📀 40
Aku berjalan riang menuju ke kelasku. Jungkook? Ah, biarkan dia dengan dunianya. Aku malas hendak memikirkan soalnya. Selagi dia tak melakukan perkara yang mengecewakan aku, biar sajalah.
Sebaik aku melangkahkan kaki ke dalam kelas, ahli skuad yang lain dengan segera menyimpan telefon pintar masing-masing seperti ada perkara yang mereka sembunyikan dariku.
"Selamat pagi, busuk masam sekalian. Korang tengok apa tu? Sampai hati tak ajak aku tengok sekali" Sunny, Hana dan Rain masing-masing menundukkan wajah mereka. Nara pula seperti kematian kata-kata apabila melihatku. Dia kemudiannya menghela nafas panjang ditengah-tengah atmosfera kekok itu.
Layar telefon pintarnya dihalakan ke arahku. Aku menarik telefon pintar tersebut dari tangannya. Aku tersenyum tawar sebelum mengembalikan telefon pintar tersebut kepada pemiliknya. Aku hanya mampu tersenyum kerana Hara yang Hooligans Squad kenal ialah Hara yang kental dan tak cengeng.
"Maafkan aku, Hara. Aku tak sepatutnya tunjuk gambar-gambar ni pada kau. Tapi, aku sebagai kawan kau, aku rasa aku bertanggungjawab untuk selamatkan kau daripada diperbodohkan macam ni" jelasnya panjang lebar. Aku menepuk bahu Nara lembut lalu tersenyum kearahnya.
"Tak apalah, Nara. Aku pun tak kisah dengan apa yang dia buat. Mungkin aku tak mampu bahagiakan dia. Kalau dia nak cari yang baru pun, aku akan benarkan. Sebab aku memang tak pandai bahagiakan dia" tubuhku terus dirangkul oleh Sunny.
"Kau tak layak dapat lelaki macam dia. Kau akan dapatkan lelaki yang jauh lebih baik daripada dia. Tinggalkan saja lelaki tak guna ini. Untuk apa kau seksa jiwa kau untuk pertahankan rumahtangga yang tak seberapa ni"
"Gambar ni dah tersebar?" soalku kepada mereka. Masing-masing menggelengkan kepala. Mujurlah. Barulah aku dapat menarik nafas lega.
"Aku pun tak tahu macam mana pengirim ni boleh dapat nombor kami. Aku masih tak faham kenapa pengirim ni tak kirimkan terus pada kau" soal Hana.
"Biar sajalah. Tak guna difikirkan. Kalau kau perlukan kami, kami ada untuk kau sepanjang masa" Nara menepuk bahuku beberapa. Kelas kami juga sudah dibanjiri pelajar-pelajar lain setelah loceng berbunyi.
Kelibat Daehwi yang berjalan terlenggang-lenggok ke hadapan kelas menarik perhatian kami. Pembaris panjang yang tergantung di sisi papan putih digunakan untuk mengetuk meja guru. Tidak sampai beberapa saat, tumpuan semua pelajar tertumpu ke arahnya.
"Dekat sini, aku nak bagitahu korang satu perkara. Kita ada taklimat untuk kem perdana tahunan sekolah pada pukul 9 pagi. Sama ada korang nak sertai kem itu atau tidak, korang wajib untuk mendengar taklimat tersebut. Itu saja, sekian terima kasih" semua mata ahli skuad beralih ke arahku.
"Kau nak masuk ke?" soal Sunny singkat.
"Masuklah tapi aku nak tidur dekat belakang" kami semua tertawa kecil. Memang itu tujuan kami menghadiri taklimat. Untuk tidur.
"Ah, satu lagi. Pastikan korang semua bawa beg masing-masing sebab kita akan ke makmal Kimia selepas taklimat. Puan Jang akan adakan amali" kami hanya mengangguk dengan bebelan sotong gurita itu. Ah, hari ini akan jadi hari yang panjang dan membosankan.
🍏🍏🍏
Semua pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Starlite masuk ke dewan utama secara berpusu-pusu untuk menghadiri taklimat kem perdana. Hooligans Squad turut tidak terkecuali daripada terlibat dalam kerumunan manusia itu.
"Semua pelajar diminta untuk meletakkan beg masing-masing di koridor dewan untuk menjimatkan ruang dan mengelakkan kesesakan di dalam dewan" laung Myu Hansol, setiausaha badan pengawas atau dilabel sebagai kaki kipas guru-guru di sekolah tersebut.
Setelah semuanya selesai, taklimat dimulakan dengan kata aluan oleh Pengetua Song dan diikuti sesi taklimat keselamatan oleh Park Jimin, ketua guru bertugas bagi kem perdana tersebut.
Seolha berjalan perlahan-lahan di sepanjang koridor untuk mencari beg galas milik Hara. Sebaik saja beg berwarna merah hati itu ditemui, sebuah kotak dimasukkan ke dalam beg atau lebih tepatnya lagi, di sebalik buku-buku tulis milik Hara. Seolha mengemaskan rambutnya sebelum melangkah masuk ke dewan taklimat.
Hwayoung yang sedari tadi memerhatikan gerak-geri Seolha terus mendapatkan beg merah hati itu. Sebuah buku tulis ditarik keluar dari beg itu.
Hara Kim.
Itulah nama yang tertera pada kulit buku tulis itu. Sebuah kotak kecil ditarik keluar dari beg tersebut. Isi kotak tersebut sangat mengejutkannya.
"Juul?" rokok elektronik itu dimasukkan semula ke dalam beg galas milik Hara. Senyuman sinis terukir di bibir Hwayoung.
'Aku tak sangka kerja aku akan semudah ini. Adakah alam semesta merestui hubungan aku dan Jungkook? Tak perlulah aku bersusah payah untuk singkirkan perampas ni'
Hwayoung mengatur langkah ke balai disiplin, tempat di mana Jungkook bertugas. Pintu ruangan tersebut diketuk sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.
"Eo, Hwayoung. Ada apa datang sini? Masih sakit kepala?" soal Jungkook lembut sebelum kembali menyemak rekod disiplin pelajar. Hwayoung melabuhkan punggungnya di hadapan Jungkook sebelum memulakan bicara.
"Saya sudah semakin pulih, Cikgu Jeon. Oh ya, saya datang sini kerana ada perkara yang perlu saya bincangkan" Jungkook mengangkat wajahnya lantas melorotkan cermin mata berbingkai nipis miliknya.
"Bunyinya macam serius. Hal apa, Cikgu Park?"
"Saya dapat laporan dari salah seorang pelajar mengatakan bahawa ada pelajar tahun akhir yang membawa bahan terlarang ke dalam kawasan sekolah" riak wajah Jungkook terus berubah menjadi serius.
"Siapa pelajar itu? Dari kelas mana dan apa yang dia seludup masuk ke kawasan sekolah"
"Hara Kim, dari kelas 5 Galaksi. Dia telah membawa masuk juul ke kawasan sekolah" jantung lelaki itu seakan-akan berhenti berdegup. Nafas berat dihela sebelum pelipisnya diurut.
"Cikgu Park. Bawakan pelajar itu ke sini sementara saya hubungi waris terdekatnya" Hwayoung mengangguk sebelum mengatur langkah keluar dari balai disiplin.
🐍🐍🐍
Suasana di dalam balai disiplin menjadi tegang. Hara dan Seokjin duduk bertentangan dengan Jungkook.
"Saya dengar awak bawa rokok elektronik ke sekolah. Betul?" Hara dan Seokjin masing-masing membulatkan mata. Terkebil-kebil mulut Hara apabila dia dituduh sebegitu.
"Apa yang sir cakap ni? Tak mungkin saya akan bawa bahan terlarang masuk ke kawasan sekolah"
"Jadi, untuk membuktikan yang awak tak bersalah, saya yakin yang awak tak keberatan untuk geledah beg galas awak di hadapan saya" Hara segera mengangkat beg galas merah hatinya ke atas meja kerja Jungkook. Alangkah terkejutnya dia apabila juul itu menjadi perkara pertama yang dikeluarkan dari beg galasnya. Gadis itu menggeleng laju.
"T-tak! Ni bukan saya punya. S-saya tak ambil bahan terlarang"
"Hara, apa yang kau buat ni? Ya Tuhan, kenapa kau tak matang macam ni?" Seokjin pula menaikkan suaranya kepada Hara.
"Aku tak buat! Ni bukan aku punya!" airmata miliknya jatuh setitis demi setitis di pipinya.
"Tolonglah, sir. Ni bukan saya punya" Hara melutut di hadapan Jungkook. Dia tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga mereka pulang ke rumah nanti. Jungkook memegang kedua-dua belah bahu milik Hara dan mengangkatnya bangun semula.
"Saya terpaksa ambil tindakan disiplin kepada kamu. Maaf, hyung. Kook terpaksa gantung persekolahan Hara selama dua minggu bermula esok. Hyung kena turunkan tandatangan pada borang ni" sekeping borang dihulurkan kepada Seokjin. Lelaki itu memandang adiknya sekilas sebelum menurunkan tandatangan.
Hara kembali mengemaskan barangannya lalu bergegas keluar dari balai disiplin tersebut.
"Hara!" panggil Seokjin. Gadis itu menghentikan langkahnya namun dia langsung tidak memandang wajah Seokjin.
"Aku--"
"Sudahlah, Jin. Kau pun tak percayakan aku kan? Aku dah muak dengan semua ni. Dia langsung tak beri aku peluang untuk bela diri. Dia langsung tak berusaha untuk cari rakaman kamera litar tertutup. Dia sengaja mahu aku jauh dari sekolah supaya dia boleh menggatal dengan cikgu baru tu" Hara terus meninggalkan Seokjin yang masih terkedu di situ.
Langkah kakinya diatur ke makmal Kimia untuk menjalankan amali bersama Puan Jang. Mereka fokus menjalankan tugas masing-masing. Ahli skuad yang melihat kelibat Hara langsung tidak boleh menyapanya. Mereka semua tahu bagaimana sikap Puan Jang. Pantang ada yang bercakap di dalam kelasnya, sampai tahun hadapan pun akan diungkit.
Hara menghempaskan beg galasnya di atas meja. Tanpa berlengah, semua bahan dan radas di ambil dari meja guru untuk menjalankan prosedur. Seolha yang lalu di kawasan makmal hanya tersenyum melihat wajah cemberut Hara sebelum berlalu pergi bersama dua sahabatnya.
Gadis bermarga Kim itu kelihatan tidak fokus sejak awal lagi. Semua perkara yang dilakukannya tidak menjadi. Kali ini, sudah masuk kali ketiga dia membuat campuran asid dan alkali namun masih tidak menepati piawaian eksperimen.
'Dia memang sengaja nak jauhkan aku dari sekolah supaya dia dan perempuan tak guna tu boleh bermesra tanpa halangan. Tak guna betul. Aku ingatkan kau berbeza dari lelaki lain. Tapi kau sama saja, tak cukup satu'
"Auch!" rasa perit pada jari-jemarinya membawanya kembali ke dunia realiti. Seisi kelas memandangnya yang berada di meja belakang. Ahli skuad terus menanggalkan kacamata keselamatan dan bergegas ke arahnya.
"Kenapa Hara" soal Sunny khuatir.
"Tangan aku terkena asid" Hara menutup matanya sebelum berdesis kecil. Mereka terus membawa Hara ke bilik rawatan setelah mendapat kebenaran Puan Jang.
"Kau nak ke mana Sunny?" soal Hara apabila gadis itu tiba-tiba saja menukar arahnya.
"Aku nak bagitahu Sir Jeon Jungkook"
"Jangan--" gadis itu terus berlari mengendahkan larangan Hara.
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro