa menyedari bahawa wajah Hara sudah mulai masam mencuka.

"Nak ajak Hwayoung naik kereta awak buat apa? Kalau saya tak ada, awak nak tumpangkan dia?" Yoongi berhenti ketawa apabila Hara bertanya pada Jungkook dengan nada rendah. Terasa seram sejuk pula Yoongi dibuatnya.

"Taklah. Yoongi hyung bergurau saja" balas Jungkook sambil mengundurkan kereta. Hara menarik penutup wajah berwarna hitam ke atas untuk melindungi identitinya. Telefon pintar milik Yoongi pula tak henti-henti berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Ada apa ahjumma hubungi Yoongi?" soal Yoongi sebaik telefonnya melekap di telinga.

"Kamu nak berkhemah kan? Bawa Yeolhee sekali. Kasihan Yeolhee, dia tak pernah berkhemah" Yoongi mengurut pelipisnya perlahan.

"Ahjumma, ini perkhemahan anjuran sekolah. Mana boleh Yoon suka-suka bawa orang luar--"

"Tapi, kamu pengelola kan? Bolehlah, Yoon. Bawa Yeolhee sekali" Yoongi akhirnya mengalah.

"Yalah. Nanti Yoongi akan hubungi Yeolhee dan beritahu dia sendiri" panggilan terus ditamatkan. Sebuah fail berbentuk PDF berisi alamat dan keperluan perkhemahan di-e-melkan kepada gadis itu.

"Habislah hyung. Bukan senang nak jaga perempuan ni" ujar Jungkook.

"Awak nak mengata pasal saya ke?" cerlungan Hara membuatkan lelaki itu gugup seketika.

"T-taklah. Saya bercakap pasal mak cik yang jual hotteok dekat kawasan perumahan kita tu"

Setibanya mereka ke tapak perkhemahan, ketua urus setia iaitu Park Jimin telah membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.

"Pada tahun ni, ada kelainan yang ditampilkan oleh pihak urus setia dalam kem perdana kita. Terima kasih kepada Cikgu Jeon yang telah menaja penginapan kita. Maka, kita tak perlu bersusah payah untuk berkhemah seperti askar. Khemah pasang siap hanya digunakan untuk guru dan pengawal keselamatan yang berjaga pada waktu malam" semua pelajar bersorak riang mendengarkan perkara itu.

Mereka semua tak henti-henti memuji Jungkook yang berbaik hati untuk menaja tapak perkhemahan mereka. Hwayoung hanya tersenyum sinis mendengarkan perkara tersebut.

"Semuanya dirancang dari awal sebab isteri kau kan? Sayang betul kau pada perempuan tak guna itu. Tapi, bagus juga kalau perempuan tu tak ada. Bolehlah aku bermesra lebih sikit dengan Jungkook"

Hwayoung yang menyedari kelibat Hara di antara Yoongi dan Jungkook itu mula kehairanan.

"Eo, Kim? Bukan ke awak digantung selama dua minggu? Macam mana awak boleh sertai kem ini? Dan kenapa awak berada dengan Cikgu Jeon dan Cikgu Min?"










































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍






















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro