Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣36

Sandwic dari bekas berwarna hijau dan biru itu aku tuang ke dalam tong sampah hitam di tepi kelas. Bekas-bekas kosong itu aku masukkan ke dalam beg sekolah dengan kasar.

Aku menghempaskan punggung di kerusi milikku. Baik-baik, milik kerajaan. Panas hatiku melihat kelakuan perempuan gedik itu. Ya, dia seorang cikgu dan aku patut hormat padanya. Tapi, tidakkah dia terlalu biadap untuk berkelakuan sebegitu di tempat kerja, lebih-lebih lagi di sekolah?

Bunyi letukan kasut tumit tinggi seseorang bergema di bangunan yang aku huni. Ianya lebih bergema apabila bangunan ini kosong memandangkan sekarang masih lagi jam rehat.

Aku merendahkan tubuh dan masuk ke bawah meja. Cik Park. Apa yang dia buat di sini? Dia berhenti di hadapan kelasku. Aku sangat berdoa bahawa dia tidak akan menangkapku di sini. Setiap kali waktu rehat, pelajar diharamkan berada di kelas.

Aku tak takut dengan peraturan. Tapi aku lebih gerun pada Jungkook. Kami tinggal serumah, banyak perkara boleh berlaku.

Wanita itu terus berjalan menuju ke kelas sebelah, 5 Andromeda 1. Selepas beberapa minit, dia berlalu pergi. Apa motif perempuan ni sebenarnya? Aku yakin dia ada niat tak baik.

☁️☁️☁️

Jungkook berjalan laju ke arah kafeteria. Meja yang dihuni oleh Hooligans Squad menjadi arah tuju utamanya.

"Korang ada nampak Hara?" masing-masing menggelengkan kepala sebagai respon.

"Kami pun sedang tunggu Hara. Sampai sekarang dia tak datang-datang. Kenapa sir cari dia?" soal Nara.

"Uhm, tak ada apalah. Kalau jumpa dia, cakap yang saya tunggu dia di lot parkir lepas sesi sekolah tamat. Terima kasih" lelaki itu beredar dari situ. Buntu akalnya hendak mencari gadis kecil itu.

Apabila tiba di balai disiplin, sepasang kasut bertumit tinggi merah sudah tersusun kemas di hadapan pintu. Jungkook mengeluh kecil sebelum masuk ke dalam pejabatnya.

"Sir Jeon! Boleh saya makan di sini dengan sir?" Hwayoung tersenyum manis sebelum menarikkan kerusi untuk Jungkook. Janggal bukan?

"Young, oppa tahu kita dah lama tak berjumpa. Tapi, tolonglah. Kita di tempat kerja. Kita berada di sekolah dan kita ni guru. Young kena ingat tu. Apa pandangan para pelajar kalau mereka nampak Young berada di sini?"

"Oppa, Young tak bermaksud macam tu. Young cuma nak makan dengan oppa. Salah ke?" tangannya mendarat lembut di atas tangan milik Jungkook namun lelaki itu segera menarik tangannya.

"Oppa perlu jaga hati sesiapa ke di sekolah ni? Sebab tu oppa tak bagi Young rapat dengan oppa di sekolah. Perempuan yang berjaya tambat hati oppa tu guru di sini? Atau pun pelajar, hmm?" anak mata Jungkook bergetar kecil. Hwayoung tersenyum sinis melihat Jungkook yang menggelabah sebegitu.

"Tak apalah. Young makan seorang diri di balai tenaga pengajar. Enjoy your meal" Jungkook hanya memerhati Hwayoung yang berjalan keluar dari pejabatnya. Kusut kepalanya yang perlu memikirkan perasaan dua wanita. Boleh gila jadinya.

🌼🌼🌼

Deringan loceng menandakan waktu rehat selama 40 minit telah pun tamat. Aku memisat mataku kecil sebelum mencapai botol air dari poket beg galasku.

Hooligans Squad masuk ke dalam kelas sebaik aku selesai meneguk airku. Hana dengan tangkas menarik hidungku sehingga memerah.

"Woi, hidung aku!"

"Tu padahnya kalau degil. Kenapa tak turun makan? Penat tahu kami tunggu kau dekat kafeteria. Langsung tak muncul sampai rehat tamat. Kau nak masuk hospital? Nak?" nadanya persis seorang ibu yang memerahi anak kecilnya.

"Kalau aku masuk hospital pun bukan ada yang peduli" Hana yang tersentak dengan kata-kataku mengendurkan ton suaranya.

"Kenapa ni? Mesti ada benda tak kena. Cuba cerita pada kami" Nara, Sunny dan Rain mengangguk tanda setuju.

"Cik Park tu. Dia bawakan bekal untuk Jungkook"

"Ah, sebab kau pun bawa bekal untuk Jungkook? Kes potong jalanlah ni?"

"Bukan tu saja. Dia usap-usap dada Jungkook depan aku. Aku pun tak pernah buat macam tu pada dia. Tiba-tiba ada perempuan lain nak buat macam tu. Mana aku tak naik angin?" aku kedipkan mata selaju mungkin. Ya, Namjoon betul. Aku puding sekarang ni. Bukan macam Hara yang tough dulu. Batu pun aku boleh kunyah.

"Aku ada firasat tak baik pasal cikgu baru tu, Hara. Memanglah Jungkook kata dia cuma adik angkat. Mungkin dia saja yang taruh harapan pada Jungkook tapi Jungkook tak" ujar Sunny.

"Kalau betul apa yang kau cakap, syukurlah. Kalau apa yang aku fikir tu jadi kenyataan, apa aku patut buat?"

"Kesian kau, Hara. Di usia muda macam ni, orang lain sibuk berfoya-foya dan mencari hala tuju. Tapi kau? Tertekan dengan masalah rumahtangga yang disebabkan oleh antagonis tak guna"

S

K

I

P

Aku melangkah ke lot parkir seperti yang diberitahu oleh Rain. Kelihatan kelibat Jungkook sedang memasukkan buku-buku latihan ke dalam but kereta. Aku berhenti seketika kerana tenaga yang habis dikuras semasa sesi pembelajaran tadi.

Jungkook hanya tersenyum dan membukakan pintu untukku. Aku bersyukur semua kelas untuk esok dibatalkan, nikmat duniawi bagiku kerana tidak perlu ke sekolah.

Jungkook menghidupkan enjin sebelum kereta yang kami naiki menderu lancar di atas jalan raya. Suasana senyap merupakan ketenangan bagiku tapi ianya neraka bagi Jungkook. Dia berdehem untuk menjernihkan pita suaranya.

"Kenapa awak tak bagi saja bekal yang awak buat pada saya. Saya berharap nak rasa bekal tu dari pagi tadi lagi. Kesian saya, kempunan" jadi, dia sedar tentang bekal tu. Aku hanya diam. Aku takut jika aku tidak dapat mengawal amarah jika membuka bicara. Aku memejamkan mata seeratnya dengan harapan bahawa Jungkook akan memberi sepenuh perhatian pada pemanduannya.

"Awak tahu? Tadi Cik Park ada bagi bekal pada saya. Rasanya sama macam hidangan di restoran lima bintang--" menyirap darahku apabila mendengar ucapan berbaur pujian itu.

"--tapi saya rasa dia beli steak tu. Dia tak pandai masak" aku menjeling dari ekor mata. Jungkook tersengih seusai menghabiskan ayatnya. Aku masih diam tak berkutik.

"Saya nak balik rumah agam saya petang ni. Seokjin akan datang jemput saya di rumah"

"Ingatkan tidur tadi. Tak apalah, kita boleh pergi sama-sama. Balik nanti kemas--"

"Saya nak masa bersendirian" Jungkook mati kata-kata saat itu sebelum mengiyakan permintaanku.

🍸🍸🍸

Aku langsung tidak menoleh ke arah Jungkook sewaktu Seokjin datang menjemputku. Salam cium tangan? Jauh sekali.

"Bergaduh ke?" soal Seokjin. Aku hanya mengutis kuku yang sudah mulai memanjang. Dia hanya menggelengkan kepala dengan reaksiku. Fokusnya tertumpu pada pemanduan di atas jalan raya. Aku memejamkan mata apabila mabuk kenderaanku menyerang semula.

Semakin aku pejamkan, rasa sakit pada kepalaku semakin mencengkam menyebabkan aku berdesis kecil. Kadar pernafasanku juga semakin tidak stabil. Peluh mula merenik di dahi walaupun pendingin hawa sudah berada pada tahap maksimum.

Ini bukan mabuk kenderaan. Penyakit aku datang semula setelah hampir 7 bulan menyepi. Dengan tangan yang menggeletar, bahu Seokjin aku sentuh.

"S-seokjin. Aku rasa nak pitam--"

Tanpa sempat aku menamatkan ayat, semuanya gelap. Setelah itu, hanya suara-suara asing yang kedengaran. Aku tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.

























































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍
































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro